Mokjong dari Goryeo
Mokjong dari Goryeo (Jawi: موكجوڠ دري ڬوريو ; 5 Julai 980 - 2 Mac 1009), nama peribadi Wang Song, ialah pemerintah ketujuh dinasti Goryeo Korea.
Mokjong dari Goryeo 고려 목종 高麗 穆宗 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Goryeo | |||||||||
Pemerintahan | 997 – 2 Mac 1009 | ||||||||
Kemahkotaan | 997 Gaegyeong, Goryeo | ||||||||
Didahului oleh | Seongjong dari Goryeo | ||||||||
Diikuti oleh | Hyeonjong dari Goryeo | ||||||||
Keputeraan | Wang Song 5 Julai 980 Gaegyeong, Goryeo | ||||||||
Kemangkatan | 2 Mac 1009 (umur 28) Jeokseong-hyeon, Gaeseong-bu, Gaegyeong, Goryeo | ||||||||
Pemakaman | Gongneung (공릉, 恭陵) → Uireung (의릉, 義陵) | ||||||||
Raja permaisuri | Permaisuri Seonjeong | ||||||||
Gundik | Puan Besar Yoseok | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Wang | ||||||||
Wangsa | Goryeo | ||||||||
Ayahanda | Gyeongjong dari Goryeo | ||||||||
Bonda | Permaisuri Heonae |
Korean name | |
---|---|
Hangul | 목종 |
Hanja | 穆宗 |
Perumian Semakan | Mokjong |
McCune–Reischauer | Mokchong |
Nama lahir | |
Hangul | 왕송 |
Hanja | 王訟 |
Perumian Semakan | Wang Song |
McCune–Reischauer | Wang Song |
Nama sopan | |
Hangul | 효신 |
Hanja | 孝伸 |
Perumian Semakan | Hyosin |
McCune–Reischauer | Hyosin |
Nama anumerta | |
Hangul | 선양대왕 |
Hanja | 宣讓大王 |
Perumian Semakan | Seonyang Daewang |
McCune–Reischauer | Sŏnyang Taewang |
Pemerintahan
suntingDilahirkan sebagai Wang Song, Mokjong adalah satu-satunya anak lelaki kepada Raja Gyeongjong; namun, apabila ayahandanya mangkat, baginda masih terlalu muda untuk menjadi raja, jadi ayahanda saudaranya, putera Gaeryeong Wang Chi, yang menggantikan takhta sebagai Raja Seongjong.[1] Mokjong akhirnya menjadi raja selepas kemangkatan ayahanda saudaranya pada tahun 997 dan memilih ibundanya, Permaisuri Honae, sebagai pemangku raja.[1]
Mokjong terkenal dengan pembaharuannya iaitu Jeonsigwa (sistem pembahagian tanah) serta pelbagai usahanya untuk menyusun semula sistem ketenteraan dan membina semula istana Pyongyang untuk mengukuhkan pertahanan utara Goryeo pada awal pemerintahannya.[2] Baginda juga diingati kerana plot oleh ibunya, Permaisuri Honae dan kekasihnya Kim Ch'i-yang untuk menggulingkannya.[3] Permaisuri Honae dan Kim berusaha untuk menggantikan Mokjong dengan anakanda mereka, yang telah mereka persembahkan sebagai anakanda kepada ayahanda Mokjong, Gyeongjong dari Goryeo, yang Mokjong cuba menghalang kerana ia bermakna berakhirnya pemerintahan Puak Wang ke atas Goryeo.[3][2] Lebih merumitkan keadaan adalah kehomoseksualan Mokjong, yang membawa kepada kekurangan waris, dan seksualitinya akan digunakan sebagai alasan untuk penggulingan akhirnya.[2] Mokjong memanggil Jeneral Kang untuk menghentikan rampasan kuasa Permaisuri Honae dan Kim, tetapi dalam proses itu, Mokjong sendiri telah disingkirkan oleh jeneral Kang Cho atas tuduhan bahawa baginda telah mengabaikan pertahanan negara yang berada dalam bahaya yang akan berlaku akibat pencerobohan oleh Khitan Liao serta dakwaan bahawa homoseksualnya adalah "penyakit" dan secara paksa dihantar ke buangan di Chungju.[4][2] Bagaimanapun, baginda telah dibunuh sebelum tiba di sana.[1]
Makam Mokjong dikenali sebagai Gongneung, tetapi lokasinya sekarang tidak diketahui.
Keluarga
suntingRaja-raja Korea Goryeo |
---|
|
- Ayahanda: Gyeongjong dari Goryeo (고려 경종, 955–981)
- Nenekanda: Gwangjong dari Goryeo (고려 광종, 925–975)
- Nenenda: Permaisuri Daemok dari suku Hwangju Hwangbo (대목왕후 황보씨 )
- Ibunda: Permaisuri Heonae daripada suku Hwangju Hwangbo (헌애왕후 황보씨 )
- Nenekanda: Daejong dari Goryeo (고려 대종, d. 969)
- Nenenda: Permaisuri Seonui daripada suku Chŏngju Yu (선의왕후 류씨 )
- Permaisuri dan Waris masing-masing:
- Permaisuri Seonjeong daripada Chungju Yu (선정왕후 유씨 ); sepupu pertama sebelah ibu atau sepupu kedua sebelah bapa – Tiada waris.
- Puan Besar Istana Yoseoktaek, daripada suku Kim (요석택궁인 김씨 ) – Tiada waris.
Mokjong dalam rekod telah menyimpan beberapa wonchung ("kekasih lelaki") di istina mereka sebagai "pembantu muda lelaki" (chajewhi) yang berkhidmat sebagai pasangan seksual.[5]
Dalam budaya popular
sunting- Dilakonkan oleh Lee In dalam siri TV KBS2 2009 Empress Cheonchu.
- Dilakonkan oleh Baek Sung-hyun dalam siri TV KBS2 2023 Korea–Khitan War.
Lihat juga
suntingMokjong dari Goryeo Tarikh keputeraan: 5 Julai 980 Tarikh kemangkatan: 2 Mac 1009
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Seongjong |
Raja Goryeo 997–1009 |
Diikuti oleh: Hyeonjong |
- ^ a b c "목종[穆宗] - 비극적 결말에 가려진 12년의 치세". contents.history.go.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-11-07.
- ^ a b c d 김, 경순 (February 25, 2020). "고려 : 7대 목종, 게이의 슬픔". 수완뉴스. Dicapai pada 23 January 2024.
- ^ a b "[Why] [이한우의 역사속의 Why] 고려 목종을 폐립시킨 강조". Chosun Ilbo. January 31, 2009. Dicapai pada 23 January 2024.
- ^ Choe, Chong Dae (February 19, 2013). "Patriotism of Goryeo General Ha Gong-jin". Korea Times. Dicapai pada 23 January 2024.
- ^ Hyung-Ki Choi; dll. "South Korea (Taehan Min'guk)". International Encyclopedia of Sexuality. Continuum Publishing Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-10. Dicapai pada 2007-01-01.