Muallaf (filem)
Muallaf merupakan sebuah filem Malaysia arahan Yasmin Ahmad yang dihasilkan pada tahun 2008. Filem tersebut menceritakan bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan hati menerusi agama. Ini merupakan filem kelima Yasmin Ahmad selepas Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin.
Muallaf | |
---|---|
Pengarah | Yasmin Ahmad |
Dihasilkan oleh | Rosnah Kassim |
Dibintangi | Brian Yap Sharifah Amani Sharifah Aleysha Yeo Yann Yann |
Diedarkan oleh | MHZ Film Sdn. Bhd. (Malaysia) The Picturehouse (Singapura) |
Tarikh tayangan | 27 November 2008 Singapura 31 Disember 2009 Malaysia |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris Kantonis |
Bajet | RM 1.30 Juta |
Tajuk
suntingJauh daripada sangkaan ramai, Muallaf tidak menceritakan seseorang yang masuk agama Islam. Malah, Yasmin sendiri mengakui bahawa beliau menggunakan istilah tersebut untuk mencirikan seorang manusia yang pada asalnya beragama Kristian mazhab Katolik hilang kepercayaannya terhadap agama tersebut setelah dimalukan oleh ayahnya (yang merupakan seorang pengikut Katolik yang teguh) serta perasaan terhadap ibu kandungnya, dan kemudiannya kembali ke pangkuan ibunya setelah mendekati dua insan beragama Islam yang boleh dikatakan luar biasa serta serba sedikit pengetahuan tentang Islam.
Sinopsis
suntingBrian Goh (Brian Yap) merupakan seorang guru Sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Kerapkali dia menerima panggilan telefon daripada ibunya di kampungnya di Pulau Pinang yang memujuknya supaya pulang ke rumah dan menemaninya ke gereja setiap Ahad. Namun, Brian sentiasa menolaknya dengan alasan bahawa dia sibuk dengan kerjanya.
Rohani (Sharifah Amani), 20 tahun, dan adiknya Rohana (Sharifah Aleysha), 14 tahun, tinggal di sebuah banglo yang terbiar. Mereka berdua telah melarikan diri daripada ayah kandung (Datuk Rahim Razali) mereka yang bergelar 'Datuk' yang bengis. Ayah mereka juga kerapkali pergi ke kelab malam dan meminum bir, amalan yang jelas haram di sisi Islam. Dengan kesedaran bahawa dia tidak boleh bergantung kepada dana amanah yang ditinggalkan arwah ibunya sepanjang hidup dan juga untuk mengelakkan diri daripada dikesani konco-konco ayahnya pada waktu siang, Rohani terpaksa bekerja di sebuah pub (Sid's Tavern & Cafe) pada lewat malam untuk menyara pendidikan Rohana. Bagaimanapun, Rohani sentiasa memberitahu pelanggan bar tentang keburukan arak terhadap kesihatan malah menawarkan air mineral. Akibatnya, dia dipecat oleh majikannya, Patrick, setelah mendapat tahu daripada rakan sekerjanya, Cindy.
Kedua-dua Rohani dan Rohana mempunyai amalan pelik yang sentiasa menyebut ayat dari kitab Al-Qur'an, termasuk ayat dari Tao Te Ching dan kitab Injil. Rohana yang kerap berbuat begitu menimbulkan kemarahan guru Pendidikan Seninya, Puan Siva. Pengetua sekolahnya, Bro. Anthony mendapat tahu akan amalan pelik itu dan, bersama Brian (yang mengajar di sekolah Rohana), tekad untuk mengetahui lebih banyak tentang adik-beradik itu. Brian terutamanya tertarik kepada amalan yang 'luar biasa' itu dan berminat terhadap terjemahan bahasa Inggeris Al-Qur'an yang dimiliki Rohani, di mana dua beradik itu seringkali memetik dan menyebut ayat-ayat darinya.
