Dato' Sri Muhamad Jusoh adalah Menteri Besar Pahang bagi tempoh 1 September 1974 - 18 Julai 1978. Beliau dilantik selepas memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1974. Beliau menjadi Menteri Besar selama satu penggal sahaja. Sebelum itu beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang di bawah Dato' Kurnia Bistari Hj Abdul Aziz bin Ahmad (1972 - 31 Ogos 1974).

Ketika ini Sultan Abu Bakar baru meninggal dunia pada 5 Mei 1974 dan diganti oleh anakandanya Sultan Ahmad Shah.

Selepas beliau ialah Dato' Haji Rahim bin Abu Bakar (1978 - 1981), yang pernah menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang dan mengetahui tindakan-tindakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[1] Ketika ini pembangunan dan perluasan kawasan Felda di Pahang semakin pesat.

Pentadbiran sunting

  1. Pada tahun 1975, Majlis Perundangan Negeri Pahang meluluskan enakmen Lembaga Muzium Negeri Pahang bagi pengurusan Muzium Pahang. Pada 21 Oktober 1976, Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang merasmikan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan,Pahang. [2]

Pingat dan anugerah sunting

SSAP., SIMP., DIMP., JSM., AMN.

Rujukan sunting

  1. ^ Krisis Sultan - Menteri Besar, apa sebenarnya terjadi,Chamil Wariya ; 1992
  2. ^ MUZIUM DIRAJA PEKAN PAHANG[pautan mati kekal]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
1 September 197418 Julai 1978
Penyandang Kemudian
Abdul Aziz Ahmad Abdul Rahim bin Abu Bakar