Mohd Zain bin Ramli atau juga dikenali sebagai Ringgo Arrow (lahir 1 Julai 1969) merupakan salah seorang ahli pengasas Arrow. Dia bersama kumpulan Arrow telah ditubuhkan pada 16 November 1992 yang diasaskan oleh ketua kumpulannya yang berasal dari Malaysia iaitu Bad bekas pemain bes kumpulan Scandals, Handy Black, Strangers, G.E.T. (Gabungan Empat Tenaga) dan EYE. Mohd Zain pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah.

Ringgo Arrow
Kelahiran
Mohd Zain bin Ramli

(1969-07-01) 1 Julai 1969 (umur 54)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRinggo Arrow
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, Balada, Rock
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1992–kini
Pengkarya berkait
Arrow

Mohd Zain kini mahu membuat penjenamaan semula namanya dalam industri muzik tempatan dan tidak lagi mahu menggunakan nama Ringgo lagi. Mohd Zain kini menggunakan nama Zain, dalam kemunculannya menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat dan berjaya mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-08.

Pautan luar sunting