Morelia spilota ialah sejenis ular sawa dari genus Morelia yang ditemui di Australia, Indonesia dan New Guinea. Terdapat enam subspesies yang disenaraikan oleh ITIS, dikenali dengan gelaran ular sawa permaidani dan ular sawa berlian.[1][2][3]

Morelia spilota
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. spilota
Nama binomial
Morelia spilota
(Lacépède, 1804)

Keterangan sunting

Morelia spilota boleh mencapai panjang 2 hingga 4 meter (6.6 hingga 13.1 ka) dan berat 15 kilogram (33 lb). M. s. mcdowelli merupakan subspesies terbesar yang lazimnya mencapai panjang 2.7–3 m (8.9–9.8 ka),[4] sementara M. s. variegata adalah yang terkecil dengan purata panjang 120–180 cm (3.9–5.9 ka). Ular jantan biasanya lebh kecil daripada ular betina; kadang-kadang ular betina empat kali lebih berat.[4] Kepalanya berbentuk segi tiga dan jelas kelihatan sebaris lekuk bibir yang mengesan haba.

Morelia spilota berbagai-bagai warnanya, baik zaitun mahupun hitam dengan tompok-tompok putih atau putih kuning dan emas. Coraknya lebih kurang berbentuk daiman atau bertanda jalin-jalin yang terdiri daripada jaluran terang gelap pada latar kelabu atau perang.

Pembiakan sunting

Ular ini bertelur 10-50 biji sekaligus. Selepas itu, ular betina melingkar di keliling telur-telurnya untuk melindunginya dan memanaskannya dengan kecutan otot untuk menghasilkan haba, sehinggalah telur-telurnya menetas.

Tabiat sunting

Ular ini banyak hidup di atas pokok dan lebih berjaga pada waktu malam. Akan tetapi, ular ini juga gemar berjemur di bawah matahari.

Pemakanan sunting

Makanannya terdiri daripada mamalia kecil, kelawar, burung dan cicak. Morelia spilota membunuh mangsa dengan menjerutnya hingga mangsa tercekik. Lazimnya, di mana ia berada, ia tentulah pemangsa terbesar.

Subspesies sunting

Taburan ular setiap subspesies adalah seperti berikut:[1][5]

Subspesies[1] Pengarang takson[1] Taburan geografi
M. s. cheynei Wells & Wellington, 1984 Australia di timur laut Queensland.
M. s. imbricata (L.A. Smith, 1981) Merentas Australia Barat Daya hingga Semenanjung Eyre di Australia Selatan.
M. s. mcdowelli Wells & Wellington, 1984 Australia di timur Queensland dan timur laut New South Wales.
M. s. metcalfei Wells & Wellington, 1984 Australia di Lembangan Murray-Darling Queensland, New South Wales, Victoria dan Australia Selatan.
M. s. spilota (Lacépède, 1804) Australia di timur New South Wales dan timur jauh Victoria.
M. s. variegata J.E.Gray, 1842 New Guinea (Papua dan Papua New Guinea) dan Australia di barat laut Australia Barat dan di bahagian utara Wilayah Utara.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d ."Morelia spilota". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 17 September 2007.
  2. ^ Browne-Cooper, Robert; Bush, Brian; Maryan, Brad; Robinson, David (2007). Reptiles and Frogs in the Bush: Southwestern Australia. University of Western Australia Press. m/s. 99. ISBN 978-1-920694-74-6. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |chapterurl= (bantuan)
  3. ^ Cogger, Harold G. Reptiles and Amphibians of Australia.
  4. ^ a b "Carpet Python Morelia spilota (Lacépède, 1804)". FaunaBase. Department of Environment and Conservation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-10. Dicapai pada 2008-10-20.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan McD99 tidak disediakan

Pautan luar sunting

  Data berkenaan Morelia spilota di Wikispesies   Media berkenaan Morelia spilota di Wikimedia Commons