Moresnet ataupun Neutral Moresnet merupakan sebuah negara kecil di Eropah dengan luas kira-kira 3.5km² daripada tahun 1816 hingga 1919. Negara ini muncul hanya kerana dua jirannya tidak dapat setuju siapa betul-betul miliknya; justeru itu, mereka membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah kawasan neutral yang dikongsi. Moresnet terletak kira-kira 7 km barat daya dari Aachen, dan selatan dari di mana sempadan negara-negara Jerman, Belgium dan Belanda menyilang di bukit Vaalserberg.

Bendera tidak rasmi Moresnet (1883)

Pembangunan sunting

 
Tempat dan persekitaran Neutral Moresnet. Klik bagi gambar lagi besar dan petunjuk.

Di Kongres Vienna tahun 1815, peta Eropah banyak diubahsuai untuk lebih baik mengikut pembahagian kuasa politik. Satu daripada sempadan yang diubah merupakan sempadan di antara negara baru United Kingdom of the Netherlands dan negara Prussia. Walaupun wujud persetujuan tentang kebanyakan sempadan ini, ada pertengkelahan mengenai Moresnet. Di antara Moresnet dan Neu-Moresnet merupakan lombong zink Vieille Montagne (dalam Perancis) / Altenberg (dalam Jerman) yang amat berharga. Kedua-dua negara ingin miliki lombong ini, dan pada tahun 1816, mereka dapat berkompromi. Perkampungan Moresnet menjadi milik Belanda, Neu-Moresnet memasuki Prussia, dan perkampungan Kelmis (La Calamine) di sekeliling menjadi kawasan neutral, dengan kedua-dua negara menubuhkan pentadbiran yang dikongsi.

Kawasan baru ini berbentuk lebih kurang segi tiga; bes segi tiga ini merupakan jalan utama dari Aachen ke Liège. Lombong zink tadi terletak ke utara jalan ini. Di sebelahnya, dua baris menuju ke utara sehingga berjumpa pada Vaalserverg. Apabila Belgium mendapat kemerdekaannya daripada Belanda pada 1830, kawasan Belanda jatuh ke tangan Belgium, yang mengambil alih peranan Belanda dalam pentadbirannya. Walau bagaimanapun, Belanda tidak pernah dengan rasmi memberi kuasanya kepada Belgium. Pada permulaannya, kawasan Moresnet ditadbir oleh dua pesuruhjaya diRaja, satu daripada setiap negara, tetapi kemudian Moresnet diberi lebih kuasa apabila seorang Datuk Bandar dan Majlis Perbandaran dilantik. Datuk Bandar, yang juga ketua negara, dilantik oleh dua pesuruhjaya tadi.

Kehidupan di Neutral Moresnet menumpu pada lombong zink, yang sebuah penggaji utama. Lombong tersebut menarik banyak pekerja daripada negara-negara sekeliling yang tambah dengan penduduk "neutral" asas. Walau bagaimanapun, jumlah penduduk Moresnet tidak pernah lebih daripada 3000. Oleh sebab Moresnet merupakan kawasan "neutral", Moresnet mempunyai cukai dan harga yang rendah, dan juga tidak perlu membayar tarif impot bagi negara-negara yang adalah jirannya. Kebanyakan perkhidmatan seperti pos dikongsi antara Belgium dengan Prussia (sebuah proses seperti dengan Andorra). Penduduk juga diberi pilihan negara mana mereka ingin menyertai bagi perkhidmatan dalam askar dan pentadbiran keadilan negara mana seorang penduduk ingin mengikut. Satu masalah bagi penduduk Moresnet adalah mereka tidak dilihat sebagai warganegara mana-mana negara, dan tidak dibenarkan mempunyai ketenteraan mereka sendiri.

Kejatuhan sunting

Apabila lombong zink tersebut habis sumbernya pada 1885, keraguan muncul mengenai Neutral Moresnet. Banyak cadangan dijana untuk membuat Moresnet lebih merdeka; ini termasuk cadangan membina kasino dan sebuah perkihdmatan pos dengan setemnya sendiri (idea ini tidak mendapat persetujuan daripada pentadbiran tempatan). Satu cadangan yang paling luar biasa datang daripada Dr. Wilhelm Molly yang ingin membuat Moresnet negara pertama yang mempunyai bahasa Esperanto sebagai bahasa rasminya. Nama yang dicadangkannya ialah Amikejo ("tempat persahabatan"). Lagu negara rasmi yang beliau cadangkan merupakan sebuah muzik perbarisan Esperanto dengan nama yang sama. Walau bagaimanapun, masa semakin sempit bagi Moresnet. Kedua-dua Belgium dan Prussia tidak pernah membatalkan tuntutan mereka pada Moresnet, dan pada masa sekitar tahun 1900, Prussia mulai mengambil sikap yang lebih agresif; mereka dituduh sabotaj bagi memaksa keputusan bagi isu Moresnet. Pada 1914 dalam Perang Dunia I, negara Jerman menakluk Belgium dan mengambil alih pentadbiran Moresnet pada tahun 1915.

Persetujuan Versailles pada 1919 akhirnya memberi Moresnet kepada Belgium. Negara Jerman mengambil Moresnet balik pada Perang Dunia II tetapi Moresnet dipulang kepada Belgium pada 1944. Moresnet masih ada di perbandaran Kelmis/La Calamine yang terletak di Kanton-kanton Timur Belgium.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting