Mufti di Malaysia
Malaysia sebuah negara yang unik kerana wujud beberapa institusi menaungi Islam sebagai agama Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan. Ia lebih terserlah melalui konsep Raja Berperlembagaan dengan wujudnya institusi Raja Melayu bertanggung jawab terhadap pengurusan hal ehwal Islam[1].
Ini ditambah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Tugasnya adalah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa terhadap perkara mengenai Islam yang dirujuk oleh Majlis Raja-Raja.
Selepas mesyuarat Jawatankuasa, keputusan dan pandangan hukum diputuskan akan dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dipengerusikan Perdana Menteri yang kemudiannya akan mengemukakan bersama dengan pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan Jawatankuasa Fatwa Negeri bagi menentukan fatwa dan pewartaannya di peringkat negeri.
Keistimewaan Malaysia sebagai negara Islam lebih terserlah kerana isu membabitkan kefatwaan terletak di bawah bidang kuasa negeri. Melalui akta, enakmen dan ordinan berkaitan, institusi fatwa di negeri berhak mengeluar dan mewartakan fatwa di negeri masing-masing.
Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai mufti di setiap negeri berjumlah seramai 14 mufti[1]. Begitu juga hal berkait pewartaan fatwa yang menjadikannya sebagai antara peruntukan dilindungi undang-undang yang tidak terdapat di negara lain.
Jawatankuasa Muzakarah MKI berperanan sebagai medium penyelidikan dan penyelarasan hukum di negara ini, selaras prosedur pengeluaran fatwa di peringkat negeri yang memperuntukkan fatwa hanya boleh dikeluarkan Sahibus Samahah Mufti bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui peruntukan undang-undang berkaitan fatwa.
Senarai mufti semasaSunting
Negeri/Wilayah | Penyandang | Tahun Dilantik |
---|---|---|
Perak | Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh | 2022[2] |
Selangor | Dato' Dr Haji Anhar Haji Opir | 2021[3] |
Terengganu | Prof. Madya Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron | 2021[4] |
Wilayah Persekutuan | Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah | 2020[5] |
Johor | Dato’ Haji Yahya Ahmad | 2018[6] |
Kedah | Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Awang | 2017[7] |
Perlis | Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin | 2015[8] |
Pulau Pinang | Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor | 2014[9] |
Melaka | Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil | 2012 |
Sabah | Datuk Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar | 2012 |
Sarawak | Datu Haji Kipli Haji Yassin | 2010[10] |
Negeri Sembilan | Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad | 2009 |
Kelantan | Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad | 2007 |
Pahang | Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman | 2007 |
Senarai bekas mufti di negeri-negeriSunting
PerlisSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Sheikh Mahmud Haji Muhd. Saman | 1941-1945 |
2 | Ustaz Salleh Othman | 1945-1970 |
3 | Dato’ Alim Panglima Haji Mat Jahya Haji Hussin | 1984-2006 |
4 | Dato' Arif Perkasa Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin | 2006-2008 |
5 | Dato' Murshid Diraja Datuk Dr Juanda Jaya | 2009-2014 |
KedahSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa | ||
1 | Sheikh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Latif | 1965 |
2 | Sheikh Mahmud bin Haji Noh | 1966 |
3 | Dato’ Sheikh Abdul Halim bin Haji Othman | 1967-1973 |
4 | Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd. Noor | 1973-1978 |
5 | Dato’ Haji Abdul Rahman bin Abdullah | 1979-1987 |
