Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja

Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja (MNRAS) adalah suatu jurnal saintifik ulasan sejawat, meliputi penyelidikan dalam ilmu falak dan astrofizik. Ia telah diwujudkan sejak tahun 1827 serta menerbitkan surat dan kertas yang melaporkan penyelidikan asal dalam bidang yang berkaitan. Meskipun ada pada namanya, jurnal ini tidak lagi diterbitkan secara bulanan dan tidak membawa notis Persatuan Astronomi Diraja.[2]

Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja 
Maklumat umum
DisiplinAstronomi, astrofizik
BahasaInggeris
Disunting olehDavid Flower
Butiran penerbitan
Nama lamaNotis Bulanan Persatuan Astronomi London
Sejarah1827–sekarang
PenerbitOxford University Press (sejak 2013)[1] bagi pihak Persatuan Astronomi Diraja
Tempat penerbitanOxford Edit the value on Wikidata
Negara/wilayahUnited Kingdom
Kekerapan36/setahun
Hibrid dan tertunda
5.235 (2021)
Singkatan
ISO 4Mon. Not. R. Astron. Soc. Edit the value on Wikidata
NLMMon Not R Astron Soc
Pengindeksan
CODENMNRAA4
ISSN0035-8711
1365-2966
LCCNsf85001279
No. OCLC10340650
Pautan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Isu pertama Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja diterbitkan pada 9 Februari 1827 sebagai Notis Bulanan Persatuan Astronomi London dan terus dikeluarkan sejak itu. Jurnal ini mengambil namanya yang sekarang daripada jilid kedua, selepas Persatuan Astronomi London menjadi Persatuan Astronomi Diraja (RAS). Sehingga tahun 1960, jurnal ini membawa notis RAS, yang pada masa itu telah dipindahkan ke Jurnal Suku Tahunan Persatuan Astronomi Diraja yang baru ditubuhkan (1960–1996) dan kemudiannya kepada jurnal penerusnya Astronomi & Geofizik (sejak 1997). Sehingga tahun 1965, MNRAS telah diterbitkan secara dalaman oleh pihak persatuan; dari 1965 hingga 2012, ia telah diterbitkan oleh syarikat Blackwell Publishing (kemudian sebahagian daripada Wiley-Blackwell) bagi pihak RAS. Sejak tahun 2013, MNRAS diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP).[1]

Jurnal MNRAS tidak lagi dikeluarkan secara bulanan, dengan 36 terbitan setahun yang dibahagikan kepada sembilan jilid. Bahagian Surat pada asalnya dipaparkan pada kertas merah jambu dalam edisi cetakan, tetapi dialihkan secara dalam talian sahaja pada awal 2000-an. Penerbitan bercetak dihentikan selepas jilid April 2020, semasa pandemik COVID-19 dengan jurnal ini hanya tersedia secara dalam talian.[3]

Kandungan sunting

Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja menerbitkan rencana-rencana tinjauan semula setara bagi penyelidikan asli dalam bidang ilmu falak dan astrofizik. Dua jenis rencana yang dibawakan oleh MNRAS ialah:

  • Kertas – halaman kandungannya boleh terdiri daripada sebarang panjang
  • Surat – diterbitkan dengan lebih cepat tetapi terhad kepada lima halaman.

Kawalan editorial jurnal dijalankan oleh RAS melalui lembaga editorial yang terdiri daripada golongan ahli astronomi profesional; setakat Julai 2012, ketua penyuntingnya ialah David Flower dari Universiti Durham.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Smith, Keith (28 Jun 2012). "RAS journals to be published by Oxford University Press" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Astronomi Diraja. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2018. Dicapai pada 20 Julai 2017.
  2. ^ Carswell, Bob; Clube, Kim (2008). "Monthly Notices of the RAS". Astronomy & Geophysics (dalam bahasa Inggeris). 49 (5): 14. Bibcode:2008A&G....49e..14C. doi:10.1111/j.1468-4004.2008.49514.x.
  3. ^ "MNRAS moves online-only after almost 200 years of print | The Royal Astronomical Society" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Astronomi Diraja. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2020. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  4. ^ "New MNRAS Editor-in-Chief" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Astronomi Diraja. 2 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2012. Dicapai pada 2 Julai 2012.

Pautan luar sunting