Monolingualisme

Monoglottisma

Monoglottisme (akar bahasa Yunani μόνος monos, "sendiri, bersendirian", + γλῶττα glotta, "lidah, bahasa") atau juga lebih lazimnya monolingualisme atau unilingualisme merujuk kepada kemampuan bertutur hanya dalam satu bahasa sahaja. Dalam konteks tertentu, "unilingualisma" juga mungkin merujuk kepada satu polisi bahasa yang menguatkuasakan satu bahasa digunakan sebagai simbol kebangsaan atau secara rasmi melebihi bahasa-bahasa yang lain.

Berkeadaan monolingual atau unilingual juga dikatakan sebagai teks, kamus atau perbualan yang ditulis atau diadakan dalam hanya satu bahasa, dan sebagai satu entiti di mana satu bahasa sama ada digunakan atau diiktiraf sebagai rasmi (terutamanya apabila dibandingkan dengan entiti bilingual atau pelbagai bahasa atau di dalam kehadiran individu-individu berbahas dalam bahasa-bahasa berbeza). Diingatkan bahawa monoglottisme hanya boleh merujuk kepada kekurangan kebolehan untuk berbahas dalam pelbagai bahasa. Bilangan penutur pelbagai bahasa melebihi bilangan penutur monolingual dalam populasi dunia.[1]

Suzzane Romaine mengatakan, dalam buku 1995-nya Bilingualism, bahawa ia pasti pelik untuk menjumpai sebuah buku bertajuk Monolingualisme.[2] Pernyataan ini mencerminkan andaian tradisional yang teori-teori linguistik sering mengambil: bahawa monolingualisme itu biasa.[3] Oleh demikian, monolingualisme jarang menjadi subjek penerbitan ilmiah, kerana ia dipandang sebagai konsep tidak ditanda atau prototaip di mana monolingualisme mempunyai sifat menjadi biasa dan multilingualisme ialah pengecualian.[4]

Andaian monolingualisme normatif juga sering menjadi pandangan penutur monolingual yang berbahas dalam sebuah bahasa global, seperti bahasa Inggeris. Crystal (1987) mengatakan bahawa andaian ini dipakai oleh ramai dalam masyarakat Barat.[5] Satu penjelasan diberikan oleh Edwards, yang pada tahun 2004, mendakwa bukti "pemikiran monolingual" dapat dikesan balik sehingga Eropah abad ke-19, apabila bangsa tersebut mengembang dan satu kumpulan berkuasa mempunyai kawalan, dan pemikiran Eropah atas bahasa dibawa kepada koloni-koloni mereka, lagi meneruskan pemikiran monolingual.[6]

Satu penjelasan yang lain ialah bangsa-bangsa yang berbahas dalam bahasa Inggeris adalah kedua-dua "pencipta dan penerima manfaat oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa global" dan populasi dalam bangsa-bangsa tersebut kebanyakaannya monolingual.[4]

Perbandingan dengan multilingualisme sunting

Saiz kosa kata dan kefasihan verbal sunting

Berdasarkan kajian tentang akses leksikal,[7] penutur monolingual sering mengekalkan kosa kata yang lebih luas dalam satu bahasa tertentu berbanding dengan penutur bilingual yang sebanding, dan ia meningkatkan kecekapan penerimaan perkataan dalam penutur monolingual. Penutur monolingual juga mengakses perkataan lebih kerap berbanding dengan penutur bilingual dalam bahasa yang tertentu.

Dalam tugasan kefasihan huruf, penutur monolingual dalam kajian dapat menjawab dengan lebih banyak perkataan kepada susunan huruf tersebut berbanding dengan penutur bilingual, tetapi kesan tersebut tidak dilihat dalam penutur bilingual dengan skor kosa kata yang tinggi.

Juga, penutur monolingual melakukan lebih baik daripada penutur bilingual dalam kefasihan verbal dalam kajian tersebut. Walaupun begitu, jika kebolehan kosa kata dijadikan untuk menjadi lebih sebanding, kebanyakan perbezaan akan hilang, menyatakan bahawa saiz kosa kata mungkin menjadi sebuah faktor yang mengawal pelaksanaan sebuah individu dalam kefasihan verbal dan tugasan penamaan. Kajian yang sama juga menjumpai bahawa penutur bilingual, dalam satu versi tugasan kefasihan huruf yang meletakkan lebih banyak permintaan atas kawalan eksekutif, melakukan lebih baik daripada penutur monolingual. Oleh yang demikian, apabila kebolehan kosa kata dikawal, penutur bilingual melakukan lebih baik dalam kemungkinan kefasihan huruf oleh proses-proses eksekutif frontal yang dipertingkatkan dalam otak.

