Moussa Dembélé (pemain bola sepak Perancis)

Moussa Dembélé (lahir 12 Julai 1996) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Ligue 1, Lyon.

Moussa Dembélé
Dembélé beraksi untuk Celtic pada 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Moussa Dembélé[1]
Tarikh lahir (1996-07-12) 12 Julai 1996 (umur 27)[2]
Tempat lahir Pontoise, Perancis
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lyon
Nombor 9
Kerjaya remaja
2002–2004 US Cergy Clos
2004–2012 Paris Saint-Germain
2012–2013 Fulham
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Fulham 56 (15)
2016–2018 Celtic 55 (26)
2018– Lyon 60 (31)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Perancis B16 14 (4)
2013 Perancis B17 3 (0)
2013–2014 Perancis B18 3 (1)
2014–2015 Perancis B19 10 (5)
2015–2016 Perancis B20 4 (0)
2016–2019 Perancis B21 25 (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mac 2020

Selepas mengembangkan bakatnya di kelab Paris Saint-Germain dan Fulham, Dembélé melakukan penampilan sulungnya bersama Fulham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris pada November 2013. Beliau telah menjaringkan 19 gol dalam 64 penampilannya bersama Fulham sebelum menyertai Celtic pada tahun 2016. Dembélé membantu Celtic untuk merangkul kejuaraan "treble" domestik Scotland selama dua tahun berturut-turut sebelum berpindah ke Lyon pada Ogos 2018.

Dembélé telah melakukan 50 penampilan bersama pasukan Perancis di peringkat belia. Pada Oktober 2016, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21.

Kehidupan peribadi sunting

Dembélé telah dilahirkan di Pontoise, Île-de-France[4] dan beliau berasal daripada keturunan Mali.[5]

Kerjaya kelab sunting

Fulham sunting

Pada tahun 2012, Dembélé telah menyertai kelab Fulham dari Paris Saint-Germain semasa beliau baru berusia 16 tahun.[6] Beliau seterusnya menjadi pemain utama bagi pasukan bawah-18 Fulham yang menjuarai Liga Akademi Perdana pada musim sulungnya di sana.[7] Beliau menandatangani kontrak pertamanya bersama Fulham pada Julai 2013 yang menetapkannya sebagai pemain Fulham sehingga musim panas 2015.

Dembélé hanya memanaskan bangku simpanan Fulham semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea City pada 23 November 2013.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Fulham pada seminggu kemudian semasa menentang West Ham United. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-83 permainan selepas menggantikan Kieran Richardson dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 3–0 di Boleyn Ground.[9] Namun, beliau menamatkan perlawanan tersebut dengan mengalami kecederaan.[10] Pada 30 Mac 2014, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Fulham buat kali pertama ketika pasukannya mengalami kekalahan 3–1 kepada Everton.[11] Fulham menamatkan kempen pada musim itu dengan berdepan penyingkiran ke Liga Kejuaraan. Beliau masih lagi dibenarkan untuk beraksi bersama pasukan akademi. Beliau telah menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan akhir Piala FA Belia.[12]

Pada 28 Oktober 2014, pada perlawanan pusingan keempat Piala EFL, Dembélé telah menjaringkan gol pertamanya dengan menghasilkan dua gol untuk meletakkan Fulham mendahului lawan 2-0 ke atas Derby County. Namun, perlawanan itu berakhir dengan kekalahan 5-2.[13]

Dembélé menjaringkan gol sulungnya dalam saingan liga ketika mengatasi Blackburn Rovers 2-1 pada 13 September 2015. Beliau juga telah menjaringkan dua gol ketika menewaskan Reading 4-2 pada 24 Oktober.[14] Dembélé sekali lagi menjaringkan dua gol pada minggu berikutnya semasa menundukkan Bristol City 4–1 di Ashton Gate.[15] Pada penghujung tahun 2015, beliau telah menghasilkan sepuluh gol untuk musim kali ini.[16]

