Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain
Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (Jawi: ﻣﺤﻤﺪ ﻛﻴﺮوﻧﻳﺳﺎم ﺳﺎﻫﺎﺑﻮﺩﻳﻦ ﻫﻮﺳﺎﻳن) merupakan pemain bola sepak yang kini mewakili UPB-MyTeam FC di Liga Super Malaysia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain | ||
Ketinggian | 1.7 m (5 ka 6 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | UPB-MyTeam FC | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
2003-2005 2005-2006 2007- |
Perlis FA MPPJ Selangor UPB-MyTeam FC |
(1) | |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002- | Malaysia | 51 (2) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos, 2008 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 November, 2008 |
Kerjaya
suntingKaironnisam yang digelar Botak oleh peminat dan rakan sepasukan merupakan seorang pemain yang berpengalaman. Pada tahun 2004, Kaironnisam membantu Perlis FA memenangi Piala Malaysia buat kali pertama setelah 83 tahun mencuba.[1] Dia meneruskan kontraknya bersama Perlis dan membantu Perlis menjuarai Liga Super Malaysia pada tahun 2005 dan membawa Perlis sekali lagi ke perlawanan akhir Piala Malaysia dimana Perlis tewas 3-0 kepada Selangor FA.[2][3]
Pada musim 2005/06, Kaironnisam berhijrah ke MPPJ Selangor. Dia hanya bertahan selama semusim sahaja bersama MPPJ Selangor kerana masalah keewangan kelab itu. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menyertai UPB-MyTeam FC yang beraksi di Liga Perdana Malaysia.
Kaironnisam mula mewakili Malaysia pada peringkat bawah 23 tahun di Sukan Asia Tenggara 2001 di Kuala Lumpur. Dia membantu Malaysia memenangi pingat perak setelah tewas kepada Thailand. Tahun berikutnya, jurulatih Malaysia ketika itu Allan Harris menyenaraikannnya dalam pasukan utama Malaysia. Kemasukannya ke pasukan utama Malaysia melahirkan gandingan Norhafiz-Kairon iaitu gandingan pertahanan mantap Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaironnisam telah mewakili Malaysia pada Piala Tiger 2002, Piala Tiger 2004, Kejohanan bola sepak ASEAN 2007, dan Piala Asia 2007 dimana Kaironnisam berperanan sebagai ketua pasukan.
Kaironnisam kembali mewakili Malaysia pada Pestabola Merdeka 2008. Dia mengambil tugas Muhammad Shukor Adan selaku ketua pasukan ketika perlawanan menentang Afghanistan.
Pencapaian
sunting- Pingat Perak Sukan SEA 2001
- Tempat Ketiga Piala Tiger 2004
- Tempat Ketiga Kejohanan bola sepak ASEAN 20071
- Juara Piala Malaysia 2004, 2006
- Juara Liga Super Malaysia 2005
1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam
Gol Antarabangsa
sunting# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Perlawanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 10 Disember, 2004 | Kuala Lumpur, Malaysia | Filipina | 4-1 | Menang | Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2004 |
2. | 24 April, 2006 | Colombo, Sri Lanka | Sri Lanka | 1-4 | Menang | Persahabatan |
Rujukan
sunting- ^ "Perlis ibarat di kayangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 2008-09-20.
- ^ "Perlis juara Liga Super". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-23. Dicapai pada 2008-09-20.
- ^ "Bambang jadi `pemusnah'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 2008-09-20.