Morgan Richard Tsvangirai (IPA bahasa Shona /ts͡ɸaŋgiˈra.i/), 10 Mac 1952 – 14 Februari 2018) ialah Perdana Menteri Zimbabwe dari tahun 2009 hingga 2013.

Morgan Tsvangirai
Perdana Menteri Zimbabwe ke-2
Dalam jawatan
15 Februari 2009 – 11 September 2013
PresidenRobert Mugabe
TimbalanThokozani Khuphe
Arthur Mutambara
Didahului olehRobert Mugabe (1987)
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik
Dalam jawatan
30 September 1999 – 14 Februari 2018
Didahului olehGibson Sibanda
Digantikan olehNelson Chamisa (pemangku)
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe
Dalam jawatan
10 Mei 1987 – 30 September 1999
Didahului olehMasotsha Ndhlovu
Digantikan olehWellington Chibebe
Butiran peribadi
LahirMorgan Richard Tsvangirai
(1952-03-10)10 Mac 1952
Gutu, Rhodesia Selatan
(kini Zimbabwe)
Meninggal dunia14 Februari 2018(2018-02-14) (umur 65)
Johannesburg, Afrika Selatan
Parti politikKesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (sebelum 1987)
ZANU-PF (1987–1999)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (1999–2005)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik-Tsvangirai (2005–kini)
PasanganSusan Mhundwa (k. 1978; her death 2009)
Elizabeth Macheka (k. 2011)
Anak-anak7
Tandatangan
Laman web rasmiLaman sesawang pemerintah
Laman sesawang parti

Beliau juga Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (MDC), iaitu parti yang meraih majoriti di parlimen Zimbabwe[1], dan juga pembangkang utama terhadap presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Beliau bertanding pusingan pertama pilihan raya presiden 2008, dan meraih 47.8% undian seperti yang diumumkan kerajaan Mugabe, maka meletakkannya di hadapan Mugabe yang meraih 43.2%, tetapi tidak memadai untuk meraih majoriti mudah yang ditetapkan undang-undang Zimbabwe.

Parti MDC Tsvangirai mengaku bahawa, dari kiraan mereka sendiri mereka sudah meraih majoriti mudah, serta mendakwa keputusan sebenar mungkin diubah-ubah bila-bila dari waktu pilihanraya hingga laporan keputusan rasmi.[2] Mula-mulanya Tsvangirai hendak bertanding dalam pusingan kedua menentang Mugabe, tetapi menarik diri di saat akhir kerana mendakwa pilihan raya tidak akan dijalankan dengan adil akibat keganasan dan penindasan berleluasa oleh penyokong kerajaan.

Kehidupan awal sunting

Morgan Richard Tsvangirai lahir di kawasan Gutu di Rhodesia Selatan, anak sulung dari sembilan adik-beradik dan anak kepada seorang tukang kayu dan seorang tukang bata. Selepas terpaksa meninggalkan sekolah awal, pada tahun 1974 beliau mula bekerja di Lombong Nikel Trojan di Mashonaland Central. Beliau menghabiskan 10 tahun di lombong tersebut, dari pengendali loji menjadi mandur umum. Kini beliau tinggal di Buhera sebuah kawasan pedalaman yang terletak 220km tenggara Harare.

Aktivisme politik sunting

Morgan Tsvangirai ialah hasil pergerakan sosial terpenting di Zimbabwe, termasuk pergerakan buruh dan pembaharuan perlembagaan. Beliau ialah bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe yang berkuasa serta pengerusi pengasas Majlis Perlembagaan Negara, sebuah kumpulan yang menyeru perlembagaan baru untuk Zimbabwe.

Tsvangirai menjadi pengerusi cawangan Kesatuan Pekerja Lombong Bersekutu yang kemudiannya dilantuk ke dalam barisan eksekutif Kesatuan Pekerja Lombong Kebangsaan, dan pada tahun 1989 beliau menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe (ZCTU), iaitu pertubuhan induk kesatuan sekerja di negara Zimbabwe.