Celtic sunting

Pada 28 Jun 2016, kelab Scotland iaitu Celtic telah mengikat Dembélé dengan rundingan kontrak selama empat tahun.[17] Pada 12 Julai, beliau melakukan penampilan sulungnya pada hari ulang tahunnya ke-20 semasa menentang Lincoln Red Imps pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara.[18]

Pada 3 Ogos, Dembélé telah menjaringkan gol pertamanya untuk Celtic pada minit ke-92 permainan menerusi tendangan penalti semasa menentang Astana sekali gus melayakkan Celtic ke pusingan play-off.[19] Seterusnya, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Motherwell pada pusingan ke-16 Piala Liga Scotland yang berakhir dengan kemenangan 5-0.[20] Beliau turut menjaringkan gol keempat pasukannya untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 5–2 ke atas Hapoel Be'er Sheva pada minggu berikutnya.[21]

Pada 10 September, semasa aksi pasukannya menewaskan Rangers 5–1 di Parkhead, beliau telah menjairngkan hatrik Celtic yang pertama dalam pertembungan liga Old Firm sejak Stevie Chalmers melakukannya pada tahun 1966[22] dan merupakan pemain Celtic pertama yang menjaringkan hatrik dalam mana-mana perlawanan menentang Rangers sejak Harry Hood pada tahun 1973.[23] Ketiga-tiga jaringan beliau itu juga dianggap sebagai "hatrik yang sempurna" kerana beliau menjaringkan gol dengan cara menanduk, menggunakan kaki kanan dan kaki kirinya.[24] Pada 24 September, Dembélé telah menjaringkan dua gol pada perlawanan menewaskan Kilmarnock 6-1.[25] Pada empat hari berikutnya, beliau menjaringkan dua gol buat kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara semasa menentang Manchester City yang berakhir dengan keputusan seri 3–3.[26] Rekod jaringannya pada masa itu telah menobatkannya sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Scotland bagi bulan September.[27]

Dembélé menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk mebolehkan pasukannya meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Rangers pada 23 Oktober lalu megesahkan kemaraan Celtic menuju ke final Piala Liga.[28] Beliau menjaringkan gol lagi pada aksi final ketika menentang Aberdeen dari jarak kotak penalti sebelum Celtic meraih kemenangan selesa 3-0 sekali gus menandakan trofi pertama yang dirangkul dalam karier Dembélé.[29]

Dembélé telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea ketika jendela perpindahan pada Januari 2017. Secara kebetulan, beliau telah dihantar ke sebuah hospital di Chelsea untuk mendapatkan rawatan pada 31 Januari iaitu hari terakhir jendela perpindahan.[30] Namun, pengurus Chelsea Antonio Conte menafikan khabar angin itu dengan menyatakan bahawa beliau tidak pernah berkata kepada lembaga kelab mengenai Dembélé. Kemudian pada hari itu, Dembélé telah mengesahkan perkara itu dengan memuat naik gambar dirinya yang sedang meraikan gol di atas imej karakter Leonardo DiCaprio, Jordan Belfort daripada filem The Wolf of Wall Street.[31]

Dembélé menjaringkan hatrik secara berterusan pada Februari 2017[32][33] ketika menewaskan St Johnstone pada perlawanan liga dan menentang Inverness Caledonian Thistle dalam perlawanan Piala Scotland. Jaringan beliau semasa mengecewakan St Johnstone telah membolehkannya untuk memenangi anugerah 'Jaringan Terbaik' untuk musim 2016-17 selain dicalonkan ke dalam Anugerah Puskás FIFA.[34] Jaringan tersebut mempunyai 25 hantaran, sebuah 'rabona' dan 'back heel'. Malah, jaringan itu menyaksikan setiap pemain berjaya menyentuh bola sebelum penyudah klinikal disempurnakan oleh Dembélé bagi melengkapkan jaringan hatriknya.[35]