Hubungan mereka bertiga bertambah erat sehinggalah Rohani dan Brian masing-masing berkongsi masa lampau mereka. Brian hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian semasa berusia 12 tahun, akibat dikesan oleh ayahnya membaca bahan pornografi dan melakukan perkara yang kurang senonoh lalu ditelanjangkan dan dibiarkan berdiri di tepi jalan. Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa selain melihat sahaja. Pada hakikatnya, ibu bapanya menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh. Perihal Rohani pula ialah dia telah tanpa sengajanya menunjukkan ketidakhormatanan kepada ayahnya yang melakukan perkara haram, lalu menimbulkan kemarahan ayahnya yang mencukuri kepalanya sehingga botak.
Biarpun demikian, Rohani dan Rohana tetap teguh dengan keimanan mereka dan bersolat seperti biasa serta berbincang sesama sendiri tentang Islam berdasarkan terjemahan Inggeris Al-Qur’an yang dimiliki arwah ibu mereka. Lantaran mereka juga menjadikan satu amalan untuk memaafi mereka yang telah menyinggung mereka tatkala siang hari sebelum masuk tidur. Ini menjadikan mereka seolah-olah tidak apa-apa pada setiap saat. Rohani cuba memujuk Brian untuk menemani ibunya ke gereja setiap Ahad namun dia seolah-olah masih degil.
Sehinggalah suatu hari, ayah Rohani merampas Rohana darinya di sekolahnya dan Rohani mengejar mereka sehingga ke Kuala Lumpur. Sebelum dia pergi, dia meminta Brian untuk menjaga kediamannya dan menyuruhnya agar tidak mencarinya jikalau dia tidak kembali pada hari Jumaat pada minggu itu. Pada hari Jumaat, Rohani menelefon Brian dan memberitahunya bahawa ayahnya telah kena strok dan mahu tinggal di sana untuk menjaganya. Dia membuat percubaan terakhir untuk memujuk Brian kembali bertemu dengan ibunya dan akhirnya berjaya. Paparan terakhir filem menunjukkan Brian memandu dengan cepat kembali ke kediaman Rohani, di mana dia mengetuk pintunya dan ia dibuka untuk membenarkannya masuk.
Barisan pelakon
suntingPelakon | Watak | Nota |
---|---|---|
Brian Yap | Brian Goh^ | Guru Sejarah di sekolah Rohana |
Sharifah Amani | Rohani | Kakak Rohana, 20/21 tahun |
Sharifah Aleysha | Rohana | Adik perempuan Rohani, 14 tahun |
Datuk Rahim Razali | Datuk | Ayah Rohani dan Rohana |
Ning Baizura | Datin | Ibu tiri Rohani dan Rohana |
Tony Savarimuthu | Bro. Anthony | Paderi Katolik dan pengetua sekolah Rohana |
Hazel Fernandez | Puan Siva | Guru Pendidikan Seni Rohana |
Yeo Yann Yann | Cindy | Rakan sekerja Rohani di Sid's Tavern Pub & Cafe |
Tan Mei Ling | Mrs Goh | Ibu Brian |
Ho Yuhang | Penyiasat peribadi Datuk | |
Haris Zakaria | Brian sewaktu kecil | |
Shana Shafiza Muzaffar Shah | Mei Ling | Budak perempuan yang terlantar koma di hospital |
^ Watak Brian Yap pada mulanya dirancang untuk dinamakan Robert Ng.
Penutup
sunting- Filem tidak menunjukkan secara jelas apa yang telah berlaku pada Rohana pada akhirnya. Bolehlah dianggap bahawa Rohani berjaya bertemu dengan Rohana pada akhirnya memandangkan dia telah memutuskan untuk tinggal di Kuala Lumpur untuk menjaga ayahnya yang merampas Rohana pada awalnya.
- Filem tidak menunjukkan secara tersurat adakah Brian tertarik kepada Rohani atau agama Islam itu sendiri. Jika benar bahawa Brian jatuh cinta kepada Rohani, ini mungkin kali pertama Yasmin memaparkan perasaan cinta secara tersirat dalam filem-filemnya.
Tayangan filem
suntingSepertimana filem-filem yang sebelumnya, penayangan Muallaf bermula dengan ayat Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang). Apa yang berbeza kali ini ialah ayat tersebut ditulis dalam bahasa Cina, yakni 奉大仁大慈真主的尊名 (Pinyin: fèng dà rén dà cí Zhēn Zhǔ de zūn míng). Adalah difahamkan bahawa ayat tersebut akan dipaparkan dalam bahasa Tamil dalam filemnya yang berikutnya, Talentime.
