Buka menu utama

Motif merupakan filem drama jenayah Malaysia 2019. Dalam filem ini, seorang remaja perempuan di bandar kecil telah dibunuh, seorang inspektor perempuan berazam untuk menyiasat kes ini, namun suspek utama adalah ayah remaja itu.

Motif
PengarahNadiah Hamzah
PenerbitMuhammad Bahir
Farah Al Amin
PenulisNadiah Hamzah
Muhammad Bahir
Honey Ahmad
Dibintangi olehRosyam Nor
Sharifah Amani
Iedil Dzuhrie Alaudin
Taqim Zaki
Emma Tosh
Sherie Merlis
Azhan Rani
Khalid Salleh
Muzik olehTeoh Eng Hooi
Irena Taib
SinematografiZainudin Mohamed
Disunting olehMuhammad Bahir
John Hafiz
Syarikat
penerbitan
WayangWorks
Ore Struck Media
PengedarEmpire Film Solution
Mula ditayangkan
26 September 2019 (Malaysia)
Tempoh tayangan
1 jam 25 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Ia ditayangkan pada 26 September 2019 di Malaysia.[1][2][3][4]

SinopsisSunting

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) seorang inspektor perempuan dari bandar yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna di pekan Tanah Merah. Anna terakhirnya dilihat di sebuah hotel lama. Inspektor tempatan, Rizal (Taqim Zaki) ditugaskan membantu Dewi. Kehadiran Dewi tidak disenangi oleh penduduk situ dan menerima tentangan hebat dari ayah remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang merupakan orang kaya Tanah Merah tetapi dia tidak percayai kebolehan Dewi. Sementara itu, Dewi juga ada masalah peribadinya kerana dia sedang dalam hubungan poligami dengan seorang lelaki yang ada isteri pertama.

Apabila Anna ditemui dibunuh, semua orang berkaitan dengan Anna disyaki, semua dengan motif tersendiri, bolehkah Dewi selesaikan kes bunuh ini?

PelakonSunting

Sumber rujukanSunting

Pautan luarSunting