Mr. Cinderella 2
Mr Cinderella 2 adalah sebuah filem drama romantik Malaysia 2003 arahan Din C.J. Filem ini merupakan kesinambungan untuk filem Mr. Cinderella (2002). Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Erra Fazira, Yusry KRU, Opie Zami, M. Rajoli dan Khatijah Ibrahim. Turut membantu menjayakan filem ini adalah Maya Karin, Rashid Salleh dan Anita Sarawak.
Mr. Cinderella 2 | |
---|---|
Pengarah | Din C.J. |
Penulis | Mohd Noor Kadir |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Devan. R |
Disunting oleh | Salehan Shamsudin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingSambungan kepada "Mr. Cinderella" sebelumnya, filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry. Erra sebagai Puteri Megawati, wanita dibelakang tabir kepada Hakimi yang berjawatan sebagai CEO di Megapuri Bhd. Ketika Hakimi bergelut dengan karier barunya, dia berputus asa dan berhenti, menyebabkan Puteri Megawati risau.
Anisah (Maya Karin), President syarikat Agro Products jatuh hati kepadanya. Salah faham menyebabkan Hakimi menyangka Puteri Megawati telah memutuskan pertunangan mereka ketika dia berada di New Zealand, menyebabkan dia menerima tawaran pekerjaan di syarikat Anis sebagai Pengarah Operasi. Pada masa yang sama, Shamsul yang mencintai Anis, patah hati dan menerima tawaran sebagai CEO di Megapuri Bhd. Tidak lama kemudian, Anis balik ke Malaysia disebabkan kematian bapanya Datuk Johan (Ismail Hutson) dan bertembung dengan Puteri Megawati.
Shamsul mengarah dua orang penculik menculik Anis semasa Anis balik ke Malaysia. Anis diselamatkan oleh Hakimi.
Pelakon
sunting- Yusry KRU sebagai Hakimi
- Erra Fazira sebagai Puteri Megawati
- Maya Karin sebagai Anisah
- Opie Zami sebagai Kumin
- M. Rajoli sebagai Sultan
- Khadijah Ibrahim sebagai Permaisuri
- Anita Sarawak sebagai Suria
- Helmi Gimmick sebagai Hassan
- Jalaluddin Hassan sebagai Penasihat Diraja
- Ismail Hutson sebagai Datuk Johan
- Rashid Salleh sebagai Shamsul Anuar
- Umie Aida sebagai Melor
- Jamali Shadat sebagai Pak Samad
Runut bunyi
sunting- "Berteman Sepi" - (Erra Fazira)
- "Ingin Tahu" - (Erra Fazira)
- "Dia" - (Fauziah Latiff)
- "Made in India" - (Alisha)
Lokasi Penggambaran
suntingPenggambaran dilakukan disekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Christchurch, New Zealand.