Sepanjang musim 2017–18, Dembélé telah mengalami tiga kecederaan yang memaksanya untuk berehat secara jumlahnya selama 82 hari. Oleh kerana beliau dibelenggu kecederaan, Dembélé bergelut untuk mendapatkan sentuhannya semula daripada musim yang lalu tetapi beliau berjaya menjaringkan 16 gol dalam 39 penampilannya. Beliau juga menyumbang kepada Celtic untuk menyempurnakan "treble" kedua berturut-turut.[36][37][38]

Lyon sunting

Pada 31 Ogos 2018, Dembélé menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Ligue 1, Lyon.[39] Nilai perpindahan beliau dilaporkan sebanyak 22 juta euro.[40] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Lyon pada 15 Septeber pada perlawanan liga menentang Caen yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[41] Pada 26 September, Dembélé menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk Lyon dengan mencetak dua jaringan ketika pasukannya mengalahkan Dijon 3-0 dalam aksi liga.[42] Pada 3 Februari 2019, beliau menanduk masuk jaringan penyamaan perlawanan sebelum tendangan penalti kemenangan disudahkan oleh Nabil Fekir untuk meraih kemenangan 2–1 ke atas Paris Saint-Germain lalu menghasilkan kekalahan pertama dicatatkan oleh pendahulu Ligue 1 itu.[43]

Kerjaya antarabangsa sunting

Dembélé merupakan sebahagian daripada skuad bawah-19 Perancis yang mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah 2015. Beliau telah menjaringkan gol pada aksi peringkat kumpulan menentang Ukraine dan tuan rumah, Greece.[44] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Perancis pada Oktober 2016 ketika menentang Georgia. Beliau beraksi sebagai pemain gantian separuh masa permainan sebelum menjaringkan salah satu jaringan gol Perancis untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan 5-1.[45] Pada 13 November 2017, Dembélé menjaringkan hatrik selama sebelas minit semasa mewakili pasukan bawah-21 Perancis ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Slovenia. Jaringan hatrik beliau ini merupakan jaringan terpantas yang dijaringkan oleh mana-mana pemain Perancis dalam jangka masa 15 tahun.[46]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 8 Mac 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Fulham 2013–14 2 0 1 0 0 0 3 0
2014–15 11 0 3 0 1 2 15 2
2015–16 43 15 1 1 2 1 46 17
Jumlah 56 15 5 1 3 3 64 19
  Celtic 2016–17 29 17 4 5 4 5 12[c] 5 49 32
2017–18 25 9 4 3 2 3 8[d] 1 39 16
2018–19 1 0 0 0 1 1 4[e] 2 6 3
Jumlah 55 26 8 8 7 9 24 8 94 51
  Lyon 2018–19 33 15 5 3 2 1 6[c] 1 46 20
2019–20 27 16 5 4 3 2 7[c] 0 42 22
Jumlah 60 31 10 7 5 3 13 1 88 42
Jumlah kerjaya 171 72 23 16 15 15 37 9 247 112
  1. ^ Termasuk Piala FA Inggeris, Piala Scotland dan Coupe de France.
  2. ^ Termasuk Piala EFL, Piala Super Scotland dan Coupe de la Ligue.
  3. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  4. ^ Enam penampilan dan satu jaringan gol di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA.
  5. ^ Tiga penampilan dan dua jaringan gol di Liga Juara-Juara UEFA, satu penampilan di Liga Europa UEFA.