(4) | Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd. Noor | 1998-2000 |
Mufti | ||
(4) | Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd. Noor | 2000-2002 |
6 | Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abdul Halim | 2002-2009 |
7 | Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad | 2009-2017 |
KelantanSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Haji Nik Wan Daud Wan Sulaiman | 1893-1907 |
2 | Haji Wan Ishak Haji Abdullah | 1907-1908 |
3 | Haji Wan Musa Wan Abdul Samad | 1909-1916 |
4 | Haji Wan Muhamad Wan Abdul Samad | 1916-1920 |
5 | Dato’ Haji Che Idris Haji Che Hassan | 1921-1927 |
6 | Dato' Haji Ibrahim Haji Yusof | 1928-1941 |
7 | Dato’ Haji Ahmad Maher Haji Ismail | 1945-1968 |
8 | Tuan Guru Dato’ Haji Muhammad Nor Haji Ibrahim | 1968-1987 |
9 | Dato’ Haji Ismail Haji Yusof | 1987-1988 |
10 | Dato’ Haji Muhamad Che Wook | 1988-1990 |
11 | Dato' Haji Hasbullah Mohd Hassan | 1990-2007 |
TerengganuSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Syeikh Wan Abdul Kadir Abdul Rahim Al-Fatani (Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas) | Sehingga 1853 |
2 | Syed Muhammad bin Zainal Abidin Al-Idrus (Tok Ku Tuan Besar Paduka Indera) | 1860-1878 |
3 | Haji Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin Al-Fatani (Tok Syeikh Duyung) | 1878-1889 |
4 | Haji Wan Muhammad bin Haji Wan Abdullah | 1890-1912 |
5 | Dato Indera Guru Haji Wan Mohd Salleh bin Wan Ismail | 1912-1931 |
6 | Dato Kamal Wangsa Haji Wan Sulaiman bin Wan Daud | 1932-1936 |
7 | Syeikh Hassan bin Said Al-Yamani | 1940-1952 |
8 | Dato' Purba Diraja Wan Abdul Rahman bin Wan Long | 1952-1967 |
9 | Dato' Sangsura Pahlawan Haji Wan Long Mohd Saleh bin Wan Ahmad | 1952-1957 |
10 | Syeikh Syed Yusof bin Ali Al-Zawawi | 1953-1975 |
11 | Dato' Indera Guru Haji Wan Abdul Manan bin Haji Wan Yaakob | 1976-1988 |
12 | Dato' Pangeran Diraja Dato' Engku Haji Alwi bin Engku Haji Ambak Al-Idrus | 1988-2000 |
13 | Dato' Al-Syeikh Abdul Halim bin Abdul Kadir | 2000-2004 |
14 | Dato' Dr Haji Mohamad Zubir bin Haji Awang | 2004-2005 |
15 | Dato' Haji Ismail bin Yahya | 2006-2008 |
16 | Dato' Dr Haji Alias bin Abdullah | 2009-2012 |
17 | Dato' Dr. Haji Zulkifly Haji Muda | 2013-2021 |
Pahang Darul MakmurSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Habib Mohamad Amin | 1865 |
2 | Tuan Haji Uthman Haji Senik | 1905-1918 |
3 | Tuan Haji Abbas Taha | 1939-1950 |
4 | Tuan Syeikh Abdul Rahim Ibrahim Al-Samanudi | 1950-1951 |
5 | Tuan Haji Abu Bakar Mohd Yassin | 1951-1976 |
6 | Dato' Haji Sidek Haji Ariffin | 1976-1982 |
7 | Dato' Haji Muhammad Taib Haji Hassan | 1982-1997 |
8 | Dato' Haji Sulaiman Ahmad | 1998-2007 |
Pulau PinangSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Guru Haji Abdullah Fahim | 1951-1956 |
2 | Tuan Guru Abdullah Ismail | 1961-1964 |
3 | Datuk Haji Adnan Haji Hashim | 1969-1981 |
4 | Tuan Haji Abdul Rashid Haji Hashim | 1982-1984 |
5 | Dato' Haji Muhammad Haji Hashim | 1984-1993 |
6 | Dato' Syeikh Azmi Ahmad | 1993-1997 |
7 | Dato' Seri Haji Hassan Haji Ahmad | 1997-2014 |
Perak Darul RidzuanSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Haji Muhammad Zain bin Muhammad Amin | 1935-1941 |
2 | Tuan Haji Ismail Haji Hamzah | 1941-1954 |
3 | Tuan Haji Muhammad Tahir Muhammad Saman | 1955-1957 |
4 | Tuan Haji Sha'aya Abdul Majid | 1957-1963 |
5 | Dato' Haji Abu Hassan Abdul Majid | 1963-1977 |
6 | Dato' Haji Muhammad Ghazali Haji Abdullah | 1977-1981 |
7 | Dato' Seri Haji Abdul Malek Haji Nordin | 1981-1985 |
8 | Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria | 1985-2021 |
SelangorSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Syeikhul Islam | ||