Tsvangirai memutuskan perikatan ZCTU dengan parti pemerintah ZANU-PF. Sambil kuasa beliau dan pergerakan itu meningkat, hubungan beliau dengan Kerajaan semakin keruh. Beliau pernah menjadi mangsa gangguan dan keganasan yang dirancang dan didorong kerajaan, termasuk tiga cubaan membunuh beliau,[3], termasuk cubaan pada tahun 1997, apabila penyerang yang tidak dikenal pasti memecah masuk ke dalam pejabat aras ke-10 beliau lalu cuba menghumbankan beliau keluar dari tingkap.

Kritikan Gukurahundi sunting

Tiga tahun selepas Zimbabwe mengecapi kemerdekaan, Robert Mugabe mengarahkan Briged Kelima, sebuah unit tentera yang dilatih khususnya oleh Korea Utara, ke Matabeleland dengan kerjasama Menteri Pertahanan Enos Nkala, diketuai Marsyal Udara Perence Shiri atas dakwaan revolusi balas yang dirancangkan oleh Joshua Nkomo. Operasi tersebut bernama kod Gukurahundi. Morgan Tsvangirai mempersoalkan motif pembunuhan beramai-ramai di bawah pimpinan ZANU-PF pada tahun 1984[4]. Tsvangirai kadang-kala mengunjungi kubur besar-besaran mangsa Tsholotsho, Kezi, Lupane, Nkayi dan tempat-tempat lain di kawasan luar bandar Matabeleland. Pada tahun 2001, beliau berucap di hadapan para orang kampung di Maphisa:

Ini adalah operasi yang kejam yang dilakukan ZANU-PF. Sepatutnya tidak berlaku. Ini merupakan episod hiba dalam sejarah kita dan MDC pastinya hendak menyaksikan keadilan jika mengambil alih kuasa. Penindasan hak asasi manusia sebegini harus dikenang dan mereka yang bertanggungjawab harus menjelaskan tindakan mereka.[5] [6]

Majlis Perlembagaan Negara sunting

Morgan Tsvangirai berkhidmat selaku Pengerusi Majlis Perlembagaan Negara (NCA) pada tahun 1997 yang dibentuk sebagai sekumpulan warga Zimbabwe individu dan pertubuhan awam, termasuk pergerakan pekerja, kesatuan pelajar dan belia, kesatuan wanita, gereja-gereja, kesatuan perniagaan dan pertubuhan hak asasi manusia. Individu-individu dan kumpulan-kumpulan ini mengasaskan NCA untuk menyeru pembaharuan perlembagaan setelah menyedari bahawa masalah-masalah politik, sosial dan ekonomi yang menjejaskan Zimbabwe disebabkan terutamanya oleh Perlembagaan Dewan Lancaster yang penuh kepincangan dan hanya boleh diselesaikan melalui perlembagaan yang baru dan demokratik. Beliau mengundurkan diri setelah dilantik sebagai presiden MDC. [7]

Anugerah Mawar Perak SOLIDAR sunting

Pada tahun 2001, Tsvangirai dianugerahkan Anugerah Bunga Mawar Perak Solidar yang berprestij untuk pencapaian cemerlang oleh seorang individu atau pertubuhan dalam kegiatan masyarakat awam dengan tujuan memupuk masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Pada satu masa yang genting bagi kestabilan dunia, pemenang anugerah tersebut “mempamerkan perubahan positif yang boleh dilahirkan oleh individu dan pertbuhan yang berazam”, beginilah petikannya.[8]

Pergerakan Perubahan Demokratik sunting

Pada tahun 1999, Tsvangirai mengasas dan menyusun Pergerakan Perubahan Demokratik, sebuah parti pembangkang yang menentang pemerintahan Mugabe, dan membantu menewaskan pungutan suara perlembagaan 2000 secara mengejur, apabila Tsvangirai bersama-sama Majlis Perlembagaan Negara menjayakan kempen mengundi 'Tidak', terhadap Pungutan Suara Perlembagaan pimpinan kerajaan Mugabe pada 12 dan 13 Februari 2000.