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Celtic

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ Templat:Hugman
  2. ^ "Moussa Dembele profile". Fulham F.C. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  3. ^ "Moussa Dembele: Overview". Premier League. Dicapai pada 16 May 2020.
  4. ^ "Info FM : Moussa Dembélé, l'ancien espoir du PSG qui cartonne à Fulham". Foot Mercato (dalam bahasa Perancis). 15 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2016. Dicapai pada 10 October 2016.
  5. ^ "Moussa Dembélé séduit Zidane". Footmali (dalam bahasa Perancis). 6 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2016. Dicapai pada 10 September 2016.
  6. ^ "Fulham sign Moussa Dembele to possibly replace Moussa Dembele". Metro. 3 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  7. ^ "Through The Ranks: Moussa Dembele". Fulham F.C. 23 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  8. ^ "Fulham 1–2 Swansea City". BBC Sport. 23 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  9. ^ "West Ham 3–0 Fulham". BBC Sport. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  10. ^ "Dembélé's Debut". Fulham F.C. 3 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2013. Dicapai pada 4 December 2013.
  11. ^ "Fulham 1–3 Everton". BBC Sport. 30 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2014. Dicapai pada 1 April 2014.
  12. ^ Chelsea seal Youth Cup glory after thriller at the Bridge, The Football Association, 6 May 2014
  13. ^ "Fulham 2–5 Derby". BBC Sport. 28 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2014. Dicapai pada 3 November 2014.
  14. ^ "Fulham 4–2 Reading". BBC Sport. 24 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2015. Dicapai pada 24 October 2015.
  15. ^ "Bristol City 1–4 Fulham". BBC Sport. 31 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2015. Dicapai pada 13 February 2018.
  16. ^ Hafez, Shamoon (29 December 2015). "January transfer window: Vardy, Cole, Aubameyang, Robben". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2015. Dicapai pada 30 December 2015.
  17. ^ "Celtic delighted to sign Moussa Dembele on a four-year deal". Celtic F.C. 28 June 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 28 June 2016.
  18. ^ Donohoe, Eamonn (12 July 2016). "Lincoln Red Imps FC 1–0 Celtic". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2016. Dicapai pada 18 July 2016.
  19. ^ "Brendan Rodgers: Celtic fans 'put players on edge' against Astana". BBC Sport. 3 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2016. Dicapai pada 3 August 2016.
  20. ^ Swales, Andy (10 August 2016). "Celtic 5–0 Motherwell – Match Report & Highlights". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 19 August 2016.
  21. ^ Esplin, Ronnie (17 August 2016). "Celtic vs Hapoel Be'er Sheva match report: Brendan Rodgers' side take step closer to Champions League group stage". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2016. Dicapai pada 19 August 2016.
  22. ^ English, Tom (10 September 2016). "Scottish Premiership: Celtic 5–1 Rangers". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2016. Dicapai pada 10 September 2016.
  23. ^ Herron, Lindsay (13 September 2016). "Harry Hood: I spent five hours in hospital, missed the game and came out to discover my Old Firm hat-trick record had gone". The Herald. Glasgow. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2017. Dicapai pada 13 September 2016.
  24. ^ Forsyth, Roddy (10 September 2016). "Celtic 5 Rangers 1: Moussa Dembele hits hat-trick in Old Firm thrashing". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2017. Dicapai pada 28 February 2017.
  25. ^ English, Tom (24 September 2016). "Celtic 6–1 Kimarnock". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2017. Dicapai pada 28 February 2017.
  26. ^ English, Tom (28 September 2016). "Champions League: Celtic 3–3 Manchester City". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2016. Dicapai pada 28 September 2016.
  27. ^ MacRae, Chris (13 October 2016). "Celtic's Moussa Dembele takes Premiership player of the month award for September". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2016. Dicapai pada 28 February 2017.
  28. ^ English, Tom (23 October 2016). "Rangers 0–1 Celtic". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2016. Dicapai pada 23 October 2016.
