Tangkapan gerakan

(Dilencongkan dari Motion capture)

Tangkap[an] gerak[an][1] (Bahasa Inggeris: motion capture - disingkatkan kepada mocap) merujuk kepada penangkapan atau perakaman gerakan dilakukan objek atau manusia. Ia sering digunakan dalam bidang sains ketenteraan, hiburan, sukan, perubatan serta pengesahan citraan komputer[2] and robotik;[3] namun juga digunakan dalam pembikinan filem atau pembangunan permainan video untuk menghasilkan dan menganimasikan model watak menggunakan animasi komputer 2 atau 3 dimensi.[4][5]

Contoh pergerakan satu atau lebih orang pelakon dirakam dan diambil berkali-kali setiap saat lalu diambil datanya untuk dipetakan menjadi model tiga dimensi agar model tersebut menunjukkan aksi yang sama seperti seperti pelakonnya. Ia juga dapat ditangkap menggunakan kamera maya dalam sebuah skema yang dikendalikan agar bisa, miring, atau dibawa mengelilingi panggung sambil pelakon melakukan pertunjukan lalu data pergerakan dapat diperolehi segera pertunjukan aktor tersebut tamat - hal ini membuat karakter komputer, gambar, dan set memiliki perspektif yang sama dengan gambar video dari kamera. Komputer memproses data dan tampilan gerakan aktor, memberikan posisi kamera yang diinginkan dalam terminologi objek dalam set.

TujuanSunting

PerfilemanSunting

Teknik ini digunakan untuk menerapkan efek khas mahupun menghasilkan watak melalui janaan komputer di mana penghasilan menggunakan cara konvensional terdahulu barangkali terlalu rumit atau memakan kos besar. Watak Gollum dalam siri filem siri filem Lord of the Rings, sebahagian watak mumia dari filem The Mummy, King Kong, Davy Jones dari siri filem Pirates of the Caribbean, jauh ke paparan watak-watak kerdil dan goblin dari filem The Hobbit: An Unexpected Journey menggunakan teknik sebegitu.

‘’Star Wars: Episode I – The Phantom Menace’’ (1999) merupakam filem pertama yang memaparkan suatu watak janaan - Jar Jar Binks lakonan Ahmed Best - menggunakan teknik ini manakala Sinbad: Beyond the Veil of Mists (2000) merupakan filem pertama dihasilkan menggunakan teknik penangkapan gerakan sepenuhnya. Final Fantasy: The Spirits Within (f2001) merupakan filem pertama dengan penjanaan citra sebegini yang diedarkan secara meluas.

Tujuan kajianSunting

Permainan videoSunting

Teknik penangkapan ini sering digunapakai untuk menganimasi watak-watak permainan video dalam gerakan lincah mereka - baik dalam keadaan bersukan, mempertahankan diri dan sebagainya.[6][7]

KaedahSunting

Pelakon atau pelagak aksi ngeri yang dirakam dipasangkan dengan penanda (marker) khas yang diperekatkan pada setiap sendi dalam tubuh badan agar sebarang perubahan pada posisi atau bentuk hasil pergerakan pelakon akan dirakam menggunakan kamera khas - pengesanan dilakukan secara berulang kali bagi mendapatkan hasil yang optimum dan tepat, terutamanya dengan pengunaan penanda tertentu jenis akustik, inertia, LED, bermagnet ataupun pantulan. Setelah bayangan (silhouette) yang terakam dpipisahkan daripada latar belakang kawasan rakaman, kesemua susut sendi yang dikesan dihitung dengan suatu model matematik ke dalam bayangan tersebut.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Tangkapan gerakan dipakai rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei sementara tangkap gerak dipakai rasmi di Indonesia.
  2. ^ David Noonan, Peter Mountney, Daniel Elson, Ara Darzi and Guang-Zhong Yang. A Stereoscopic Fibroscope for Camera Motion and 3D Depth Recovery During Minimally Invasive Surgery. In proc ICRA 2009, pp. 4463-4468. <http://www.sciweavers.org/external.php?u=http%3A%2F%2Fwww.doc.ic.ac.uk%2F%7Epmountne%2Fpublications%2FICRA%25202009.pdf&p=ieee>
  3. ^ Yamane, Katsu, and Jessica Hodgins. "Simultaneous tracking and balancing of humanoid robots for imitating human motion capture data." Intelligent Robots and Systems, 2009. IROS 2009. IEEE/RSJ International Conference on. IEEE, 2009.
  4. ^ NY Castings, Joe Gatt, Motion Capture Actors: Body Movement Tells the Story Diarkibkan 2014-07-03 di Wayback Machine, Accessed June 21, 2014
  5. ^ Salomon, Andrew Harris (22 Februari 2013). "Growth In Performance Capture Helping Gaming Actors Weather Slump". Backstage Magazine. Dicapai pada 21 Jun 2014. ...but developments in motion-capture technology, as well as new gaming consoles expected from Sony and Microsoft within the year, indicate that this niche continues to be a growth area for actors. And for those who have thought about breaking in, the message is clear: Get busy....
  6. ^ Jon Radoff, Anatomy of an MMORPG, "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 2009-12-13. Dicapai pada 2009-11-30. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ "Hooray for Hollywood! Acclaim Studios". GamePro. IDG (82): 28–29. July 1995.

Pautan luarSunting