Mufti Negeri Sabah
Mufti Negeri Sabah ialah satu jawatan tertinggi dalam organisasi Pejabat Mufti Negeri Sabah di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1996. Sebelum ini, Pejabat Mufti di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan kemudian dipisahkan pada tahun 1996 dalam mesyuarat Jemaah Menteri.[1] Mufti mempunyai kuasa tertinggi dalam mentafsirkan dan menjelaskan fatwa yang diperlukan oleh masyarakat Islam khususnya di negeri Sabah.
Mufti Negeri Sabah
مفتي نݢري سابه | |
---|---|
Pejabat Mufti Negeri Sabah | |
Gelaran | Yang Berbahagia Sahibus Samahah |
Pusat | Kota Kinabalu |
Surat cara pembentukan | Seksyen 33 (2) Enakmen No.13 Tahun 1992 |
Pemegang sulung | Muhammad bin Ahmad |
Timbalan | Hamdani bin Omar |
Laman sesawang | https://mufti.sabah.gov.my/ |
Senarai muftiSunting
- Muhammad bin Ahmad (1974 – 1977)
- Said bin Ibrahim (1977 – 1980)
- Ahmad bin Idris (1980 – 1983)
- Said bin Ibrahim (1983 – 1988)
- Ismail bin Abbas (1988 – 1999)
- Ahmad Alawi bin Adnan (1999 – 2012)
- Bungsu @ Aziz bin Jaafar (2012 – kini)
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Bingkisan Sejarah". Pejabat Mufti Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-07. Dicapai pada 7 November 2020.