Mr. Boss Miss Stalker

Bagi novel asal 2014, lihat Mr. Boss Miss Stalker (novel).

Mr. Boss Miss Stalker merupakan siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Heykal Hanifah, adaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama karya Aesya Azahar terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd. Dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad, siri ini bersiaran di Slot Dahlia TV3 dari 22 April 2016 hingga 4 Jun 2016.[1]

Mr. Boss Miss Stalker
GenreDrama
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Aesya Azahar
Ditulis olehSofea J. Rhyland
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen
Lagu penutup"Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hasniza Nordin
  • Adam Salim
PenerbitHasniza Nordin
Penyunting
  • Selamat Yusof
  • Zaidi Malik
SinematografiMohd Izham
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Sapphire Screen
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal22 April 2016 – 4 Jun 2016

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut. Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Muzik dan runut bunyiSunting

  • "Dekat Tapi Jauh" - Forteen
  • "Anti Kamu" - Mojo

AnugerahSunting

Mr. Boss Miss Stalker memenangi enam dari 36 kategori dalam Malam Anugerah Telenovela 2017 yang diadakan di Pusat Dagang Dunia Putra. Novel memenangi kategori Telenovela Terbaik (Mr Boss, Miss Stalker), Pelakon Wanita Terbaik (Mia Ahmad) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Ashraf Muslim).[3] Ia turut memenangi kategori Pengarah Terbaik (Heykal Hanifah), Penulis Skrip Terbaik (Sofia J. Rhyland) dan Penerbit Telenovela Terbaik (Saphire Screen Sdn Bhd).[4]

RujukanSunting

  1. ^ Mr. Boss Miss Stalker MyInfoTaip (21 April 2016). Dicapai pada 21 April 2016.
  2. ^ Mr. Boss Miss Stalker (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2018.
  3. ^ Drama Mr. Boss, Miss Stalker dominasi kategori terbaik di Anugerah Telenovela 2017 Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  4. ^ Mr Boss, Miss Stalker Novel Excels In 2017 Telenovela Awards Bernama. Dicapai pada 1 Mac 2018.