Ia penting untuk mencatatkan di sini bahawa saiz keseluruhan kosa kata penutur bilingual dalam kedua-dua bahasa dicampur sama dengan saiz kosa kata penutur monolingual dalam satu bahasa. Walau penutur monolingual mungkin cemerlang dalam saiz kosa kata dalam satu bahasa yang mereka berbahas dengan, isi kosa kata mereka tidak lebih besar. Penutur bilingual mungkin mempunyai kosa kata yang rendah dalam setiap bahasa individu, tetapi apabila kedua-dua kosa kata mereka digabungkan, saiz isi mereka lebih kurang sama dengan seorang penutur monolingual. Kanak-kanak monolingual menunujukkan skor kosa kata lebih besar berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang bilingual, tetapi skor kosa kata kanak-kanak bilingual masih meningkat dengan usia, sama seperti skor kosa kata kanak-kanak monolingual (Core et al., 2011). Walaupun terdapat kelainan dalam skor kosa kata, tiada sebarang perbezaan yang terdapat antara kanak-kanak monolingual dan bilingual dalam saiz kesuluruhan kosa kata dan peningkataan keseluruhan kosa kata (Core et al., 2011). Kanak-kanak bilingual dan kanak-kanak monolingual mempunyai saiz kosa kata yang sama dan menerima ilmu kosa kata yang sama.

Kefungsian kreatif sunting

Dalam satu kajian dalam kefungsian kreatif yang melibatkan kanak-kanak monolingual dan bilingual di Singapura,[8] pengkaji menjumpai bahawa penutur monolingual melakukan lebih baik dalam kefasihan dan fleksibiliti berbanding dengan penutur bilingual. Tetapi, corak tersebut diterbalikkan dalam ujian tentang keaslian dan ketelitian.

Kesejahteraan minda sunting

Dalam satu kajian lain yang baru di Kanada, ia ditunjukkan bahawa penutur monolingual lebih teruk pada permulaan demensia berbanding dengan penutur bilingual.[9] Dalam kajian tersebut, ia dianggapkan bahawa berkeadaan bilingual berkaitan dengan kelewatan demensia sebanyak empat tahun berbanding dengan penutur monolingual. Kajian paling terkini Bialystok juga menunjukkan bahawa bilingualisme seumur hidup boleh melambatkan simptom-simptom demensia.[10]

Ia dipercayai bahawa bilingualisme menyumbang kepada simpanan kognitif dengan mencegah kesan-kesan kelambatan kognitif dan memanjangkan permulaan penyakit seperti demensia. Simpanan kognitif merujuk kepada idea di mana melibatkan diri dalam aktiviti mental atau fizikal yang merangsangkan mengekalkan kefungsian kognitif (Bialystok et al., 2012). Dalam hal tersebut, mengetahui lebih daripada satu bahasa sama dengan merangsangkan aktiviti mental. Untuk menguji jika bilingualisme menyumbang kepada simpanan kognitif atau tidak, Bialystok dan rakan-rakan sekerjanya melihat rekod-rekod hospital antara dewasa monolingual dan dewasa bilingual yang mengalami demensia. Pengkaji-pengkaji tersebut menjumpai bahawa dewasa bilingual tua mengalami demensia kira-kira tiga hingga empat tahun kemudian berbanding dengan dewasa monolingual tua. Hasil-hasil tersebut telah diulangi dan disahkan, dengan faktor-faktor luar yang dikawal. Sebagai fakta, faktor luar seperti taraf sosioekonomik dan perbezaan budaya selalu menolong penutur monolingual, membuat hujah yang bilingualisme menyumbang kepada simpanan kognitif lebih kuat. Perjumpaan tersebut meningkatkan fakta bahawa penutur bilingual berada pada kelebihan kerana kebolehan mereka untuk berbahas dalam dua bahasa, bukan oleh faktor-faktor luar. Satu penjelasan yang boleh dipercayai adalah bahawa ilmu pelbagai bahasa mengekalkan otak berwaspada dan justeru lebih berwaspada secara mental untuk tempoh masa yang lebih lama.

Emosi dan perilakuan sunting

Satu kajian yang diadakan dengan kanak-kanak ketika umur persekolahan awal mereka mencadangkan bahawa terdapat kelebihan secara emosi dan perilakuan menjadi bilingual.[11] Dalam kajian yang sama, perjumpaan-perjumpaan tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak monolingual, terutamanya kanak-kanak monolingual bukan bahasa Inggeris, menunujukkan hasil perilakuan dan emosi yang lebih teruk ketika umur persekolahan mereka. Kanak-kanak monolingual bukan bahasa Inggeris tersebut mempunyai tahap masalah perilakuan dalaman dan luaran yang paling tinggi pada darjah lima (kira-kira 10 hingga 11 tahun), walaupun kesemua kanak-kanak dalam kajian tersebut mempunyai tahap perilakuan dalaman dan luaran yang sama pada mulanya. Sebaliknya, kanak-kanak bilingual yang fasih dan kanak-kanak bilingual dominan bukan bahasa Inggeris dijumpai mempunyai tahap masalah perilakuan yang paling rendah. Pengarang-pengarang mencadangkan bahawa monolingualisme dianggapkan sebagai faktor berisiko. Tetapi, jika terdapat suasana sekoloh yang menyokong dengan guru yang berpengalaman dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kanak-kanak dilihat untuk mempunyai konstitusi emosi yang lebih baik.

