Momofuku Ando

peniaga Taiwan-Jepun

Momofuku Ando (Jepun: 安藤 百福, Hepburn: Andō Momofuku), DMT (5 Mac 1910 - 5 Januari 2007) merupakan seorang pencipta dan ahli perniagaan Taiwan-Jepun yang mengasaskan Nissin Foods. Beliau dikenali sebagai pencipta mi segera dan pengasas jenama-jenama Top Ramen dan Cup Noodles.

Momofuku Ando
Kelahiran(1910-03-05)5 Mac 1910
Phoh-á-kha, Kagi-chō, Taiwan Jepun, Empayar Jepun
(kini Puzi, Kaunti Chiayi, Taiwan)
Meninggal dunia5 Januari 2007(2007-01-05) (umur 96)
WarganegaraJepun
Pusat pendidikanUniversiti Ritsumeikan [1]
Terkenal keranaMencipta mi segera
PasanganMasako Ando
Anak-anakHirotoshi Ando
Koki Ando
Akemi Horinouchi

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Ando dilahirkan dengan nama Go Pek-Hok (Cina tradisional: 吳百福Pe̍h-ōe-jī: Gô͘ Peh-hok) pada tahun 1910. Ando dilahirkan dalam keluarga yang mewah di Kagi-chō (Jepun: 嘉義廳, Wilayah Chiayi moden), Formosa Jepun (Taiwan). Ando dibesarkan oleh datuk dan neneknya mengekori kematian ibu bapanya di dalam kawasan pebandaran Tainan-chō (臺南廳, Tainan).[1] Datuk neneknya memiliki sebuah kedai tekstil, yang mengilhamkan beliau, pada umur 22 tahun, untuk membuka syarikat tekstilnya sendiri, menggunakan 190,000 yen, di Eiraku-chō (永樂町), Daitōtei, Taihoku (Taipei).

Pada tahun 1933, Ando bergerak ke Osaka, di mana beliau mengasaskan satu syarikat pakaian sambil membelajar ekonomi di Universiti Ritsumeikan.[1]

Pekerjaan sunting

Pengasasan Nissin sunting

Selepas Perang Dunia Kedua, Taiwan diperoleh kepada Republik China (1912–1949), dan Ando perlu memilih antara menjadi warganegara Taiwan atau kekal menjadi subjek Jepun. Ando memilih pilihan yang pertama untuk mengekalkan harta keturunan beliau di Taiwan (disebabkan oleh semua warganegara Jepun perlu menyerah harta mereka yang berada di Taiwan). Walupun begitu, Ando kekal di Jepun.

Pada tahun 1948, Ando disabitkan kesalahan atas pengelakan cukai dan menerima hukuman dua tahun dalam penjara. Dalam biografinya, Ando mengatakan beliau meyediakan biasiswa kepada pelajar, yang pada masa tersebut merupakan salah satu bentuk pengelakan cukai. Selepas beliau kehilangan syarikatnya disebabkan oleh tindak balas kemuflisan berantaian, Ando mengasaskan apa yang akan menjadi Nissin di Ikeda, Osaka, Jepun, dengan bermula sebagai syarikat kecil yang diuruskan oleh keluarga yang menghasilkan garam.

Penciptaan Nissin Chikin Ramen sunting

 
Perekaan semula bengkel kerja Ando di Muzium Ramen Segera Momofuku Ando.

Dengan Jepun masih menderita daripada kekurangan makanan ketika era pasca-peperangan, Menteri Kesihatan mencuba untuk menggalakkan orang ramai untuk memakan roti diperbuat daripada tepung gandum yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat. Ando tertanya-tanya kenapa roti disyorkan daripada mi, yang lebih dikenali oleh orang Jepun. Menteri Kesihatan menjawab dengan mengatakan syarikat mi terlalu kecil dan tidak stabil untuk memuaskan keperluan alatan, jadi Ando bercadang untuk mengeluarkan mi dengan sendiri. Pengalaman tersebut meyakini diri beliau bahawa "Keamanan akan datang ke dunia apabila orang ramai mempunyai cukup makanan untuk makan."[2]

Pada 25 Ogos, 1958, pada umur 48 tahun, dan selepas bebrulan-bulan mengeksperimen cuba dan silap untuk menyempurnakan cara goreng-kilat beliau, Ando memasarkan pakej pertama mi segera belum dimasak. Perisa ayam yang asal dinamakan Chikin Ramen. Dulu, mi tersebut diiktirafkan sebagai barang mewah dengan harga ¥35 (¥608/US$5.69 dalam 2019),[3] kira-kira enam kali harga daripada harga mi udon dan mi soba tradisional pada masa tersebut. Setakat 2016, Ramen Ayam masih dijual di Jepun dan sekarang dipasarkan dengan harga ¥120 (US$1.12), atau kira-kira satu pertiga daripada harga semangkuk mi termurah di kedai Jepun.