  29. ^ McGowan, Stephen (27 November 2016). "Aberdeen 0–3 Celtic: Tomas Rogic, James Forrest and Moussa Dembele hand Brendan Rodgers first trophy as Hoops boss with Betfred Cup win". Daily Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2016. Dicapai pada 1 December 2016.
  30. ^ "Celtic explain Dembele's London trip amid Chelsea link". BBC Sport. 2 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2017. Dicapai pada 3 February 2017.
  31. ^ Davis, Callum (1 February 2017). "Chelsea target Moussa Dembele pledges his future to Celtic with Wolf of Wall Street tweet". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2017. Dicapai pada 7 February 2017.
  32. ^ "St Johnstone 2–5 Celtic". BBC Sport. 5 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2017. Dicapai pada 25 February 2017.
  33. ^ Cameron, Neil (12 February 2017). "Celtic 6, Inverness Caledonian Thistle 0: A second Moussa Dembele hat-trick in six days bring the Treble even closer". The Herald. Glasgow: Newsquest. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017. Dicapai pada 14 February 2017.
  34. ^ "Moussa Dembele goal nominated for prestigious FIFA Puskas Award". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.
  35. ^ Online, Record Sport (6 February 2017). "Celtic goal had 25 passes, a Rabona, a back heel and a great finish – best ever?". Daily Record. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.
  36. ^ https://www.telegraph.co.uk/football/2018/05/19/celtic-claim-unprecedented-double-treble-comfortable-scottish/
  37. ^ "Moussa Dembele | Football Stats | Celtic | Season 2017/2018 | Soccer Base". Soccerbase. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2017. Dicapai pada 26 July 2018.
  38. ^ Forsyth, Roddy (19 May 2018). "Celtic claim unprecedented double treble with comfortable Scottish Cup final win over Motherwell". The Daily Telegraph. ISSN 0307-1235. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2018. Dicapai pada 26 July 2018.
  39. ^ "OL sign Moussa Dembélé and Lenny Pintor". Olympique Lyonnais. 31 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  40. ^ "Moussa Dembele: Celtic striker joins Lyon in £19.7m move". BBC Sport. 31 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  41. ^ "Lyon snatch point at Caen with Man City next". 15 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2018. Dicapai pada 18 September 2018.
  42. ^ "Dembélé double confirms OL form". Ligue de Football Professionnel. 26 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2018. Dicapai pada 27 September 2018.
  43. ^ "Fekir pulls strings as Lyon beat PSG". Ligue de Football Professionnel. 3 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 2020-06-12.
  44. ^ Haslam, Andrew (12 July 2015). "France beat Greece to first place in Group A". UEFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2015. Dicapai pada 29 July 2015.
  45. ^ Wilson, Fraser (6 October 2016). "Watch Celtic ace Moussa Dembele score on his debut for France Under 21s as Hoops striker's stock rises further". Daily Record. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2016. Dicapai pada 8 October 2016.
  46. ^ "Celtic's Moussa Dembele scores 11-minute hat-trick for France U21". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2018. Dicapai pada 26 July 2018.
  47. ^ "M. Dembélé". Soccerway. Perform Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2017. Dicapai pada 14 February 2017.
  48. ^ "Motherwell 0–2 Celtic". BBC Sport. 26 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017.
  49. ^ "Celtic 2–1 Aberdeen". BBC.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
  50. ^ "Moussa Dembele: Swapping PSG for Fulham and making his mark". 21 November 2015. Dicapai pada 24 May 2019.
  51. ^ "Moussa Lands London Football Award". Celtic FC. 3 March 2016. Dicapai pada 24 May 2019.
  52. ^ "Celtic striker Moussa Dembele crowned French Under-21 Player of the Year". Daily Record. 17 December 2016. Dicapai pada 22 January 2017.
  53. ^ "SPFL Awards". Scottish Professional Football League. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2014. Dicapai pada 6 February 2017.
  54. ^ "PFA SCOTLAND TEAMS OF THE YEAR 2017". PFA Scotland. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2017. Dicapai pada 22 May 2017.
  55. ^ "PFA PLAYER OF THE YEAR AWARDS DINNER". PFA Scotland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 24 May 2019.
  56. ^ "Scott Sinclair's double delight at club's Player of the Year awards". Celtic FC. 1 May 2017. Dicapai pada 24 May 2019.

Pautan luar sunting