1 | Tengku Mahmud Zuhdi Tengku Abdul Rahman | 1935-1952 |
Mufti | ||
2 | Tuan Haji Yusuf Sahabuddin | 1953-1968 |
3 | Dato' Haji Muhammad Ghazali Haji Abdullah | 1968-1973 |
4 | Dato' Haji Md Salleh Hassan Farid | 1974-1975 |
5 | Dato' Haji Hassan Haji Omar | 1976-1985 |
6 | Dato' Haji Ishak Haji Baharom | 1985-1997 |
7 | Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid | 1998-2021 |
Wilayah PersekutuanSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein Haji Salleh | 1971-1984 |
2 | Dato’ Sheikh Othman Haji Ibrahim | 1986-1990 |
3 | Tan Sri Abdul Kadir Talip | 1991-1997 |
4 | Datuk Haji Md Hashim Haji Yahya | 1997-2003 |
5 | Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain | 2003-2006 |
6 | Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh | 2006-2014 |
7 | Datuk Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri | 2014-2020 |
Negeri SembilanSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Sheikh Haji Ahmad Haji Muhammad Said | 1950-1964 |
2 | Dato’ Haji Abu Hasan Haji Sail | 1969-1987 |
3 | Sheikh Dato’ Haji Mohd Murtadza Sheikh Haji Ahmad | 1987-2008 |
MelakaSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Tuan Haji Khalil Haji Husin | 1960 |
2 | Tuan Guru Haji Hassan Haji Abu Bakar | 1960-1979 |
3 | Datuk Sheikh Haji Md. Yunos bin Haji Mohd Yatim | 1979- 1996 |
4 | Datuk Wira Haji Rashid Redza bin Haji Md. Saleh | 1996-2011 |
JohorSunting
No | Penyandang | Tempoh khidmat |
---|---|---|
Mufti | ||
1 | Dato' Syed Salim bin Ahmad al-Attas | 1885-1889 |
2 | Dato' Abdullah bin Musa | 1889-1895 |
(1) | Dato' Syed Salim bin Ahmad al-Attas | 1895-1899 |
(2) | Dato' Abdullah bin Musa | 1899-1907 |
3 | Dato' Syed Abdul Kadir bin Mohsin Al-Attas | 1907-1933 |
4 | Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad | 1934-1941 |
5 | Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus | 1941-1947 |
(4) | Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad | 1947-1961 |
6 | Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Abdul Jalil Hassan | 1962-1964 |
7 | Dato' Haji Abdul Rahim Yunus | 1965-1977 |
8 | Dato' Syed Alwi Abdullah Al-Haddad | 1977-1981 |
9 | Dato' Haji Ahmad Awang | 1981-1999 |
10 | Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadut | 1999-2008 |
11 | Dato' Haji Mohd Tahrir bin Dato' Kiyai Haji Samsuddin | 2008-2018 |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b Dr Mohd Kamel Mat Salleh (23 September 2020). "Keunikan institusi fatwa sebagai menara rujukan". Berita Harian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ BERNAMA (Jun 17, 2022). "Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos". BH. Dicapai pada Jun 17, 2022.
- ^ "Anhar kini Mufti Selangor baharu". Kosmo!. 29 Julai 2021. Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ "Pelantikan mufti". DrTakiri. April 12, 2021. Dicapai pada 17 Jun 2022.
- ^ Yusmizal Dolah Aling; Muhammad Saufi Hassan (15 Mei 2020). "Dr Luqman dilantik Mufti Wilayah Persekutuan". Harian Metro. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ "Sultan Johor perkenan pelantikan mufti baru". Malaysiakini. 13 November 2018. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ Muhaamad Hafis Nawawi (21 Julai 2017). "Syeikh Fadhil Mufti Kedah yang baru". Harian Metro. Dicapai pada 10 November 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Bernama (3 Februari 2015). "Dr Asri dilantik semula sebagai Mufti Perlis". Astro Awani. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ "P.Pinang Tidak Halang Tazkirah Antara Solat Tarawih". mStar. 23 Jun 2014. Dicapai pada 10 November 2020.
- ^ https://lakmns.org.my/images/masjasa/ahli2019/DATO%20HAJI%20KIPLI.pdf