Sepertimana filem karya keduanya, Sepet, Muallaf ditayangkan di Singapura terlebih dahulu. Filem tersebut ditayangkan di panggung wayang seni premier Singapura, The Picturehouse, selama 4 minggu dari 27 November ke 24 Disember 2008, dengan jualan tiket yang jauh melebih daripada prestasi Sepet.
Prestasi di persada antarabangsa
suntingAnugerah yang dimenangi
sunting- Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke-21 (21st Tokyo International Film Festival) (18 - 26 Okt 2008) ~ Anugerah Khas Filem Terbaik Asia-Timur Tengah (Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film)
Tayangan pilihan rasmi
sunting- Festival Filem Locarno Ke-61 (61st Locarno International Film Festival) (6 - 16 Ogos 2008)
- Festival Filem Antarabangsa Pusan Ke-13 (13th Pusan International Film Festival) (2 - 10 Okt 2008)
- Festival Filem Rialto (Rialto Film Festival), Amsterdam - Sinema Malaysia Baru (New Malaysian Cinema)
Surah dan ayat agama yang disebut dalam filem
suntingSurah/Ayat | Kandungan | Babak di mana surah/ayat disebut |
---|---|---|
Al-Qur'an | ||
Al-Fiil 105:1 |
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? | Rohana menjeritkan nombor surah apabila dirotan oleh Puan Siva. |
Al-Kauthar 108:3 |
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. | Rohana menyebut nombor surah apabila Brian memberitahunya kemungkinan yang bakal dihadapi Puan Siva ketika membawa Rohana pulang. |
An-Nuur 24:31 |
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. | Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan bahawa mereka sekurang-kurangnya berpakaian senonoh (kedua-dua beradik sedang memakai telekung pada ketika itu). |
An-Nahl 16:41 |
Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. | Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan mereka bukannya lari dari rumah, tetapi lari untuk menyelamatkan diri, apabila menjelaskan mengapa mereka meninggalkan rumah dan tinggal bersendirian. |
Al-Baqarah 2:62 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani/Kristian) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. | Rohana menyebut kedua-dua nombor dan kandungan surah ketika berbincang sesama Rohani sambil bersarap roti canai bersama Brian. |
An-Nisaa’ 4:43 |
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. | Rohani menyebut tentang surah tersebut ketika dia dan Rohana berbincang tentang perbezaan yang boleh wujud dalam terjemahan dan interpretasi Al-Qur’an oleh penterjemah mahupun ulama. |
An-Nuur 24:37 |
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. | Rohana menyebut nombor surah ketika dua beradik itu meninggalkan Brian seketika untuk mengerjakan solat Zuhur di masjid berhampiran. |
Al-Baqarah 2:286 |
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.. | Surah terakhir Al-Baqarah yang dibacakan oleh Rohani kepada Mei Ling, budak perempuan yang terlantar koma di hospital. |
Al-Humazah 104:3 |
Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya. | Rohani menyebut nombor surah apabila Brian mengatakannya bahawa dia tidak suka berpisah dengan harta duitnya ketika berbual sambil memerhatikan kelas taekwondo Rohana. |
Al-Kafirun 109:6 |
Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku. | Rohani menyebut nombor surah ketika berbual dengan Brian tentang bagaimana dia telah hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian. |
An-Nasr 110:1, 2 & 3 |
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. | Rohani menyebut nombor surah dalam perbualan telefon kepada Brian untuk memakluminya keadaannya setelah meninggalkan Ipoh untuk mecari adiknya yang dirampas ayahnya. |
Alkitab (Injil) | ||
Matius 5:4 |
Berbahagialah orang yang bersedih hati; Tuhan akan menghibur mereka! | Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. |
1 Korintus 13:2 |
