Molbog atau Balalac adalah salah satu etnik minoriti yang terdapat di Negeri Sabah. Etnik Molbog hanya dapat ditemui di sekitar Pulau Banggi.

Molbog
Balabak
Jumlah penduduk
29,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Pulau Banggi, Daerah Kudat, Sabah)
 Filipina (Palawan)26,000 (2020)[1]
 Malaysia (Banggi, Kudat)2,800 (2020)[1]
Bahasa
Bahasa Molbog, Bahasa Melayu
Agama
Islam (100%)
Kumpulan etnik berkaitan
Palawan, Bonggi, Suluk

Sejarah Molbog sunting

Etnik Molbog kadangkala dipanggil Balabak di Sabah, nama yang menggambarkan tempat asal mereka iaitu Pulau Balabac, yang terletak di hujung selatan Palawan di Filipina. Populasi Etnik Molbog yang lebih besar masih tinggal di Pulau Balabac. Pulau Balabac boleh dilihat dari Damaran dan Maliyu, dua kampung etnik Molbog yang terletak di pantai barat Pulau Banggi.


Budaya dan Bahasa sunting

Dari segi dialek dan amalan budaya, ada yang mengatakan Molbog agak berkaitan dengan Tidung, sebuah kumpulan tempatan asli yang terletak di pantai timur Sabah. Walau bagaimanapun, beberapa perkataan Sama (Bajau), Bonggi, dan Suluk juga terdapat dalam bahasa Molbog.