Mr. Cinderella
Filem Mr. Cinderella adalah sebuah filem drama romantik Malaysia 2002 arahan Ahmad Idham. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai watak utama.
Mr. Cinderella | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis | Mohd Noor Kadir |
Lakon layar | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
SinopsisSunting
Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7-8 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta 'sports' mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok. Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya dikotorkan oleh lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah. Hakimi kemudian meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih. Secara tidak sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa menyelamatkan Tuan Puteri.
Sementara itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan "paparazzi" yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari "Mr Cinderella" yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM 500,000. Siti menerima cabaran tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan "rating" program "Cable News International" yang dikendalikannya.
Semasa mengendalikan rancangan "Siapa Mr Cinderella", muncullah Kumin antara ratusan "Mr Cinderella" palsu untuk menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah diisytiharkan sebagai "Mr Cinderella" yang dicari-cari selama ini.
Siapakah "Mr Cinderella" tulen? Jawapannya di dalam "Mr Cinderella".
PelakonSunting
- Erra Fazira sebagai Puteri Megawati
- Yusry KRU sebagai Hakimi
- Serina Redzuawan sebagai Siti Sahirah
- Opie Zami sebagai Kumin
- Helmi Gimmick sebagai Hassan
- M. Rajoli sebagai Sultan
- Khatijah Ibrahim sebagai Permaisuri
- Aziz M. Osman sebagai Bob
- Umie Aida sebagai Melur
- A. R. Badul sebagai Perdana Menteri
- Kudsia Kahar sebagai Mumtaz
- Adik Tuty sebagai Imelda
- Yunni Nor Leitey sebagai Siti Nurhalija
- Osman Kering sebagai Pemuda I
- Ropie Cecupak sebagai Pemuda II
- Ahmad Idham sebagai Doktor
Runut bunyiSunting
- "Ucapkanlah" - (Erra Fazira & Yusry KRU)
- "Berteman Sepi" - (Erra Fazira)
Anugerah dan pencalonanSunting
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-16 | Pengarah Harapan | Ahmad Idham | Menang |
Anugerah Skrin 2003 | Pelakon Wanita Terbaik | Erra Fazira | Tercalon |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Opie Zami | Tercalon | |
Pelakon Harapan | Serina Redzuawan | Tercalon |