Dato' Mohamed bin Nasir (Dato' Biji Sura) merupakan Menteri Besar Kelantan dari tahun 1973 - 1978.

Yang Berbahagia Dato' Biji Sura Haji
Mohamed Nasir
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I)
محمد بن ناصر
Photoshot of Muhamed bin Nasir.jpg
Gelaran lainDatuak Intan Maradjo
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1973–1978
RajaSultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Didahului olehAsri Muda
Digantikan olehMohamed Yaacob
Kawasan pilihan rayaTendong
Menteri tanpa Portfolio
Dalam jawatan
1978–1984
Perdana MenteriHussein Onn
Mahathir Mohamad
Kawasan pilihan rayaSenator
Ahli Dewan Undangan
untuk N07 Tendong
Dalam jawatan
10 Mei 1969 – 19 April 1978
Didahului olehChe Hassan (PMIP)
Digantikan olehGhazali Awang Ibrahim (BERJASA-BN)
Ahli Dewan Undangan
untuk N25 Machang Utara
Dalam jawatan
24 Jun 1959 – 25 April 1964
Didahului olehPerwakilan diwujudkan
Digantikan olehMohyiddin @ Che Kadir Che Tengah (UMNO-Perikatan)
Presiden Parti BERJASA
Dalam jawatan
1977 – tidak diketahui
Didahului olehParti ditubuhkan
Digantikan olehtidak diketahui
Butiran peribadi
LahirMohamed bin Nasir
(1916-01-01)1 Januari 1916
Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia21 Februari 1997(1997-02-21) (umur 81)
Melbourne Hospital, Melbourne, Victoria, Australia
Tempat persemadianMelbourne, Victoria, Australia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikPAS (sehingga tahun 1977)
BERJASA (1977–tidak diletahui)
PasanganWan Meriam (bekas)
Datin Che Zainab Che Ismail
Nik Kamsiah
Anak-anak13
Ibu bapaKulub Mohamad Nasir Malim dan Membunga
ProfesionMenteri Besar Kelantan

PolitikSunting

Beliau merupakan menteri kabinet pimpinan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak menjemput PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei.[1][2][3]

Isu dan kontroversiSunting

Akta Kemajuan Petroleum 1974Sunting

Pada tahun 1975, perjanjian telah ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kerajaan Kelantan diwakili oleh Menteri Besar, Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri akan mendapat royalti dalam bentuk tunai sebanyak 5 % manakala pihak kerajaan persekutuan Malaysia akan mendapat royalti 5%. Kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk melakukan kerja-kerja mencarigali minyak pertroleum yang berada di kawasan daratan dan juga di lautan. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti yang berbentuk wang tunai.

Mageran Kelantan 1978Sunting

Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru (1978 - 1990).

PenghormatanSunting

Penghormatan di MalaysiaSunting

  •   Kelantan :
    •   Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (SPMK) - Dato'

RujukanSunting

  1. ^ "Dato Hj Muhammad Nasir [Menteri Besar Kelantan ke-15 1973-1978]". Geni. Dicapai pada 31 December 2018.
  2. ^ "Senarai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan]". Government of Kelantan. Dicapai pada 31 December 2018.
  3. ^ In-Won Hwang (2003). Personalized Politics. Alpha Books. halaman 117–8. ISBN 981-230-185-2.

Pautan luarSunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Asri Muda
Menteri Besar Kelantan
1973–1978
Diikuti oleh:
Mohamed Yaacob