Tsvangirai tewas kepada Mugabe pada pilihan raya presiden pada Mac 2002. Pilihan raya ini mencetuskan merebaknya desas-desus bahawa Mugabe memanipulasi pilihan raya melalui keganasan, kecenderungan media, dan manipulasi daftar pengundi, yang menghasilkan kehadiran pengundi pro-Mugabe yang melampau tinggi di sesetengah kawasan.

Penahanan dan ugutan sunting

Tsvangirai ditahan selepas pilihan raya 2000 lalu didakwa atas kesalahan khianat; tuduhan ini kemudiannya dibuang. [9][10] Pada tahun 2004, Tsvangirai didapati tidak bersalah atas tuduhan merancang untuk membunuh Mugabe menjelang pilihan raya presiden 2002. George Bizos, seorang peguam hak asasi manusia Afrika Selatan yang menyertai pasukan pembelaan Nelson Mandela dan Walter Sisulu di Perbicaraan Rivonia pada tahun 1964, mengetuai pasukan pembelaan Tsvangirai.

Oktober 2000 sunting

Tsvangirai ditahan selepas kerajaan mendakwa beliau pernah mengugut Presiden Robert Mugabe. Pemimpin MDC ini memberitahu 40,000 orang penyokong di sebuah perhimpunan di Harare bahawa jika Mugabe enggan meletak jawatan sebelum pilihan raya 2002 "kami akan menggulingkan engkau dengan sekerasnya". Namun begitu, Tsvangirai berkata beliau cuma memberi amaran kepada Presiden Mugabe agar mengenang sejarah. Kata beliau, "Ramai sekali diktator yang enggan mengundur diri secara aman - maka rakyat telah menggulingkan mereka secara kekerasan." Mahkamah pun membuang tuduhan.[11]

Jun 2003 sunting

Pada bulan Mei 2003 Tsvangirai ditahan pada tengah hari Jumaat sejurus selepas mengadakan sidang akhbar, pihak kerajaan mendakwa beliau menimbulkan kekacauan. Dalam sidang akhbar itu beliau berkata:

Mulai hari Isnin, 2 Jun, sehingga hari ini, 6 Jun, Mugabe tidak bertanggungjawab terhadap negara ini. Beliau sibuk mengumpulkan angkatan-angkatan penindasan menentang kehendak kedaulatan rakyat Zimbabwe. Sungguhpun begitu, sekalipun dalam konteks kezaliman terhadap mereka, semangat penentangan rakyat masih tidak patah. Bunyi tembakan tidak akan sesekali membisukan gesaan mereka untuk perubahan dan kebebasan.[12]

Mac 2007 sunting

Pada 11 Mac 2007 sehari selepas hari jadi beliau yang ke-55, Tsvangirai ditahan sewaktu dalam perjalanan ke perhimpunan ibadat di perbandaran Highfield di Harare.[13]


Isteri beliau dibenarkan melawat beliau di penjara, selepas itu dia mendakwa bahawa suaminya itu teruk dibelasah oleh polis, mengakibatkan luka parah di kepala dan matanya bengkak teruk.[14]. Peristiwa ini mencetuskan bantahan berleluasa dari seluruh dunia dan dianggap sebagai amat kejam dan keterlaluan.

Beliau diseksa oleh sebuah unit komando yang bertapak di Berek Cranborne pada 12 Mac 2007 selepas ditangkap dan ditahan di Balai Polis Machipisa di Highfield.

