Maghribi

(Dilencongkan dari Morocco)

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Bahasa Arab: المملكة المغربية‎, translit. Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Kerajaan Maghribi
كراجاءن مغربي

المملكة المغربيةAl-Mamlakah al-Maghribīyyah
ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmaɣrib
Bendera Maghribi
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata:  الله، الوطن، الملك  (Arab)
"Allāh, Al-Waţan, Al-Malik"  (transliteration)
"Allah, Negara, Raja"
Lagu kebangsaan: Hymne Chérifien
Kawasan berjalur di dalam peta menunjukkan Sahara Barat, yang mana sebahagian besarnya adalah de facto ditadbir oleh kerajaan Maghribi sebagai "Wilayah Selatan". Kedaulatannya bagaimanapun masih dipertikaikan.
Kawasan berjalur di dalam peta menunjukkan Sahara Barat, yang mana sebahagian besarnya adalah de facto ditadbir oleh kerajaan Maghribi sebagai "Wilayah Selatan". Kedaulatannya bagaimanapun masih dipertikaikan.
Ibu negaraRabat
34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850
Bandar terbesarCasablanca
Bahasa rasmiArab
(Arab Maghribi adalah dialek utama)
Bahasa Barbar
(Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan)
KerajaanRaja berperlembagaan
• Raja
Mohammed VI
Driss Jettou
Keluasan
• Jumlah
710,850 km2 (274,460 bt2)
or 446,550 km2[b]
(ke-40 atau ke-57)
• Air (%)
diabaikan
Penduduk
• Bancian 2019
35,261,311[1]
• Kepadatan
73.1/km2 (189.3/sq mi)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$324.389 bilion[2]
• Per kapita
$9,198[3]
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$200.29 bilion[4]
• Per kapita
$5,679[5]
HDI (2019)0.741[6]
tinggi
Mata wangdirham Maghribi (MAD)
Zon masaUTC (GMT[7])
• Musim panas (DST)
UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8])
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+212
Semua data tidak termasuk Sahara Barat, kebanyakannya masih dibawah de facto kawalan pentadbiran Orang Morocco.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

NamaSunting

Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaitu Al-Mamlakah al-Maġribiyyah المملكة المغربية‎ yang bermaksud "Kerajaan Barat"; perkataan "barat" yang merupakan asas nama ini iaitu gharb غرب‎ sama akar dengan perkataan ghurūb غروب‎ yang bermaksud "matahari terbenam" (bandingkan dengan perkataan "maghrib"). Para ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghreb (المغرب العربي al-Maġrib al-ʿArabī).[9]

Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa lain (termasuk "Maroko" dalam baku Indonesia menyerap Bahasa Belanda: Marokko) berasal daripada nama ibu kotanya yang dahulu Marrakech (Bahasa Arab: مراكش‎, translit. Murrākusy); kota tersebut berasal daripada ungkapan bahasa Berber amur n akush ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ yang bermaksud "Tanah Tuhan".[10]

SejarahSunting

Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tanda budaya Kapsian.

Banyak ahli-ahli teori mempercayai bahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama dengan pertanian (sila lihat Berber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisis genetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber dan Arab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orang Phoenicia, Yahudi Sephard, serta Afrika sub-Sahara.

Orang-orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanya Chleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagai Mauretania, satu nama yang harus tidak dikelirukan dengan negara Mauritania yang moden.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Note sur les premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2019". Haut Commissariat au Plan. 2019. Dicapai pada 22 Disember 2015.
  2. ^ "Morocco – GDP (PPP based)". Knoema.
  3. ^ "Morocco – GDP per capita (PPP based)". Knoema.
  4. ^ "Morocco – GDP". Knoema.
  5. ^ "Morocco – GDP per capita". Knoema.
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ L'horaire d'été (GMT+1) maintenu jusqu'au 27 octobre 2013, Ministère de la Fonction Publique et de la Modernisation de l'Administration. Retrieved 20 January 2017.
  8. ^ https://support.microsoft.com/en-us/help/4023136/2017-morocco-ramadan-dst-changes
  9. ^ Yahya, Dahiru (1981). Morocco in the Sixteenth Century. Longman. m/s. 18.
  10. ^ Nanjira, Daniel Don (2010). African Foreign Policy and Diplomacy From Antiquity to the 21st Century. ABC-CLIO. 2010, p. 208.

Pautan luarSunting

 
Dinding kota di Rabat.

KerajaanSunting

BeritaSunting

Gambaran keseluruhanSunting

DirektoriSunting

KomunitiSunting

Perdagangan dan hubungan luarSunting

Tinjauan mengenai MaghribiSunting

Pelancongan dan budayaSunting

Koordinat: 34°02′N 06°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850