Pantai Morib

(Dilencongkan dari Morib)

Pantai Morib (Jawi: ڤنتاي موريب) terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 16 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Pantai Morib

Cara ke sana sunting

Tarikan sunting

Pantai Morib merupakan tempat istirahat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting.[1] Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat kelahiran anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima Anugerah Kampung Contoh peringkat kebangsaan[perlu rujukan]. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting