Ariff Farhan Isa

Pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa)

Muhammad Ariff Farhan bin Md Isa (lahir 14 Julai 1996 di Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk Kedah dalam Liga Super Malaysia. Pemain ini pernah mewakili Harimau Muda A untuk bermain di Liga S. Pada bulan Oktober 2012, dia menjadi pemain termuda beraksi dalam Liga S ketika berumur 16 tahun mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang bekas bintang Young Lions, Hariss Harun.[1]

Ariff Farhan Isa
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Ariff Farhan bin Md Isa
Tarikh lahir (1996-07-14) 14 Julai 1996 (umur 27)
Tempat lahir Pokok Sena, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.68 m (5 ka ​6 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah
Nombor 27
Kerjaya remaja
2011–2012 Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016– Kedah 17 (1)
Pasukan kebangsaan
2012– Malaysia B-21 3 (1)
2013– Malaysia B-23 10 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Ogos 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Julai 2017

Karier sunting

Mohd Ariff Farhan belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berumur 13 tahun. Kemudiannya, dia dipilih ke dalam pasukan bola sepak SSBJ untuk pertandingan Piala Presiden Malaysia.

Dia dipilih oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke dalam skuad Malaysia bawah-22 untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia merupakan pemain termuda dalam pertandingan itu ketika baru berusia 16 tahun.[2][3][4]

Selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam pertandingan itu, dia dimasukkan ke dalam skuad Harimau Muda A untuk beraksi dalam Liga S.[5] Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Balestier Khalsa pada 7 Oktober 2012 menjadikannya pemain termuda untuk beraksi dalam Liga S,[1] dan bermain dalam kesebelasan utama pada 2 November dimana Tampines Rovers menewaskan Harimau Muda A untuk mengesahkan kejuaraan Liga S mereka.[6]

Karier antarabangsa sunting

Mohd Ariff Farhan membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan Malaysia bawah-22 dalam Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013 dan Piala SCTV 2012.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Koh, Gary (7 October 2012). "Malaysians master Yishun pitch to tame Tigers". S.League. Dicapai pada 4 November 2012.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-01. Dicapai pada 2015-01-01.
  3. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NazmicetussemangatArif/Article/artikelMA
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2015-01-01.
  5. ^ http://www.nst.com.my/sports/soccer/kim-swee-keeps-faith-in-kenny-1.158999
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-22. Dicapai pada 2015-01-01.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2015-01-01.