Mont Kiara terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. Dahulunya ialah estet getah milik Segambut Rubber Estate. Pemaju yang membangunkan Mont Kiara ialah Datuk Alan Tong yang berjaya membeli 100 ekar tanah di situ pada harga RM6-8 sekaki persegi pada 1980-an.

Beliau nampak akan potensi Bukit Kiara dan Mont Kiara kerana kerajaan pusat sedang membina jalan yang menyambungkan INTAN dengan Seri Hartamas. Pada 1990-an,beliau memulakan projek Kondominium Pines dan menjualnya pada harga RM200 sekaki persegi. Oleh itu beliau digelar 'Kondo King'.

Rujukan sunting