Meskipun saya pandai menyampaikan berita dari Tuhan, dan mengerti semua hal yang dalam-dalam, dan tahu segala sesuatu serta sangat percaya kepada Tuhan sehingga dapat membuat gunung berpindah, tetapi saya tidak mengasihi orang-orang lain, maka saya bukannya apa-apa! | Rohana menyebut nombor ayat, setelah terdengar perbualan antara Brian dan Rohani dalam kereta Brian setelah dia membantu membaiki skuter Rohani. |
1 Korintus 13:4 – 10 |
| |
Pengakuan-pengakuan St. Augustine | ||
Confession 8.7.17 |
Kurniakanlah aku kesucian dan ketahanan diri, tetapi belum sampai waktunya (Grant me chastity and continence, but not yet) Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya. |
Rohana menyebut ayat berkenaan apabila Rohani cuba menjelaskan kepada Bro. Anthony bahawa pekerjaannya di bar adalah untuk sementara waktu. |
Dàodé Jīng (Tao Te Ching) Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya. | ||
Bab 6 | Roh Asli tidak akan lenyap, bahkan Dialah ibu kepada segala-galanya. The Valley Spirit never dies, for aye the same. |
Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. |
Bab 81 | Ayat benar tidak sedap didengar, ayat yang sedap didengar tiada kebenarannya. True words are not fine-sounding, fine-sounding words are not true | |
Bab 43 | Apakah jasad yang paling lembut bahkan dapat menghempaskan segala-galanya yang bak batu kekerasannya? What is of all things most yielding and can overwhelm that which is of all things most hard? |
Rohani menanyakan soalan berkenaan kepada Rohana apabila bersama-sama Rohana memaafkan mereka yang menyinggung mereka sebelum masuk tidur. Rohana menjawab, “Air”. |
Bab 25 | Adanya sesuatu yang tiada bentuknya tetapi lengkap, yang wujud sebelum adanya langit dan bumi. There was something formless yet complete, existing before heaven and earth |
Puan Yap (salah seorang guru) menanyakan ayat tersebut kepada Rohana. |
Nota : Salah satu ayat yang disebut dalam filem tidak berasal dari mana-mana kitab agama, yakni
"And so you see I have come to doubt (Jadi engkau telah melihat aku mula kurang percaya)
All that I once held as true (Segalanya yang aku pernah menganggapnya benar)
I stand alone without beliefs (Ku berdiri keseorangan tanpa kepercayaan)
The only truth I know is you (Kebenaran yang hanya ku tahu adalah mu)"
yang dipetik dari sebuah lagu bernama Kathy's Song oleh Paul Simon dan Art Garfunkel.
Ayat ini disebut dalam perbulan antara Brian dan Rohani dalam kereta.
Trivia
suntingSebelum filem ini diterbitkan, satu kontroversi telah timbul di mana watak Sharifah Amani (Rohani) yang dicukur rambutnya meninbulkan kemarahan mufti-mufti tertentu disebabkan amalan mencukur rambut bagi wanita adalah sama sekali haram dari segi Islam. Ini berdasarkan ketika mengerjakan ibadat haji sekalipun, wanita dilarang membotakkan kepalanya. Juga terdapat hadis Riwayat Imam Al-Bukhar yang melarang wanita melakukannya sebegitu. [1], [2]
Ulasan dan temubual bersama Yasmin Ahmad tentang filem
sunting- razorTV Tembual bersama Yasmin Ahmad tentang Muallaf (bahagian 1) Diarkibkan 2008-12-07 di Wayback Machine
- razorTV Tembual bersama Yasmin Ahmad tentang Muallaf (bahagian 2) Diarkibkan 2008-12-07 di Wayback Machine
- MOVIEXCLUSIVE.COM
- LIANHE ZAOBAO (Nov 24, 2008): 马国电影《皈依》男主角原属意光良
(Pelakon lelaki utama filem Malaysia Muallaf asalnya untuk Michael Wong) Diarkibkan 2009-07-30 di Wayback Machine - LIANHE ZAOBAO (Nov 28, 2008): 《改心》马来姐妹花逃家 (Muallaf: Dua beradik Melayu melarikan diri)
- TODAY (Nov 29, 2008): Much ado about Muallaf (Muallaf menjadi buah mulut ramai)
Rujukan
sunting- ^ Wanita Mencukur Rambut Pada Saat Haji Dan Umrah, Rabu, 31 Maret 04
- ^ "Hukum Muslimah (Wanita) Membotakkan Kepala". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-02. Dicapai pada 2011-02-15.