Monumen Washington

Monumen Washington ialah sebuah obelisk yang terletk di bahagian barat National Mall di Washington D.C.. Ia dibina daripada batu-batu granit, marmar dan gneis untuk memperingati Presiden pertama Amerika Syarikat, General George Washington. Ia merupakan binaan batu dan obelisk yang tertinggi di dunia, dengan ketinggian mencecah 169.294 meter. Ada lagi tiang monumen yang lebih tinggi, tetapi tidak satu pun yang dibuat sepenuhnya dari batu ataupun obelisk yang sebenar. Ia juga merupakan struktur tertinggi di Washington D.C..

Monumen Washington
LokasiWashington D.C.
Koordinat38°53′22″N 77°2′7″W / 38.88944°N 77.03528°W / 38.88944; -77.03528Koordinat: 38°53′22″N 77°2′7″W / 38.88944°N 77.03528°W / 38.88944; -77.03528
Luas106.01 ekar (42.90 he)
Kadar dilawati467,550   (in 2005)
Majlis perbandaranNational Park Service
Monumen Washington is located in Bumi
Monumen Washington
Monumen Washington (Bumi)

Monumen ini direka oleh Robert Mills, seorang arkitek pada tahun 1840-an. Pembinaan monumen ini bermula pada tahun 1848 dan tamat pada 1884, 30 tahun selepas kematian arkitek tersebut. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak $1,187,710.[1]

Sejarah pembinaan sunting

 
Rekaan asal Monumen Washington, seperti mana yang dicadangkan oleh Robert Mills.

Rancangan untuk membina sebuah monumen kebangsaan telah dirancang seawal tahun 1783. Pada tahun ini, Kongres Amerika Syarikat telah mencadangkan pembinaan sebuah tugu peringatan untuk George Washington atas kejayaannya dalam Revolusi Amerika (1775-1783). Meskipun begitu, tidak banyak tindakan yang diambil, walaupun selepas Major Peter Charles L'Enfant menandakan tapak untuk tugu tersebut dalam pelan Bandar Persekutuan 1791.

Selepas kematian George Washington pada 1799, penduduk mula memikirkan untuk membina tugu peringatan yang sesuai untuknya. John Marshall telah mencadangkan pembinaan sebuah makam istimewa untuk Jeneral itu yang akan dibina di tengah-tengah bangunan Capitol. Kekurangan dana telah melewatkan pembinaan, tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk Marshall.

Masa pembinaan monumen ini terbahagi kepada dua fasa utama; fasa pertama pada 1848 - 1856, dan fasa kedua pada 1876 - 1884. Punca kelewatan ini di antaranya ialah kekurangan dana, kegawatan dalam kerajaan dan ketidakpastian dalam keselamatan American Union.

Pada tahun 1833, beliau, James Madison dan beberapa orang yang lain menubuhkan Washington National Monument Society. Pertubuhan ini mengiklankan satu cabaran mereka monumen ini kepada umum pada tahun 1836. Pemenang untuk cabaran ini ialah Robert Mills dengan rekaan neokolonialisme olehnya.

Untuk meraikan sambutan 4 Julai pada tahun 1848, sebuah batu sudut telah diletakkan untuk menjadi asas kepada seluruh binaan monumen itu. Kekurangan dana dan undian secara tidak sah yang telah meletakkan Washington National Monument Society di dalam kuasa parti Know-Nothings, telah menyebabkan kelewatan. Pada tahun 1858, parti ini telah mengembalikan kuasa ke atas pembinaan monumen ini kembali kepada pertubuhan itu, tetapi mereka tidak dapat melakukan banyak perkara tanpa sumbangan. Perang Saudara yang berlaku pada 1861 telah menjadikan usaha memungut derma oleh pertubuhan itu lebih sukar.

Projek pembinaan monumen ini disambung semula pada tahun 1876, apabila Lt.Col.Thomas L.Casey menggantikan tempat Mills sebagai arkitek monumen ini. Beliau telah mengubah reka bentuk asal monumen ini dengan menjadikannya satu obelisk yang menyerupai obelisk Mesir purba dengan bentuk piramid sebagai puncaknya. Tugas untuk menyiapkan monumen ini diserahkan kepada Kor Kejuruteraan Tentera A.S di dalam Jabatan Perang. Akhirnya, monumen ini disiapkan pada 21 Februari 1885.

Monumen ini dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 9 Oktober 1888.[2]

Dimensi sunting

Monumen ini tingginya 555 kaki 5 1/8 inci (169.29m). Di bahagian tapak, lebar monumen ini ialah 55 kaki 1 1/2 inci (16.8m) manakala di bahagian atas, lebarnya 34 kaki 5 1/2 inci (10.5m). Kedalaman cerucuk binaan ini ialah 36 kaki 10 inci (11.23m).

Dengan 36,491 blok batu marmar, monumen ini mempunyai berat sebanyak 90,854 ton (82,421 tan metrik). Berat satu batu tukup monumen ini ialah 33,000 lb (14,968.55 kg) dan berat aluminum di atas batu tukup ini ialah 100 oz (2.8kg).[1]

Gempa bumi Virginia 2011 sunting

 
Retak di batu dipuncak monumen selepas gempa bumi Virginia 2011.

Pada 24 Ogos 2011, gempa bumi dengan kekuatan 5.8 magnitud telah melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat. Gempa bumi ini melanda bandar Mineral, Virginia pada jam 1.51 pm. Dengan pusat gempa berkedalaman 3.7 batu, gempa ini boleh dirasai dari Georgia ke utara New England.

Gempa bumi ini telah memberi kesan kepada Monumen Washington sehingga National Park Service telah mengambil keputusan untuk menutup monumen ini daripada kunjungan orang awam sehingga kerosakan-kerosakan pada monumen ini dapat dibaiki. Antara kerosakan-kerosakan yang dihadapi oleh monumen ini ialah keretakan di bahagian atas monumen ini. Selain itu, ada juga beberapa kepingan mortar telah jatuh di dalam kawasan pemerhatian monumen ini.[3]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Washington Monument Facts" Go Washington DC! Diakses pada: 24 Oktober 2011
  2. ^ National Park Service, USA "Washington Monument" Washington Monument Diakses pada: 16 Oktober 2011
  3. ^ "Washington Monument closed indefinitely after rare earthquake". CNN U.S. 2011-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-10. Dicapai pada 2011-10-24.

Pautan luar sunting