Mufti Besar Arab Saudi

kedudukan pihak berkuasa agama di Arab Saudi

Mufti Besar Arab Saudi (Jawi: مفتي بسر عرب سعودي, Bahasa Arab: مفتي عام المملكة العربية السعودية, translit. Mufti ʿAām al-Mamlakah al-ʿArabiyyah al-Saʿudiyyah) merupakan jawatan undang-undang dan agama Islam paling kanan dan berpengaruh di negara Arab Saudi. Pemegang jawatan ini dilantik oleh Raja Arab Saudi. Mufti Besar akan mengetuai Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan).

Mufti Besar Arab Saudi
Ketua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan Arab Saudi
مفتي عام المملكة العربية السعودية
Penyandang
Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh
sejak Jun 1999
Pejabat Mufti Besar Arab Saudi
Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan Arab Saudi
GelaranMufti Besar
Syeikh
PelantikRaja Arab Saudi
Tempoh jawatanTidak ditetapkan
Pemegang sulungSyeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (1953-1969)
Pembentukan1953
Laman sesawangwww.alifta.gov.sa

Mufti Besar Arab Saudi terkini ialah Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh.

PerananSunting

Mufti Besar merupakan penguasa agama paling kanan di Arab Saudi. Beliau memainkan peranan penting dalam memberikan keputusan-keputusan agama (fatwa) mengenai hal ehwal hukum agama dan masyarakat.[1] Sistem kehakiman Arab Saudi juga menggunakan fatwa Mufti Besar sebagai sandaran perundangan.[2]

SejarahSunting

Jawatan ini diperkenalkan pada 1953 oleh Raja Abdul Aziz dengan melantik Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh.[3] Kebiasannya, jawatan ini diisi oleh anggota keluarga al-Syeikh seorang yang adil dalam menjalankan hukum fatwa.[4]

Mengikut faktanya, terdapat seorang Mufti Besar yang bukan dari keluarga al-Syeikh[5] Pada tahun 1969, Raja Faisal memansuhkan jawatan Mufti Besar dan menggantikannya dengan Kementerian Keadilan. Jawatan tersebut diperkenalkan semula dengan pelantikan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz pada tahun 1993.[6] Mufti Besar Arab Saudi terkini ialah Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh dilantik pada 1999 oleh Raja Fahd selepas kematian Syeikh Abdulaiz.

Senarai penyandangSunting

No. Penyandang Tahun Khidmat Raja memerintah
1 Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh 1953 - 1969 Raja Saud bin Abdulaziz

Raja Faisal bin Abdulaziz

2 Jawatan dimansuhkan 1969 - 1993 Raja Faisal bin Abdulaziz

Raja Khalid bin Abdulaziz

Raja Fahd bin Abdulaziz

3 Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz 1993 - 1999 Raja Fahd bin Abdulaziz
4 Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh 1999 - kini Raja Fahd bin Abdulaziz

Raja Abdullah bin Abdulaziz

Raja Salman bin Abdulaziz

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 28. ISBN 9781409403777.
  2. ^ Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 29. ISBN 9781409403777.
  3. ^ Hatina, Meir (2008). Guardians of faith in modern times: ʻulamaʼ in the Middle East. m/s. 221. ISBN 978-90-04-16953-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Federal Research Division (2004). Saudi Arabia A Country Study. m/s. 232–233. ISBN 978-1-4191-4621-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ AbuKhalil, Asʻad (2004). The battle for Saudi Arabia: royalty, fundamentalism, and global power. m/s. 66. ISBN 978-1-58322-610-0.
  6. ^ Watson, Mark (2008). Prophets and princes: Saudi Arabia from Muhammad to the present. m/s. 328. ISBN 978-0-470-18257-4.