Perbadanan Mozilla

(Dilencongkan dari Mozilla Corporation)

Perbadanan Mozilla (Mozilla Corporation) merupakan subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Mozilla yang mengkoordinasikan dan mengintegrasikan pembangunan aplikasi yang berkaitan dengan Internet seperti pelayar web Mozilla Firefox dan pelanggan e-mel Mozilla Thunderbird oleh masyarakat sumber terbuka sejagat. Hanya beberapa daripada mereka yang diambil bekerja oleh perbadanan itu sendiri. Perbadanan itu juga mengagih-agihkan dan mempromosikan produk-produk ini. Tidak seperti Yayasan Mozilla yang bukan bertujuan untung, Perbadanan Mozilla merupakan entiti bercukai. Bertentangan dengan kebanyakan organisasi komersil, Perbadanan Mozilla tidak dimotivasikan oleh kehendak terhadap keuntungan, melaburkan kembali semua keuntungan ke dalam projek Mozilla. Perbadanan Mozilla menyasarkan untuk bekerja terhadap kebajikan awam Yayasan Mozilla iaitu "mengekalkan pilihan dan inovasi di dalam Internet."

Mozilla Corporation
Jenis/bentuk sahPrivate
IndustriIndustri perisian Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan03 Ogos 2005 (2005-08-03)
PengasasMozilla Foundation Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMountain View, California, USA
Tokoh pentingGary Kovacs, CEO
KeluaranFirefox
Mozilla Thunderbird
more...
Hasil$91.3 million (2009) [1]
Pendapatan bersih$43.1 million (2009)[1]
PemilikMozilla Foundation Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan600+[2]
Syarikat indukMozilla Foundation
Tapak webwww.mozilla.com
Twitter: mozilla Instagram: mozilla LinkedIn: mozilla-corporation Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pejabat di Mountain View yang dikongsi Yayasan Mozilla dan Perbadanan Mozilla

Seperti yang diterangkan dalam rencana MozillaZine Diarkibkan 2006-09-07 di Wayback Machine: "Yayasan Mozilla akan mengawal aktiviti-aktiviti Perbadanan Mozilla dan akan mengekalkan 100 peratus pemilikan subsidiari baru ini. Keuntungan yang diperolehi oleh Perbadanan Mozilla akan dilaburkan kembali ke dalam projek Mozilla. Tidak akan wujud pemilik saham, tiada pilihan saham akan dikeluarkan dan tiada dividen akan dibayar. Perbadanan Mozilla tidak akan diniagakan di pasaran saham dan adalah mustahil untuk mana-mana syarikat mengambil alih atau membeli kepentingan dalam subsidiari ini. Yayasan Mozilla akan terus memiliki tanda dagangan Mozilla dan hak intelektual lain yang akan dilesenkan kepada Perbadanan Mozilla. Yayasan juga akan terus mengawal simpanan kod sumber dan siapa yang boleh melihatnya"

Pautan luar

sunting
  1. ^ a b "Mozilla Foundation and Subsidiary: 2009 Independent Auditors' Report and Consolidated Financial Statements" (PDF). Mozilla Foundation. 2009-12-31. Dicapai pada 2010-11-18.
  2. ^ Rouget, Paul (20 Sep 2011), @taliabale Mozilla has ~600 employee (not 250) (tweet), Twitter, dicapai pada 20 Sep 2011