Serbuan di ibu pejabat MDC sunting

Tsvangirai akhirnya dibebaskan, tetapi pada 28 Mac 2007, polis Zimbabwe menyerbu ibu pejabat kebangsaan MDC di 44 Harvest House dan sekali lagi menahan beliau, berjam sebelum beliau dijadualkan menghadap media mengenai keganasan politik terkini di negara.[15]

Pilihan raya 2008 sunting

Sebuah pilihan raya presiden diadakan pada 29 Mac 2008, di samping pilihan raya parlimen pada hari yang sama.[16][17] Tiga orang calon utama merupakan Mugabe, Tsvangirai, dan Simba Makoni, seorang calon bebas.[18]

Menurut data yang dikumpul di setiap balai undian, MDC mengumpul semak data untuk keputusan undian. Mereka membawa bukti secara elektronik. Setiap kali maklumat sebegini dikumpul oleh MDC, pihak kerajaan sering menyerbu pejabatnya dengan harapan merampas data yang disimpan di luar negara. Tidak lama selepas pilihan raya, kerajaan memesan senjata perang dari China, yang diangkut melalui Afrika Selatan.[19] Keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya presiden keluar pada 2 Mei 2008 dan dicabar sengit oleh wakil MDC. Menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe, Tsvangirai memenangi pusingan pertama dengan meraih 47.9% undian berbanding 43.2% yang diraih oleh Mugabe.[20] Oleh itu, tiada seorang calon ini meraih 50% tambah satu undian yang perlu agar diisytiharkan pemenang selepas pusingan pertama, maka perlunya pusingan tambahan. Jurucakap MDC, Nelson Chamisa, mencemuh keputusan tersebut sebagai "cekik darah yang melampau". MDC terus menegaskan bahawa pihaknya nyata menang di pusingan pertama dengan 50.3% undian.[21]. Bagaimanapun, seorang penulis Sunday Telegraph mendapati dan menekankan percanggahan dalam dakwaan ini kerana keputusan yang terpapar di laman web MDC menunjukkan Tsvangirai ada 1,169,860 undian, sementara Mugabe meraih 1,043,451 dan Makoni pula 169,636 undian[22].

Tsvangirai yang berada di luar Zimbabwe ketika itu, terutamanya di Afrika Selatan, untuk masa yang agak lama ketika pusingan pertama pilihan raya, mengumumkan pada 10 Mei bahawa beliau hendak menyertai pusingan tambahan menenrang Mugabe. Tsvangirai berkata pusingan kedua ini wajar diadakan dalam masa tiga minggu selepas pengumuman keputusan sebelum ini seperti yang ditetapkan Akta Pilihan Raya. Beliau mengehendaki "capaian tanpa kekangan oleh semua pemerhati antarabangsa", "pembentukan semula" Suruhanjaya Pilihan Raya, dan capaian bebas untuk media, termasuk akhbar antarabangsa, sebagai syarat penyertaan beliau.[23]

Pada 13 Mei 2008, Tsvangirai menyatakan bahawa beliau sanggup bertanding di pusingan tambahan jika sekurang-kurangnya hadirnya pemerhati pilihan raya SADC, maka meringankan kehendak beliau sebelumnya untuk capaian bebas bagi semua pemerhati antarabangsa.[24] Selepas itu, adalah diumumkan bahawa pusingan kedua bakal diadakan pada 27 Jun, satu penangguhan yang dikecam pihak MDC.[25]

Walaupun Tsvangirai dijangka kembali ke Zimbabwe pada 17 Mei, pihak MDC mengumumkan pada hari kepulangan beliau ditunda kerana maklumat yang diterima pihak parti mengenai dakwaan cuba membunuh beliau.[26] Parti ini kemudiannya mendakwa perisikan tentera mendalangi rancangan ini, tetapi pihak kerajaan menafikan dakwaan MDC itu dengan berkata bahawa Tsvangirai "cuba mengambil hati media antarabangsa".[27] Beberapa pemerhati berpendapat bahawa pada masa itu kegagalan Tsvangirai untuk kembali menimbulkan persoalan mengenai mutu kepimpinan beliau serta menampakkan beliau takut menghadapi Mugabe dan tidak sanggup mengambil risiko kembali ke onak duri sungguhpun risiko yang diambil para penyokong beliau yang berada di Zimbabwe.[28]

Tsvangirai kembali di Zimbabwe dari Afrika Selatan pada 24 Mei.[29]

