Datuk Haji Mokhzani Ismail (lahir 1961) merupakan konduktor muzik dan penggubah lagu Malaysia.[1] Beliau juga merupakan Pengarah Muzik di Orkestra RTM, orkestra muzik yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[2][3]

Mokhzani Ismail
Kelahiran1961 (umur 58–59)
Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, jazz
PekerjaanKonduktor muzik, penggubah lagu
InstrumenPiano
Tahun aktif1981–kini
Pengkarya berkait
Orkestra RTM

BiografiSunting

Mokhzani dilahirkan di Perlis, mewarisi bakat muzik dari bapanya, Ismail Ariffin. Beliau mula mengambil pendidikan muzik pada usia 8 tahun. Beliau bersama abang sulungnya, Yazid berkolaborasi bersama bapa mereka menyanyikan lagu-lagu popular era 1960an, yang mana Mokhzani dan Yazid bermain gitar, manakaka bapa mereka bermain biola.[2]

PendidikanSunting

Mokhzani mendapat diploma persembahan piano di Associated Board Royal School of Music di London, England.[2] Pada 1987, beliau menerima biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan terus berangkat ke Amerika Syarikat bagi menyambung pelajarannya di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts mengambil jurusan Piano dan Orkestra Jaz dan menerima graduan pada 1990.[2] Semasa tahunnya di Berklee, beliau dimasukkan dalam senarai dekan dan menerima juga ijazah sarjana muda dari Dilly Gillespe dan George Martin.[2]

Kerjaya muzik dan pencapaianSunting

Mokhzani memimpin Orkestra RTM di pelbagai konsert kerajaan dan gala yang berprestij dalam program pertukaran Asean bersama dengan Orkestra Penyiaran Singapura, Orkestra TV Jakarta di Indonesia, Thailand, Australia, Vietnam, Singapura, Filipina dan Brunei. Beliau mengendalikan 76 keping orkestra untuk Simfoni Putrajaya. Beliau turut mencipta lagu tema untuk Hari Kebangsaan dari 1994 hingga ke Cemerlang Gemilang Terbilang dan tema 1Malaysia, lagu-lagu korporat dan jingle.

Beliau merupakan tulang belakang Malam Simfoni Irama Malaysia 2006 dan konsert Jazz Tribute to Malaysia yang pertama seumpamanya di negara ini. Beliau mengasaskan pengasas MJAZZ Trio dan penjenamaan baru Orkestra Jaz RTM. Beliau juga menulis lagu untuk artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Saleem, Azharina, Adibah Noor dan Mawi. Mokhzani juga turut mengajar dan menyelia pelajar muzik di pelbagai universiti dan kolej.

Pada 2003, beliau mencipta skor muzik filem Embun dan memenangi Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16. Kejayaan dan sumbangan beliau terhadap negara telah membawa beliau menerima beberapa anugerah dari Kerajaan Malaysia seperti 2 gelaran tertinggi Dato' dari Perlis dan Pahang (DPPJ-1999, DIMP-2001) dan juga anugerah lain dari persekutuan seperti JSM (2004 - Johan Setia Mahkota) dan KSD (1999 - Kesatria Setia di Raja) dan Tokoh seni Perlis pada tahun 2002. Beliau dilantik sebagai Profesor oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris dan memberi kuliah di UPSI, Aswara, UiTM dan mengendalikan bengkel di negara Asean.

Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia yang berprestij untuk konsert jazz trumpeter Chris Botti yang habis terjual dalam jelajah dunia di Dewan Filharmonik Petronas dan juga dengan Orkestra Filharmonik Belia Malaysia dalam konsert Anugerah Merdeka.

RujukanSunting

  1. ^ Mokhzani harumkan nama negara Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Februari 2015.
  2. ^ a b c d e Amirah Amali Syafaat (28 Februari 2016). Bermain muzik dengan hati | Selebriti Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2016.
  3. ^ Lakar sejarah antarabangsa Harian Metro. Dicapai pada 7 Oktober 2015.

Pautan luarSunting