Murali Dharan a/l Marimuthu atau lebih dikenali sebagai Moots! merupakan seorang penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis utama kumpulan rap rock Malaysia, Pop Shuvit, yang telah menerbitkan lima album studio dan aktif mengadakan persembahan di Jepun.[1] Sebagai penyampai radio, beliau ialah juruhebah di stesen radio Hitz.

Moots! ialah abang ipar kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong. Beliau berkahwin dengan kakak Vince, Vanessa Chong pada 2010[2] dan dikurniakan anak perempuan bernama Caela Rae.[3] Beliau juga ialah orang kuat Rocketfuel Entertainment.[4]

RujukanSunting

  1. ^ Pop Shuvit takes it to the next level Diarkibkan 2017-07-05 di Wayback Machine Free Malaysia Today (April 26 2012). Retrieved January 12, 2018.
  2. ^ Noorsila Abd Majid (12 Disember 2010). Cliff wedding for Moots and Vanessa Chong The Star Online. Dicapai pada 4 November 2011.
  3. ^ Aref Omar (20 Disember 2017). Pop Shuvit's Moots and wife Vanessa Chong welcome first baby New Straits Times. Dicapai pada 20 Disember 2017.
  4. ^ Rocketfuel's Moots!: An admiral taking his band of stars to infinity and beyond Diarkibkan 2019-11-04 di Wayback Machine Awani Review (20 Mei 2019). Dicapai pada 4 November 2019.

Pautan luarSunting