Muafakat Nasional
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Muafakat Nasional (MN) merupakan sebuah gagasan kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.
Muafakat Nasional موافقت ناسيونل | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | MN |
Majlis Presiden | Ahmad Zahid Hamidi Abdul Hadi Awang |
Setiausaha Agung | Ahmad Maslan Takiyuddin Hassan |
Diasaskan | 14 September 2019 (hanya sebagai penggabungan biasa) |
Didaftarkan | (Tidak berdaftar) |
Disahkan | (Tidak disahkan) |
Pecahan | People's Pact |
Ibu pejabat | Pejabat Muafakat Nasional, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia |
Akhbar | Berita Harian Harian Metro Harakah |
Sayap pelajar | Mahasiswa Muafakat Nasional |
Sayap belia | Pemuda Muafakat Nasional |
Sayap wanita | Wanita Muafakat Nasional |
Keanggotaan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Ideologi | Ketuanan Melayu Konservatif Islamisme |
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Agama | Islam |
Warna | Hijau, Merah dan Putih |
Slogan | Muafakat Rakyat Penyatuan Ummah |
Dewan Negara | 17 / 70 |
Dewan Rakyat | 56 / 222 |
Dewan Undangan Negeri | 235 / 600 |
Parti ahliSunting
Logo | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||
Sokongan individu Ahli Parlimen mengikut parti | |||||||||
UMNO | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | Ketuanan Melayu | Ahmad Zahid Hamidi | 120 (di bawah BN) |
20.90% | 54 / 222
|
38 / 56
| ||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Demokrasi Islamik | Abdul Hadi Awang | 157 (di bawah PN) |
16.82% | 18 / 222
|
18 / 56
|
Pengisytiharan pembentukanSunting
UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk pada 14 September 2019. Piagam[1][2] berkenaan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Himpunan Penyatuan Ummah. Setiausaha Agung UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan.
Piagam Muafakat NasionalSunting
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Dengan izin Allah SWT, sesungguhnya UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.
Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:
- Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;
- Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
- Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
- Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
- Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.
KontroversiSunting
Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Ahmad Said berkata, tiada Muafakat Nasional di Terengganu kerana Barisan Nasional di Terengganu mahu bertanding menentang Perikatan Nasional Terengganu yang diketuai oleh PAS dan Pakatan Harapan.[3]
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi pula menyatakan sokongan penuh terhadap Muafakat Nasional di Selangor dan mahu ia diperkukuhkan lagi bagi menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.[4]
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi yang menganggotai Majlis Presiden Muafakat Nasional telah mengumumkan bahawa kerjasama dalam Muafakat Nasional sudah tiada kerana Parti Islam Se-Malaysia telah menjadi parti komponen dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional tidak dapat didaftarkan kerana kedua parti tersebut telah berada dalam gabungan parti politik yang berlainan.[5]
RujukanSunting
- ^ https://umno-online.my/2019/09/14/hpu914-piagam-muafakat-nasional-diisytihar/
- ^ http://www.1media.my/2019/09/piagam-muafakat-nasional.html
- ^ 'Tiada kerjasama antara UMNO dan Pas di Terengganu' - Ahmad Said
- ^ Umno, PAS Selangor komited jayakan Piagam Muafakat Nasional
- ^ Muafakat Nasional Sudah Tiada – Ahmad Zahid Hamidi