Prestasi ingatan sunting

Dalam satu kajian yang diadakan di Universiti Florida, yang membandingkan penutur bilingual Inggeris-asli dengan penutur monolingual Inggeris, walaupun tidak terdapat sebarang perbezaan dalam ketepatan antara kedua-dua kumpulan, jelas terdapat kadar menjawab lebih lambat daripada penutur bilingual dalam tugasan yang melibatkan kependaman mengenali satu senarai perkataan abstrak dan tugasan keputusan leksikal.[12] Untuk kedua-dua tugasan ini, proses khusus-bahasa dan didorong data lebih berleluasa, iaitu tugasan-tugasan tersebut didorong oleh bahasa yang dominan dan data (perkataan yang digunakan dalam tugasan). Kajian tersebut berlainan daripada kajian sebelumnya kerana terdapat lebih banyak keadilan dalam pengenalaan bahasa dominan. Hipotesis Magiste (1980), yang ia mungkin disebabkan oleh pengenalan berbeza dengan bahasa dominan, dicadangkan sebagai satu sebab yang boleh dipercayai bagi kelemahan penutur bilingual.[13] Mereka menjelaskan bahawa bagi penutur bilingual, ia mungkin kerana perolehan dan penggunaan bahasa kedua bermaksud terdapat kurang masa untuk memproses bahasa Inggeris, apabila dibandingkan dengan peserta-peserta monolingual dalam kajian.

Namun, bukti daripada kajian yang terkini menunjukkan bahawa penutur bilingual mempunyai masa tindak balas yang lebih pantas dalam kebanyakan tugasan daya ingatan yang bekerja. Walaupun kebanyakan kajian menegaskan bahawa kanak-kanak monolingual mengatasi kanak-kanak bilingual, terdapat juga kajian yang lain yang mengatakan keputusan yang bertentangan. Kajian oleh Bialystok et al., seperti yang telah dilaporkan oleh Kapa dan Colombo (2013, m.s. 233), menunujukkan individu-individu bilingual mengatasi individu-individu monolingual dalam pelbagai ujian kognitif, lalu menunjukkan manfaat kawalan kognitif.

Rujukan sunting

  1. ^ http://ilanguages.org/bilingual.php
  2. ^ Romaine, Suzzane (1995). Bilingualism. Wiley-Blackwell. m/s. 1. ISBN 978-0-631-19539-9.
  3. ^ Pavlenko, Aneta (2000). "Pengaruh L2 atas L1 dalam bilingualisme lambat". Issues in Applied Linguistics. 11 (2): 175–206.
  4. ^ a b Ellis, Elizabeth (2006). "Monolingualism: The unmarked case". Estudios de Sociolingüística. 7 (2): 173–196.
  5. ^ Crystal, David (1987). The Cambridge Encyclopaedia of Language. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-55967-6.
  6. ^ Edwards, Viv (2004). Multilingualism in the English-speaking world. Wiley-Blackwell. pp. 3–5. ISBN 978-0-631-23613-9.
  7. ^ Bialystok, Ellen; Craik, Fergus I.M; Luk, Gigi. (2008). "Lexical access in bilinguals: Effects of vocabulary size and executive control". Journal of Neurolinguistics. 21 (6): 522–538. doi:10.1016/j.jneuroling.2007.07.001
  8. ^ Torrance, E. Paul; Gowan, John.C.; Wu, Jing-Jyi; Aliotti, Nicholas C. (1970). "Creative functioning of monolingual and bilingual children in Singapore". Journal of Educational Psychology. 61 (1): 72–75. doi:10.1037/h0028767.
  9. ^ http://www.biologynews.net/archives/2007/01/11/canadian_study_shows_bilingualism_has_protective_effect_in_delaying_onset_of_dementia_by_four_years.html
  10. ^ http://www.universityaffairs.ca/the-rise-of-the-monoglots.aspx Diarkibkan 2013-06-13 di Wayback Machine Ogos 5, 2008. Diambil Mac 11, 2012.
  11. ^ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2853634/
  12. ^ Ransdell, Sarah Ellen; Fischler, Ira (1987). "Memory in a monolingual mode:When are bilinguals at a disadvantage?". Journal of Memory and Language. 26 (4): 392–405. doi:10.1016/0749-596x(87)90098-2.
  13. ^ Magiste, Edith (1980). "Memory for numbers in monolinguals and bilinguals". Acta Psychologica. 46: 63–68. doi:10.1016/0001-6918(80)90059-1.