Mr. Midnight: Beware the Monsters

Mr. Midnight: Beware the Monsters ialah siri Netflix yang diterbitkan oleh Beach House Pictures. Ia adalah sebuah adaptasi daripada siri buku popular Singapura Mr. Midnight oleh James Lee . Ia ditayangkan pada 24 Oktober 2022.

Mr. Midnight: Beware the Monsters
GenreKomedi Seram
Dibangunkan oleh
Pengarah
  • Tony Tilse
  • Sean Masterson
  • Yee-Wei Chai
Dibintangi oleh
Penggubah
BahasaEnglish
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Lokasi
Syarikat penerbitan
  • Beach House Pictures
Penyiaran
Siaran asal24 Oktober 2022 (2022-10-24)

Latar belakang sunting

Siri buku Mr. Midnight terdiri daripada 129 buah buku, [1] termasuk 27 naskhah edisi khas. Ia adalah siri buku kanak-kanak terlaris di Asia dengan lebih 3 juta salinan terjual. Buku-buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Burma, Melayu, Indonesia, dan Cina. [2]

Plot sunting

Sekumpulan rakan detektif menyelesaikan kejadian aneh, paranormal dan luar biasa di pekan mereka, Tanah Merah. Mereka merakamkan pengalaman mereka dalam blog mereka yang bertajuk "Mr. Midnight". [3]

  • Idan Aedan sebagai Tyar
  • Chen Yixin sebagai Ling
  • Caleb Monk sebagai Nat
  • Nikki Dekker sebagai Zoe
  • Lim Yu-Beng sebagai Uncle Tan (bapa Ling)
  • Adinia Wirasti sebagai Sylvia
  • Sam Pleitgen sebagai Jimmy K (bapa Ben)
  • Shafiqhah Efandi sebagai Zihan (ibu Tyar)
  • Firdaus Rahman sebagai Lufti (ayah Tyar)
  • Maxime Bouttier sebagai Ben

Penghasilah sunting

Pada Oktober 2018, Beach House Pictures mengumumkan bahawa siri ini sedang dalam penghasilan dan akan menampilkan "cerita-cerita yang diilhamkan daripada buku". Penggambaran telah dijalankan di Batam dan Singapura dalam "latar ala gothic '90-an". [4]

Penerimaan sunting

Peminat siri buku itu memberi komen di media sosial untuk mengulas mengenai kekurangan promosi untuk siri itu. Pengguna Twitter menyatakan harapan mereka supaya promosi itu akan menjadi lebih besar dan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui tentang siri ini. [5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Full Collection of Books by James Lee". Flame Of The Forest Publishing. 29 October 2022. Dicapai pada 29 October 2022.
  2. ^ "Beach House Pictures Developing Teen Horror Mr. Midnight Based on Bestselling Book Series". Beach House Pictures. 15 October 2018. Dicapai pada 22 October 2022.
  3. ^ Scott, Ng. (17 October 2022). "Watch the first trailer for Netflix's 'Mr. Midnight' adaptation". NME. Dicapai pada 22 October 2022.
  4. ^ Trinetra, Paul. (19 October 2022). "Singaporean Children's Horror Book Series 'Mr Midnight' Gets A Netflix Adaptation". August Man Magazine. Dicapai pada 22 October 2022.
  5. ^ Wenxin, L. (18 October 2022). "#trending: Fans of Singapore horror book series Mr Midnight lament lack of promotion for its Netflix adaptation". Today. Dicapai pada 22 October 2022.

Pautan luar sunting