Muhammad Hazamin bin Harun

Muhammad Hazamin bin Harun yang lebih dikenali sebagai Hazamin Inteam merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Inteam bersama-sama tiga anggota yang lain iaitu Syahril Khalid, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim.[1] Beliau telah dilahirkan pada 7 November 1980, menjadikan beliau anggota paling muda dalam kumpulan Inteam. Beliau berasal dari Temerloh, Pahang Darul Makmur. [2]

Hazamin Inteam
Kelahiran
Muhammad Hazamin bin Harun

(1980-11-07) 7 November 1980 (umur 43)
Nama lainHazamin, Amin
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan
Tahun aktif1998–kini
PasanganYanti Suhaini Ibrahim (k. 2002)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (2000-2005)
Inteam Records (2005-kini)
Pengkarya berkait
Inteam
Laman web rasmihttps://facebook.com/iniamin
https://instagram.com/hazamin_inteam
https://youtube.com/user/luminosity020901

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1994). Beliau kemudian memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh (1994-1996), dan kemudiannya Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan (1996-1997).

Beliau telah melanjutkan pendidikan peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik.[3]

Pembabitan solo di samping kerjaya berkumpulan sunting

Beliau bersama Islamic Media Entertainment (IME) turut mengambil inisiatif menerbitkan rakaman album solo pertamanya yang bertujuan membantu para peminatnya menghafal zikir dan doa dengan mudah, ia juga turut diselitkan dengan bacaan al-Quran secara bertarannum dengan penerbitan album Zikir dan Doa - Selepas Solat.

Rujukan sunting