Mr. Donat Karamel
Drama rantaian adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra.[3]
Mr. Donat Karamel | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Azman Yahya (Jinggo) |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jangan Kecam Cintaku" nyanyian Bahrain Rahman. |
Lagu penutup | "Jangan Kecam Cintaku" nyanyian Bahrain Rahman. |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 Episode[1] |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Rabu - Jumaat, 9 malam. |
Syarikat penerbitan | (JS Pictures Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Slot Lestary[2] |
Siaran asal | – 2 November 2016 |
PelakonSunting
- Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal[4]
- Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah
- Idris Khan sebagai Zharif
- Mona Allen sebagai Mimin
- Fimie Don sebagai Kamil
- Syazuwan Hassan sebagai Redwan
- Noniswara sebagai Datin Azie
- Roy Azman sebagai Dato' Azman
- Sheila Rusly sebagai Hajah Kamilah
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Haji Khairuddin
- Sophia Liana sebagai Murni
SinopsisSunting
Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham dan menaikkan lemak badan gara-gara jumlah donat karamel yang dimakan. Di situ juga dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya yang mengghairahkan dan penuh fantasi.
Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya dan menggadai harga dirinya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa jejaka tampan yang menobroknya.
Faiq pula sudah sangap. Beliau, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata ingin mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Dia berpura-pura meminati semua karya garapan Anggun.
Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar dan bertambah mesra sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka dengan harapan mengacau daun. Namun, hubungan mereka tetap utuh sehinggalah hari bersejarah mereka, iaitu saat Anggun menyerahkan jiwa dan raganya kepada Faiq dalam klimaks yang dinanti-nantikan.
Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas dan telah mengkhianati kepercayaan ikhlas yang terjalin tatkala Faiq bertindak tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq demi menawan kembali hati permaisurinya. Pelbagai adegan lucu dan tidak kurang juga menjijikkan yang Faiq ciptakan.
Zhariff pula tidak jemu menggoda Anggun daripada Faiq. Sebagai suami, kelelakian Faiq rasa tercabar. Dia enggan dianggap sebagai lelaki dayus dan lemah. Anggun pula salah faham dan panik apabila terdengar pertengkaran hangat mereka lalu membawa diri ke kampung demi meleraikan hati yang tegang. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq yang telah menipunya selama ini? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina atas dasar penipuan dan ketidakihlasan? Cinta perlukan kesabaran serta api syahwat yang membara. Faiq pasti dan berharap, akan ada bahagia di penghujung jalan.
PencapaianSunting
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017
- Top 5 Lagu OST Pilihan -Jangan Kecam Cintaku (Bahrain Rahman)
- Top 5 Pasangan Pilihan -Hafidz Roshdi & Azira Shafinaz
- Top 5 Pengarah Pilihan - Azman Haji Yahya
- Top 5 Aktor Pilihan - Hafidz Roshdi
- Top 5 Aktres Pilihan -Azira Shafinaz
- Top 5 Antagonis Pilihan-Idris Khan
- Top 5 Drama Pilihan-Mr Donat Karamel (JS Pictures)
RujukanSunting
Pautan luarSunting
: Slot Lestary, Setiap Rabu- Jumaat , 9:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Mr. Donat Karamel | Berikutnya |
Sweetie Nanie | Sein Dan Luna |