Muhammad Husein bin Abdul Lathif

Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani atau lebih popular dengan gelaran Tok Kelaba Beris al-Fathani merupakan salah seorang ulamak yang giat menyalin dan membuat ulasan kitab-kitab ugama. Beliau bukan hanya menyalin karya ulama yang berasal dari Patani tetapi meliputi karya ulama-ulama Aceh, Banjar, Palembang dan lain-lain. Tidak juga setakat menyalin, tetapi menambah komentar di bahagian tepi dan bawah sesuatu kitab yang disalinnya dan selanjutnya disebut dhabith, atau boleh juga disebut nota tepi dan nota kaki.

Pautan luar sunting