Tan Sri Dato' Mokhzani bin Tun Dr. Mahathir (lahir 2 Januari 1961) merupakan anak kedua kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.


Mokhzani Mahathir

PSM; DSDK (Kedah)
Kelahiran (1961-01-02) 2 Januari 1961 (umur 63)
Pusat pendidikanUniversity of Tulsa (BEng)
Nilai bersihUS$1.2 Bilion (2014)[1]
PasanganPuan Sri Datin Mastisa Mohamed
IbuSiti Hasmah Mohamad Ali
BapaMahathir Mohamad
SaudaraMarina (Kakak)
Mirzan (Abang)
Melinda (Kakak)
Mukhriz (Adik)
Maizura (Adik)
Mazhar (Adik)

Kerjaya politik sunting

Seperti adiknya Mukhriz, Mokhzani ialah seorang ahli perniagaan dan telah memainkan peranan yang aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan pada satu masa berkhidmat sebagai bendahari pemuda.[2][3] Sehingga 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah,[4] tetapi telah tidak aktif dalam aktiviti politiknya. Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO,[5] selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar.[6]

Kerjaya korporat sunting

Pada tahun 2012 Mokhzani menggabungkan Kencana Petroleum dengan SapuraCrest, yang dikendalikan oleh rakan zaman kanak-kanaknya Shahril Shamsuddin. Beliau meletak jawatan daripada peranan eksekutif pada bulan Januari 2014 untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan yang lain. Bulan berikutnya, beliau memotong kepentingannya dalam SapuraKencana, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara, menjual saham bernilai $248 juta. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bukan sahaja SapuraKencana tetapi juga telekom gergasi, Maxis dan syarikat kabel gentian optik, Opcom Holdings. Beliau merupakan seorang pelabur asas dalam IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings. Beliau juga merupakan Pengerusi Litar Sepang, yang menjadi tuan rumah Formula 1 di Malaysia.[7]

Kekayaan sunting

Mokhzani disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "Profil Mokhzani Mahathir". Forbes.
  2. ^ Can Mahathir Run Malaysia Minus His "Alter Ego"?
  3. ^ Mahathir's Son Leaves Corporate World
  4. ^ Mahathir loses bid
  5. ^ Mokhzani quits Umno (Update 2)
  6. ^ Mokhzani ends 22-year ties with Umno
  7. ^ "Mokhzani tastes victory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-16. Dicapai pada 2014-08-21.
  8. ^ "Richest Malaysians". Forbes.com.