Mohd Zaki Mansur atau lebih dikenali dengan nama To'ki merupakah salah seorang penyanyi popular era 1990an yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik selain turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Lagu seperti Hampa, Selumbar, Biasan dan Seni Berzaman adalah sebahagian daripada deretan lagu popularnya pada era tersebut. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Fauzi Marzuki dan M. Nasir di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, Sheqal, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin. Ketika era kegemilangannya, To'ki pernah mewakili negara dalam Pertandingan Lagu Asia di Hanoi pada 1993 dan memenanginya.

To'ki
TOKI.jpg
Latar belakang
Nama lahirMohd Zaki bin Mansur
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBalada, Rock, Pop Etnik
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1990-an

Beliau kini bergiat cergas dalam menulis runut bunyi untuk drama dan filem di Malaysia.

KontroversiSunting

To’ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga menyebabkan dia bertindak untuk menyaman akhbar itu. Pada tahun 2011, beliau dituduh meminta sedekah di Pasar Borong Selayang selain pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah [1].

DiskografiSunting

AlbumSunting

  • To'ki (1991)
  • To'ki 2 (1992)
  • Bersawala (1994)
  • Diriku Dirimu (1996)
  • Hujan Emas (1998)
  • Kekanda (2005)

Album Duet/KumpulanSunting

  • Mel & To'ki (1992)
  • None:Satu Kelainan (2007)

SingleSunting

  • "Hampa"
  • "Bersawala"
  • "Seni Berzaman"
  • "Selumbar"
  • "Dendang Sahutan" duet bersama Andy Flop Poppy
  • "Biasan"
  • "Naluri Cinta" duet bersama Rohana Jalil
  • "Firasar"

PencapaianSunting

RujukanSunting