Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak

Mohamad Zaquan Jahat bin Abd. Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dari 2007 sehingga 2019.

Zaquan Jahat
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Zaquan Jahat bin Abd. Radzak
Tarikh lahir (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 36)
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Negeri Sembilan FC
Nombor 8
Kerjaya remaja
2001–2003 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2004–2005 Negeri Sembilan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2011 Negeri Sembilan ? (29)
2012 ATM 20 (3)
2013 Johor Darul Ta'zim 5 (0)
2014–2016 Johor Darul Ta'zim II 47 (12)
2017 Perak 21 (2)
2018 Kuala Lumpur 14 (2)
2019–2020 Kedah 28 (2)
2021–2023 Negeri Sembilan 43 (9)
Pasukan kebangsaan
2004–2006 Malaysia B-20
2007–2010 Malaysia B-23 26 (7)
2007–2019 Malaysia 49 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Oktober 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 Mac 2019

Zaquan Jahat merupakan adik kepada pasangan kembarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga seorang pemain bola sepak profesional.

Kerjaya sunting

Kelab sunting

Zaquan Adha merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan. Dia mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Negeri Sembilan Christian Bekamenga sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia. Pada musim 2007/08, Zaquan berjaya menjaringkan 11 gol sekaligus menjadikannya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.

Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia. Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.

Zaquan menyertai ATM pada 2012. Dia memenangi Liga Premier Malaysia dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas kepada Kelantan.

Pada 2013, dia menyertai Johor Darul Ta'zim tetapi hanya sempat beraksi 5 perlawanan di Liga Super dan 3 perlawanan Piala FA Malaysia akibat kecederaan. Dia kembali pada musim 2014 bersama Johor Darul Ta'zim II.

Dia kemudian menyertai Perak pada 2017, Kuala Lumpur pada 2018 dan Kedah pada 2019. Bersama Kedah Zaquan memenangi Piala FA Malaysia. Zaquan kembali menyertai Negeri Sembilan pada 2021. Dia memenangi Liga Premier Malaysia bersama Negeri Sembilan sekaligus kembali ke Liga Super pada musim 2022.

Pasukan Kebangsaan sunting

Pada tahun 2004, Zaquan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia bimbingan K. Rajagopal pada kejohanan Piala Belia Asia 2004. Tahun berikutnya, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Belia ASEAN di Palembang, Indonesia. Zaquan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 9 gol.[1] Pada kelayakan Piala Belia Asia 2006, dia menjaringkan dua gol penting ketika menewaskan Myanmar pada pusingan kelayakan sekaligus melayakkan Malaysia pada kejohanan Piala Belia Asia 2006 di India. Namun, dia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut setelah mengalami kecederaan.

Zaquan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 dimana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1 dan dia menjaringkan 3 gol pada kejohanan tersebut. Zaquan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1999. Pada tahun 2008, Zaquan sekali lagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua yang berlangsung di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Pada 2009 Zaquan mewakili skuad bawah 23 Malaysia ke Sukan SEA 2009 dimana Malaysia berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final.

Zaquan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu Bahrain di kelayakan Piala Dunia 2010 pada tahun 2007. Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama Malaysia ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Zaquan mewakili Malaysia di Piala AFF 2008 dan Piala AFF 2016. Pada Piala AFF 2018 dia dilantik sebagai ketua pasukan Malaysia dimana Malaysia muncul sebagai naib juara.

Pilihan Malaysia sunting

Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Pilihan Malaysia untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan ini Pilihan Malaysia tewas 2-0 kepada Chelsea. Dia turut bermain menentang Manchester United pada 2009 dimana Pilihan Malaysia tewas 3-2 dan 2-0.

Kehidupan Peribadi sunting

Zaquan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ayu Raudhah pada 2013 dan dikurniakan lima orang anak.

Statistik sunting

Gol Antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Pakistan 4-1 (M) Persahabatan
2. 20 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Afghanistan 6-0 (M) Pestabola Merdeka 2008
3. 11 September, 2009 Petaling Jaya, Malaysia   Lesotho 5-0 (M) Persahabatan
4. 14 November, 2009 Tashkent, Uzbekistan   Uzbekistan 3-1 (K) Kelayakan Piala Asia 2011
5. 1 April, 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Bhutan 7-0 (M) Persahabatan
6.
7.
8.
9. 3 November, 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Maldives 3-0 (M) Persahabatan
10. 12 November, 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Laos 3-1 (M) Piala AFF 2018
11. 24 November, 2018 Kuala Lumpur, Malaysia   Myanmar 3-0 (M)
12.

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting