Hilal Asyraf

penulis Malaysia

Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak atau nama penanya Hilal Asyraf (lahir pada 16 Januari 1989[1]) ialah seorang penulis Malaysia yang giat menulis karya-karya berunsur keislaman[2]. Hilal juga bergiat aktif sebagai penceramah bebas, mengendalikan kem berunsur Islamik dan bengkel-bengkel motivasi. Beliau juga telah dijemput untuk mempromosikan buku motivasinya di rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9.[3][4]

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf melayani pembeli karyanya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022
Kelahiran
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak

(1989-01-16) 16 Januari 1989 (umur 35)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanSarjana Muda Usuluddin
Pusat pendidikanUniversiti Yarmouk
PekerjaanPenulis, kolumnis
Tahun aktif2009 – kini
Terkenal keranaNovel VT (karya sulung)
Langit Ilahi
PasanganTengku Masyitah binti Tengku Paris
AnugerahHadiah Sastera Johor Kategori Kanak-Kanak (2011)
Laman web rasmihttps://hilalasyraf.com

Beliau telah mengasaskan laman web Langit Ilahi pada 2010[5] dan bermula September 2016, beliau menguruskan rumah penerbitannya sendiri dengan nama Hilal Asyraf Resources.

Latar belakang sunting

Hilal dilahirkan pada 16 Januari 1989 di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Iman dan kemudian di Sekolah Rendah Islam Hidayah (1995-2001), Senai, Johor dan seterusnya di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI) (2002-2008), Perlis.[6] Beliau kini memegang ijazah dalam bidang Usuluddin dari Universiti Yarmuk, Irbid, Jordan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Masyitah binti Tengku Paris pada tahun 2012.[7]

Beliau juga terlibat aktif sebagai ahli bagi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).[8]

Kerjaya menulis sunting

Hilal mula menulis secara suka-suka di blog. Kemudiannya, Hilal mula berjinak dalam dunia penulisan setelah beliau ditawarkan menulis sebuah buku motivasi.[7] Beliau memulakan langkahnya menjadi seorang penulis pada tahun 2009 dengan terbitnya Novel VT[9] dan buku motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Hilal menjadi kolumnis bagi majalah-majalah berunsur Islamik seperti Majalah Anis (2010-2011), Majalah HALUAN (2010-kini), Majalah Remaja (2012-kini), dan Majalah JOM! (2012-kini).[5]

Beliau menjadikan "Mari Menjadi Hamba" sebagai asas tema untuk setiap penulisan karya-karya beliau.[2]

Beliau juga pernah memberi kritikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas persoalan Tun berkenaan Islam.[10]

Karya sunting

Hilal Asyraf telah mengarang puluhan karya berupa novel, buku motivasi, kumpulan cerpen dan kumpulan puisi. Karyanya di peringkat awal banyak diterbitkan oleh syarikat Galeri Ilmu. Bermula September 2016, beliau mula menerbitkan karyanya di bawah penerbitan miliknya, Hilal Asyraf Resources.

Novel sunting

  • Amru Rebellion (2019)
  • Sumpahan Legenda (2019)
  • Tetamu Tuhan 50 Hari (2019)
  • Nirnama (2021)
    • versi kulit keras (2021)
    • versi kulit lembut (2021)
    • versi tulisan Jawi, kulit keras (2021)
  • Gelombang Baru 1: Membina Arus (2020)
  • Gelombang Baru 2: Meniup Taufan (2020)
  • Gelombang Baru 3: Menjadi Matahari (2020)
  • Hikayat Satria-Satria Sejati 1: Generasi Baru (2017)
  • Hikayat Satria-Satria Sejati 2: Arus Perubahan (2018)
  • Hikayat Satria-Satria Sejati 3: Badai Perjuangan (2019)
  • Hikayat Satria-Satria Sejati 4: Samudera Pengorbanan (2020)
  • Hikayat Satria-Satria Sejati 5: Generasi Pejuang (2020)
  • Hero (2011)
  • Surihati Encik Pembunuh (2017)
  • Saga Hero 1 – Hero (Edisi kemas kini, 2017)
  • Saga Hero 2 – Pemburu (2016)
  • Saga Hero 3 – Encik Pembunuh (2019)
  • Saga Hero 4 – Samurai Melayu (2018)
  • Saga Hero 5 – Membunuh Muhammad (2019)
  • Sahaja Aku Nak Bernikah
  • Sinergi (2010)
  • Sinergi (Edisi kemas kini, 2022)
  • Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam (2011)
  • Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna (2013)
  • Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir (2015)
  • Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam (Edisi kemas kini, 2020)
  • Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna (Edisi kemas kini, 2020)
  • Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir (Edisi kemas kini, 2020)
  • Set Wira Cilik (5 siri novel pendek)
  • VT (2009)
  • Terasing (2009)
  • Relasi (2009)
  • Remaja Mulia (2010)
  • Remaja Harapan (2011)
  • Misi Hero (2012)
  • Relasi (2013)
  • Avant Garde: VT2 (2014)

Kumpulan cerpen sunting

  • Matahari (2011)
  • Simfoni Cinta (2012)
  • Kumpulan Cerpen: Simfoni Cinta (2014)
  • Matahari (Edisi kemas kini, 2022)
  • Simfoni Cinta (Edisi kemas kini, 2022)

Kumpulan puisi sunting

  • Lantunan Bicara - Meniti Kehidupan Ini KeranaNya (2009)

Komik sunting

  • Tiada Yang Mustahil (2020)

Motivasi & umum sunting

  • Sebelum Aku Bernikah (2012)
  • Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita (2009)
  • Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya (2010)
  • Fanzuru: Maka Lihatlah (Langit Ilahi 3) (2010)
  • Batu-Bata Kehidupan (2011)
  • Irkam Ma'ana, Naiklah Bersama Kami: Bahtera Menuju ke Syurga (2012)
  • Langit Ilahi (kompilasi 3 siri) (2013)
  • Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada (2013)
  • Keimanan Adalah Paksi (2013, bersama Tim LangitIlahi.com (Abu Umar, Abu Ridhwan, Afdholul Rahman, Bro Hamzah))
  • Mengenang murabbiku: Ustaz Dahlan Mohd Zain (2013)
  • Hidup Penuh Erti: Cerita Dari Hati (2014, bersama Aiman Azlan)
  • Tinta 2 Asyraf (2014, bersama Imam Muda Asyraf)
  • #hilalasyraf: Koleksi Status Facebook Terbaik (2014)
  • Catatan Fikir Dua Penulis (2014, bersama Zahiruddin Zabidi)
  • Untuk Kita Pendosa : 30 Hari Mencari Tuhan (2015)
  • Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna (2015)
  • 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda (2016)
  • Dosa dan Insan: Perjalanan Menuju Tuhan (2017)
  • Mari Menjadi Hamba (2017)
  • Sebelum Kita Bernikah (2019)
  • Risalah #MalaysiaMembaca (2019, bersama Maszlee Malik, Nurul Izzah Anwar, Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf, Syed Azharul Asriq, Hanapi Jamaludin, Zamri Mohamad, dan Zahrah Yunos)

Anugerah sunting

Buku novel beliau bertajuk Remaja Mulia telah memenangi anugerah Hadiah Sastera Johor Kategori Kanak-Kanak untuk tahun 2011.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Hilal Asyraf (2011). Hero. Petaling Jaya, Selangor: Galeri Ilmu. m/s. 4. ISBN 978-983-097-285-5. LCCN 2011307709. OCLC 746840380.
  2. ^ a b Nurul Farina Nazlan (2010/07/08). Semangat penulis muda. Diarkibkan 2013-04-21 di Wayback Machine Berita Harian Online. Capaian 18 julai 2012.
  3. ^ 21 Julai 2012. Bicara kaki buku. Nasi Lemak Kopi 'O. TV 9. Malaysia.
  4. ^ Berita: HilalAsyraf di Nasi Lemak Kopi O, TV9. Diarkibkan 2012-07-23 di Wayback Machine. LangitIllahi.com. Capaian 4 Ogos 2012.
  5. ^ a b Hilal Asyraf. (21 Julai 2012) Hilal Asyrah Resume. Facebook Hilal Asyraf Monumen. Capaian 4 Ogos 2012.
  6. ^ "Biografi Hilal Asyraf Diarkibkan 2012-07-21 di Wayback Machine". Biografi kolumnis LangitIlahi. Capaian 18 Julai 2012.
  7. ^ a b Hilal Asyraf. (6 Julai 2012) Umum: Catatan Terakhir Sebagai Bujang Di LangitIlahi.Com Diarkibkan 2012-08-14 di Wayback Machine. LangitIllahi.com. Capaian 4 Ogos 2012.
  8. ^ 31 Mei 2010, Apa Yang Allah Nak Ajar Kita?. Capaian 8 Disember 2012.
  9. ^ Asri Yussof (19 May 2016). "Sebelum Umur 30 Tahun, Lelaki Ini Sudah Menulis 31 Buah Buku". PTS. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  10. ^ Hilal Asyraf (15 Mac 2012) Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Harian Metro Online. Capaian 18 Julai 2012.
  11. ^ Hadiah Sastera Johor.

Pautan luar sunting