Mont Saint-Michel (disebut ​[lə mɔ̃ sɛ̃ miʃɛl terdekat lĕ mong séng mi.syél]) ialah komun di jabatan Manche di barat-laut Perancis berdekatan muara sungai Couesnon, Avranches, Normandy di Perancis. Kawasan terdiri daripada sebuah bukit seluas 7 hektar (17 ekar) yang dikelilingi tanah rendah di mana ia senang digenangi air pasang lalu terbentuk menjadi seakan sebuah pulau. "Pulau" ini menempatkan suatu keabbasan yang menjadi titik tumpuan banyak penziarah Kristian serata benua Eropah.[2]

Le Mont Saint-Michel
Pemandangan Mont Saint-Michel dikelilingi air pada waktu petang
Pemandangan Mont Saint-Michel
dikelilingi air pada waktu petang
Jata Le Mont Saint-Michel
Mont Saint-Michel is located in Bumi
Mont Saint-Michel
Mont Saint-Michel (Bumi)
Koordinat: 48°38′10″N 1°30′41″W / 48.636°N 1.5114°W / 48.636; -1.5114Koordinat: 48°38′10″N 1°30′41″W / 48.636°N 1.5114°W / 48.636; -1.5114
NegaraPerancis
KawasanNormandy
JabatanManche
KantonPontorson]]
InterkomunalitiCommunauté de communes de Pontorson - Le Mont-Saint-Michel
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2020–2026) Jacques Bono
Keluasan
1
0.97 km2 (0.37 batu persegi)
Penduduk
 (2017)2
30 orang
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
50353 /50116
Ketinggian5–80 m (16–262 ka)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Mont-Saint-Michel and its Bay
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliLe Mont-Saint-Michel
Nama rasmiLe Mont-Saint-Michel Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1979 (sesi ke-3)
Keluasan6,560 ha
Zon penampan57,510 ha
Laman sesawang
https://www.mairie-lemontsaintmichel.fr Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiManche, arrondissement of Avranches, Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°38′09″N 1°30′37″W / 48.6358°N 1.5103°W / 48.6358; -1.5103
Mont Saint-Michel is located in Bumi
Mont Saint-Michel
Mont Saint-Michel (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Petempatan pada "pulau" ini diduduki seramai 30 orang setakat tahun 2017.[1] Ia dan teluk berdekatan ia tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3]

Sejarah sunting

Pulau ini pada asalnya diberi nama Mont Tombe.

Pembinaan suatu di pulau ini menurut suatu cerita diabadikan dalam Revelatio ecclesiae sancti michaelis bertarikh 708 di mana diceritakan bahawa malaikat Mikail (nama dalam Perancis: Michel) kononnya menampakkan diri kepada Santo Aubert, uskup pemerintah Avranches, dan mengarahkan membangun sebuah gereja dan biara di pulau tersebut. Dikatakan Aubert beberapa kali mengabaikan arahan ini sampailah malaikat tersebut menebuk lubang di tengkorak Aubert dengan sebatang jarinya.[4][5] Kompleks biara yang siap dibina ini ditahbiskan pada 12 Oktober 709.[5]

Pulau ini menyaksikan suatu pertempuran merebut kekuasaan terhadap antara askar-askar pimpinan William Longsword menentang Duci Bretagne pada tahun 933.

 
Gambaran Harold Godwinson menyelamatkan rakan seperjuangan diperangkap pasir jerlus Mont Saint-Michel (tengah) dalam sebahagian rentangan Dewangga Bayeux

Pada 1067, para penduduk biara ini menyatakan sokongan kepada William dari Normandy yang menuntut takhta raja Inggeris. Oleh yang demikian, biara ini turut diberikan tanah termasuk sebuah pulau kecil di Penzance, barat Cornwall, England selepas kemenangan baginda di mana senibina biara ini meniru gaya Mount Saint-Michel dan dinamakan Gunung St Michael.

Selama Perang Seratus Tahun, pasukan Inggeris berulang kali melakukan penyerangan terhadap pulau ini tetapi tidak dapat merebutnya kerana pertahanannya yang kuat. Les Michelettes, dua meriam besi yang ditinggalkan orang Inggeris dalam penyerangan gagal mereka pada 1423-24 masih terjaga dekat tembok pertahanan luar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Téléchargement du fichier d'ensemble des populations légales en 2017, INSEE
  2. ^ "The ways of holy Michel mount". Les Chemins du Mont-Saint-Michel. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  3. ^ "Mont-Saint-Michel and its Bay". World Heritage Convention. UNESCO. 13 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 31 Mei 2011.
  4. ^ Huddleston, Gilbert (1911). "Mont-St-Michel". The Catholic Encyclopedia. 10. New York: Robert Appleton Company. Dicapai pada 17 Ogos 2014.
  5. ^ a b "The archangel and the origins of the Abbey". Centre des monuments nationaux (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Mei 2021.