Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir
Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir (Jawi : مواممر قاددافي بن محمد ناصر lahir 27 Oktober 1991) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti AMANAH Negara (AMANAH) berketurunan melayu yang bertapak di Negeri Terengganu.
Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir | |
---|---|
![]() | |
Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional | |
Dalam jawatan Disember 2023 - kini | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan Februari 2024 - kini | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Didahului oleh | Mohd Sufian Mat Ali |
Setiausaha AMANAH Kawasan Kuala Terengganu | |
Dalam jawatan November 2023 - Kini | |
Ketua | Mohamad Zamir Ghazali |
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2024 - 2025 | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2019 - 2023 | |
Ketua | Mohamad Zamir Ghazali |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Asyeema Aliemen |
Anak | 1 |
Tempat belajar | Uitm Dungun |
Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Beliau merupakan anak kedua dari Mohd Nasir bin Zainal dan Zaharah binti Ibrahim (Meninggal: 1991). Bapa beliau juga merupakan seorang ahli politik diperingkat negeri Terengganu manakala almarhum ibunya merupakan bekas Ketua Editor Jabatan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Muammar Qaddafi mendapat pendidikan awal di SK Sungai Tong, dan seterusnya ke peringkat menengah dan menengah atas di SMK Sungai Tong.
Beliau melanjutkan pendidikan diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Pemasaran).
Beliau berkahwin pada 17 Mei 2021 kepada Asyeema Aliemen dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 12 Mei 2024 yang diberi nama Juita.
Penglibatan dalam Parti AMANAH Negara
suntingBeliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 2015 dan merupakan pengasas Parti AMANAH Kawasan Setiu. Beliau bertindak sebagai Setiausaha penaja AMANAH Kawasan Setiu pada tahun 2015 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Kawasan dari 2016 sehingga tahun 2019. AMANAH Setiu ketika itu diketuai oleh En. Nordin Said.
Beliau juga merupakan pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Terengganu bagi penggal pertama (2016 - 2019) dibawah kepimpinan YB Senator Mohd Hasbie Muda. Muammar Qaddafi terlibat dalam mesyuarat penubuhan Pemuda AMANAH Negeri Terengganu pada 2016.
Pada tahun 2019, selepas pemilihan kali pertama Parti AMANAH, beliau diberi peranan sebagai Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Terengganu yang diketuai oleh Mohamad Zamir Ghazali.
Beliau berpindah dari Kawasan Setiu ke Kawasan Kuala Terengganu pada 2021 dan dilantik sebagai AJK Amanah Kawasan Kuala Terengganu dibawah pimpinan Raja Kamarul Bahrin Shah
Dalam pemilihan parti pada tahun 2023, Muammar Qaddafi bertanding diperingkat Pemuda Amanah Nasional dan mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Media Baru dan Penulisan Kreatif dan Timbalan Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Nasional.
Beliau turut bertanding diperingkat Kawasan Kuala Terengganu dalam Mesyuarat Agung Tahunan Parti AMANAH Negara Kawasan Kuala Terengganu dan berjaya mendapat tempat. Muammar Qaddafi kemudian dilantik sebagai Setiausaha Parti AMANAH Kawasan Kuala Terengganu.
Jawatan sebagai setiausaha kawasan membawa beliau sebagai AJK AMANAH Negeri Terengganu dan diberi kepercayaan sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri.
Beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan diperingkat Pemuda AMANAH Negeri Terengganu setelah tujuh tahun bergerak sebagai Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Terengganu.
Pemilihan Pemuda AMANAH Nasional 2023
suntingSayap Pemuda AMANAH Nasional mengadakan konvensyen Pemuda AMANAH 2023 pada 16 Disember 2023 di Bangsar South, Kuala Lumpur dan memilih 27 orang Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional sesi 2023 - 2026. Kira kira 450 perwakilan dari seluruh negara membuang undi pada pemilihan ini.
Jawatankuasa Pemilihan telah menerima 70 pencalonan dari 6 negeri dan 64 Pemuda Kawasan. Seramai 128 orang telah dicalonkan dalam pemilihan kali ini dengan 34 orang calon tertolak. Menjadikan jumlah calon bertanding adalah seramai 94 orang.
Dalam pemilihan kali ini, dua kumpulan yang dilihat kedepan dalam kempen adalah Arus Baru Pemuda yang diketuai Azhar Rahman dan Kita Pemuda yang diketuai oleh YB Senator Hasbie Muda.
Keputusan menyaksikan kemenangan berpihak secara majoriti kepada kumpulan yang diketuai oleh Hasbie Muda, namun Azhar Rahman turut tersenarai sebagai pemenang pemilihan ini. Menandakan penerimaan ahli Pemuda terhadap sosok pemimpin Pemuda dari Negeri Perak itu.
Muammar Qaddafi mendapat tempat ke 11 dari 27 dengan memperoleh undian sebanyak 297 undi.
Pakatan Harapan Terengganu
suntingPakatan Harapan Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat dan pemilihan bagi sesi 2024 - 2025 pada 20 November 2024 yang dihadiri oleh masing masing 9 orang wakil dari parti komponen iaitu AMANAH, KEADILAN dan DAP.
Dalam mesyuarat dan pemilihan ini, Mohd Hasbie Muda telah dipilih untuk mengantikan YM Dato Raja Kamarul Bahrin Shah sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu bagi sesi 2024 - 2025.
Sdr Muammar Qaddafi pula telah dicalonkan dan dipersetujui secara syura ahli mesyuarat untuk memegang jawatan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Negeri Terengganu bagi sesi 2024 - 2025 mengantikan Mohd Sufian bin Mat Ali.
Penulis
suntingMuammar Qaddafi banyak menghasilkan tulisan analisis politik di portal berita seperti The Malaysian Insider (telah lupus), Malaysiakini, dan Malaysiadateline. Beliau juga banyak berkongsi pandangan politik melalui laman Facebook beliau.
Beliau juga telah menghasilkan dua buah buku iaitu, "Teknologi Tanaman Secara Hidroponik" yang diterbitkan pada 2021 dan sebuah buku politik bertajuk "Gelora Pemuda" yang diterbitkan pada 2023 dan dilancarkan oleh Presiden Parti AMANAH, Mohamad Sabu dalam konvensyen Pemuda AMANAH tahun 2023.
Teknologi Tanaman Secara Hidroponik
suntingBuku ini diterbitkan oleh GM Publication dan merupakan buku rujukan lengkap untuk memulakan aktiviti tanaman menggunakan kaedah hidroponik. Buku ini ditulis bersama Mohamad Zamir Ghazali.
Buku : Gelora Pemuda
suntingBuku ini terdiri dari 10 bab yang mencakup beragam topik, mulai dari perjalanan pembinaan sayap pemuda AMANAH Nasional, konflik yang dihadapi pemuda pada tahun 2019, peranan Pemuda dalam Pru14, hingga Langkah Sharaton dan dampaknya terhadap Pemuda, serta dokumentasi terkait pemuda hingga Pilihan Raya Negeri terakhir Ogos 2023.
Tujuan dari buku ini adalah sebagai dokumen penting bagi Pemuda AMANAH Nasional sebagai rujukan bagi generasi masa depan.
Pautan Luar
suntingFacebook : Muammar Qaddafi
Tik Tok : Muammar Qaddafi