Penciptaan Cup Noodles sunting

 
Cup Noodles Nissin

Menurut Financial Times, penciptaan mi cawan oleh Ando pada tahun 1971, pada umur 61 tahun, menolong untuk mengembangkan populariti mi segera di seluruh dunia. Beliau telah melihat bahawa orang Amerika memakan mi dengan menghancurkan mi tersebut kepada dua, meletakkanya dalam cawan dan menyiram air panas atas mi tersebut. Mereka juga memakan mi dengan menggunakan garpu, berbanding dengan penyepit. Ando diilhamkan, dan merasakan bahawa cawan styrofoam - dengan bawah yang lebih sempit berbanding dengan atas - akan menjadi bekas yang sesuai untuk memegang mi dan mengekalkannya panas. Memakan mi tersebut akan menjadi semudah membuka penutup, menambah air panas dan menunggu. Kemudahan, kecekapan dan harga rendah mi cawan ini menukar nasib Nissin.[4]

Ando mula memasarkan produk paling terkenalnya, Cup Noodle (カップヌードル Kappu Nūdoru), pada 18 September, 1971, dengan idea membekalkan satu bekas polistrin kalis air.[5] Apabila harga diturunkan, ramen segera dengan cepat menjadi perniagaan yang mengembang. Permintaan antarabangsa menyampai 98 billion hidangan pada tahun 2009.[6]

Keahlian industri sunting

Pada tahun 1964, mencari jalan untuk mempromosikan perusahaan mi segera, Ando mengasaskan Persatuan Perusahaan Mi Segera, yang menetapkan garis panduan untuk tandingan adil dan kualiti produk, memperkenalkan beberapa kebiasaan industri seperti memasukkan tarikh produk pada pembungkusan produk dan garis "isi sehingga". Beliau juga merupakan pengerusi Persatuan Pembuat Ramen Antarabangsa.

Hidup peribadi dan kematian sunting

Fail:Silver statue of Momofuku Ando 20120315.jpg
Patung perak menyerupai Momofuku Ando.

Pada tahun 1966, Ando dibiasakan melalui perkahwinan dan menjadi warganegara Jepun. "Momofuku" ialah cara bacaan Jepun nama Taiwan yang diberinya (百福; Pek-hok), manakala Andō (安藤) ialah nama keluarga isteri Jepunnya.

Ando mati disebabkan oleh kegagalan jantung pada 5 Januari, 2007, di sebua hospital di Ikeda, Wilayah Osaka, pada umur 96 tahun.[2] Ando meninggalkan isterinya Masako, dan tiga anak. Ando mengatakan bahawa rahsia kepada kehidupan panjang beliau ialah bermain golf dan memakan ramen ayam hampir setiap hari. Beliau dikatakan untuk memakan ramen segera sehingga hari dia meninggal dunia.[7][8]

Penghargaan sunting

Ando berulang-ulang diagunerahkan dengan pingat daripada kerajaan dan maharaja Jepun - termasuk Darjah Matahari Terbit, Bintang Emas dan Perak, Tahap Kedua - pada tahun 2002, yang merupakan hiasan Jepun yang kedua paling berprestij bagi warganegara Jepun.

  • Pingat Penghargaan dengan Riben Biru (1977)
  • Darjah Khazanah Suci, Tahap Kedua, Bintang Emas dan Perak (1982)
  • Pingat Penghargaan dengan Riben Ungu (1983)
  • Ketua Pengarah Agensi Sains dan Teknologi "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" (1992)
  • Darjah Matahari Terbit, Tahap Kedua, Bintang Emas dan Perak (2002)

Perhargaan luar negara sunting

Darjah keutamaan sunting

  • Pangkat senior keempat (2007, selepas kematian)
 
Mi MOMO FUKU, oleh Nissin

Keperingatan sunting

Muzium Mi Segera Momofuku Ando dinamakan berdasarkannya.

Pada tahun 2015, Google meletakkan satu doodle yang dicipta oleh pelukis Google, Sophie Diao, di laman sesawang utamanya, mengingatkan hari jadinya pada 5 Mac.[10]

Nama-nama restoran Momofuku di Amerika Syarikat merujuk kepada Momofuku Ando. [11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c 速食麵之父 吳百福病逝. Liberty Times (dalam bahasa Chinese). 2007-01-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b Ando raja mi segera Japan Times
  3. ^ Beppin Ramen RCC Broadcasting
  4. ^ Momofuku Ando Financial Times
  5. ^ Pengebumian utuk "En. Mi" BBC News
  6. ^ Perniagaan berkembang Persatuan Mi Segera Antarabangsa
  7. ^ Ando makan mi segera bersam rakan sekerja sebelum meninggal Laman sesawang Sankei Shimbun
  8. ^ Pencipta mi segera mati Diarkibkan 2016-04-29 di Wayback Machine (dalam bahasa Vietnam)
  9. ^ Brosur penghargaan (dalam bahasa Thailand)
  10. ^ Cavna, Michael (5 Mac 2015). "Momofuku Ando: Inventor of instant ramen artfully saluted with Google Noodle Doodle". Washington Post. Washington DC, Amerika Syarikat. Dicapai pada 5 Mac 2015.
  11. ^ Chang, David; Stabile, Peter Meehan; photographs by Gabriele (2009). Momofuku (1st ed.). New York: Clarkson Potter. p. 28. ISBN 0-307-45195-X.

Pautan luar sunting