Tsvangirai mengadakan ucapan rasmi kepada wakil rakyat MDC yang baru pada 30 Mei, yang mana beliau berkata Zimbabwe berada dalam "keadaan putus harapan" dan "betul-betul mengaibkan benua Afrika" kerana keadaan ekonominya, dan beliau juga berkata sesiapa yang terlibat dalam keganasan politik tidak akan menerima pengampunan dari kerajaan beliau.[30][31] Belaiu juga menyifatkan MDC sebagai "parti pemerintah baru" dan berkata bahawa rancangan perundanan MDC akan "berasaskan pengembalian kebebasan asasi kepada rakyat Zimbabwe". Satu "perlembagaan pacuan rakyat" baru bakal menyusuli dalam masa 18 bulan, menurut Tsvangirai, dan sebuah "suruhanjaya kebenaran dan keadilan" akan ditubuhkan; tentera akan "mempertahankan sempadan, bukan menyerang rakyat", sementara penjara pula "hanya menahan penjenayah, bukan orang tak bersalah". Beliau berjanji bahawa parti beliau akan memperkenalkan satu strategi baru yang menggabungkan "langkah permintaan dan penawaran" untuk mengawal inflasi. Tsvangirai juga menjanjikan kebangkitan semula pertanian, dengan berkata bahawa isu ini akan "dinyahpolitikkan sepenuhnya" dan akan terdapat langkah "memampas atau menyepadukan semula" para petani yang kehilangan tanah mereka dalam pembaharuan tanah.[31]

Kerajaan pernah berkata bahawa jika kemenangan berpihak kepada Tsvangirai maka malang dan "ketidakstabilan" menanti.[32]

Tsvangirai ditahan berhampiran Lupane pada 4 Jun, bersama-sama pasukan keselamatan beliau dan pegawai-pegawai atasan MDC yang lain, termasuklah Naib Presiden MDC Thokozani Khupe dan Pengerusi Lovemore Moyo. Seorang peguam MDC berkata Tsvangirai dikatakan berucap di sebuah perhimpunan berhampiran Lupane tanpa izin.[33] Kenderaan beliau ditahan polis di sekatan jalan dan perarakan beliau turut diserbu; selepas dua jam, beliau dibawa ke balai polis. MDC menyifatkan kejadian ini sebagai "sebahagian usaha yang nekad dan dirancang rapi untuk mengganggu rancangan kempen MDC", manakala kerajaan AS mengecam insiden ini sebagai "amat membimbangkan" dan kerajaan Jerman pula menggesa pembebasan beliau. Tsvangirai dibebaskan sembilan jam kemudian pada hari yang sama[34]. Bvudzijena, jurucakap polis, menafikan sebarang dakwaan bahawa polis cuba campur tangan dalam kempen Tsvangirai; beliau menjelaskan penahanan ini dengan berkata bahawa polis hendak menentukan sama ada sebuah kenderaan dalam perarakan Tsvangirai berdaftar sah. Menurut Bvudzijena, pihak polis cuma hendak mengambil pemandu kenderaan terbabit untuk menyemak dokumen yang berkenaan, tetapi Tsvangirai dan seluruh kumpulannya hendak ikut serta.[35]

Pada 22 Jun 2008, Tzvangirai mengumumkan di sebuah sidang akhbar bahawa beliau akan menarik diri dari pusingan tambahan yang disifatkan beliau sebagai "penipuan yang ganas" dan berkata bahawa para penyokong beliau mempertaruhkan nyawa mereka jika mereka mengundinya. Beliau berikrar bahawa MDC bakal mengatasinya suatu hari nanti dan kemenangannya "cuma boleh ditangguhkan".[36]

Kematian sunting

Tsvangirai meinggal dunia di Afrika Selatan pada 14 Februari 2018, pada usia 65 tahun. Kematiannya diumumkan oleh Elias Mudzuri, pegawai kanan parti yang menyatakan: "Beliau meninggal dunia petang tadi. Keluarga mendiang hubungi saya mengenai perkara itu.”

