Monarki persekutuan

negara persekutuan dengan seorang raja utama dan pemimpin negeri yang berbeza

Monarki persekutuan (Jawi: مونرکي ڤرسكوتوان) ialah satu persekutuan raja-raja sama ada raja mutlak atau berperlembagaan. Negara yang mengamalkannya ketika ini ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Di UAE, setiap raja atau amir negeri yang ada bergabung dalam sebuah persekutuan di samping berkuasa di negeri masing-masing dan berkuasa juga membuat keputusan-keputusan berkenaan pemerintahan bersama-sama dalam Majlis Tertinggi. Sistem ini pernah dicadangkan oleh Pusat Tenaga Rakyat, salah sebuah pertubuhan prakemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang menggabungkan 9 raja Melayu dalam sebuah persekutuan walau bagaimanapun cadangan ini ditolak oleh penjajah British.

Kontemporari sunting

Pada masa kini, istilah ini boleh digunakan sepenuhnya untuk Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia.[1] Di kedua-dua negara ini ketua negara seluruh persekutuan dipilih dari kalangan ketua-ketua negeri (Emir, Sultan atau Raja masing-masing) yang memerintah negeri-negeri berpelembagaan dalam persekutuan.

Walaupun tidak secara rasmi diisytiharkan sebagai negara persekutuan, Sepanyol telah dirujuk sebagai monarki persekutuan, kerana mempunyai banyak komuniti berautonomi yang dipimpin oleh presiden yang semua melaporkan kepada Monarki Sepanyol.[2] Secara rasmi, Sepanyol ialah sebuah negara kesatuan yang memaparkan tahap tinggi sistem devolusi.

Senarai sunting

Negara Nama rasmi Subbahagian Ketua negara
  Malaysia Malaysia Negeri dan wilayah persekutuan Yang di-Pertuan Agong (penyandang: Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)
  Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu Emiriah Khalifa bin Zayed Al Nahayan

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tommy Thomas, "Is Malaysia an Islamic State?" 2005. (dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ Ronald L. Watts, Comparing Federal Systems. McGill-Queen's University Press, 2003. ISBN 0-88911-835-3