Sebab kematian mungkin disebabkan oleh barah kolorektal.[37]

Rujukan sunting

  1. ^ "Final House of Assembly Results". Zimbabwe Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-16. Dicapai pada 2008-09-16.
  2. ^ Zimbabwe opposition challenges election results - USATODAY.com
  3. ^ "Profile: Morgan Tsvangirai". Movement for Democratic Change. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-23. Dicapai pada 2008-05-06.
  4. ^ "'We're not seeking retribution'". The Guardian.
  5. ^ "Tsvangirai tours mass graves of Gukurahundi victims for the third time". Daily News. 2001-04-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Tsholotsho Villagers defy war vets to listen to Tsvangirai". The Zimbabwe Situation News.
  7. ^ "NCA task force". NCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-07-10.
  8. ^ "Solidar Award nominations invited". NCA.
  9. ^ BBC News. "Profile: Morgan Tsvangirai".
  10. ^ "Tsvangirai denies he plotted to eliminate Mugabe".
  11. ^ "Police consider Tsvangirai arrest". BBC.
  12. ^ "Morgan Tsvangirai arrested on Friday afternoon". Zvakwana.
  13. ^ "Zimbabwe opposition leader arrested". Al Jazeera English.
  14. ^ "Zimbabwe police accused of torture". Associated Press. 12 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-14. Dicapai pada 2008-05-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ "Zimbabwe Opposition Leader Seized". Associated Press. 28 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-06.
  16. ^ "'Mugabe has slapped Mbeki's efforts'", Sapa-AFP (IOL), 25 Januari 2008.
  17. ^ "Zimbabwe sets March date for poll", BBC News, January 25, 2008.
  18. ^ "Zimbabwe presidential candidates confirmed", AFP, 15 Februari 2008.
  19. ^ "Chinese arms ship", BBC, 19 April 2008.
  20. ^ AP: Zimbabwe's opposition questions electoral commission tally[pautan mati kekal]
  21. ^ BBC: Zimbabwe announces poll results
  22. ^ "Tsvangirai hasn't got his sums right". Sunday Telegraph.
  23. ^ "Zimbabwe MDC accept run-off vote", Al Jazeera, 10 Mei 2008.
  24. ^ "Zimbabwe MDC says regional observers enough for run-off", Reuters (International Herald Tribune), 13 Mei 2008.
  25. ^ "Zim run-off set for June 27", Sapa-Associated Press (IOL), 16 Mei 2008.
  26. ^ Nelson Banya, "'Tsvangirai's life in danger'", Reuters (IOL), 17 Mei 2008.
  27. ^ Nelson Banya, "Army plots to kill Tsvangirai - MDC", Reuters (IOL), 19 Mei 2008.
  28. ^ "Tsvangirai less of a leader than Mugabe?", Sapa-AFP, The Mercury (IOL), 20 Mei 2008, ms. 7.
  29. ^ "Opposition leader returns to Zimbabwe"[pautan mati kekal], Associated Press, 24 Mei 2008.
  30. ^ Fanuel Jongwe, "Tsvangirai bemoans Zim's 'state of despair'", Sapa-AFP (IOL), 30 Mei 2008.
  31. ^ a b "MDC 'parliament' maps out future", Sapa-DPA (IOL), 30 Mei 2008.
  32. ^ "'Tsvangirai is anti-Zimbabwean'", Sapa (IOL), 30 Mei 2008.
  33. ^ "Tsvangirai held by Zim police", Sapa-AFP (IOL), 4 Jun 2008.
  34. ^ Basildon Peta and agencies, "World stands up for Tsvangirai", The Star (IOL), 5 Jun 2008, ms. 1.
  35. ^ "Back to business for Tsvangirai", Sapa-Associated Press (IOL), 5 Jun 2008.
  36. ^ Angus Shaw, "Zimbabwe opposition leader pulling out of election"[pautan mati kekal], Associated Press, 22 Jun 2008.
  37. ^ "Zimbabwe opposition leader Tsvangirai dies". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 14 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 14 Februari 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

Pautan Luar sunting