Muhammad Khalil Abdul Hadi

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Ustaz Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Yang Berhormat Ustaz Dr.

Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

Ph.D
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Batu Buruk
Memegang jawatan
09 Mei 2019 (2019-05-09)
Didahului olehDr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Memegang jawatan
2017
Didahului olehAbdul Hadi Awang
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
17 April 2017 (2017-04-17) – 23 Jun 2019 (2019-06-23)
Didahului olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Digantikan olehKhairil Nizam Khirudin
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
21 November 2013 (2013-11-21) – 13 April 2017 (2017-04-13)
Didahului olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Digantikan olehKhairil Nizam Khirudin
Butiran peribadi
Lahir (1977-03-20) 20 Mac 1977 (umur 46)
Terengganu Marang, Malaysia
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Logo Perikatan Nasional.svg Perikatan Nasional
BapaAbdul Hadi Awang
KediamanTerengganu Marang, Malaysia
Alma materUniverisiti Al-Iman, Yaman
Universiti Portsmouth, United Kingdom
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
PekerjaanAhli politik, Ulama

Latar belakangSunting

Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 14 orang beradik. Beliau merupakan anak kepada Presiden PAS ketujuh, Abdul Hadi Awang Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Iman, Yaman[1] dan Universiti Portsmouth[2]. Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan tesis berjudul “Hak Berpolitik Orang Bukan Islam di Malaysia Menurut Siasah Syariyyah”[3].

PolitikSunting

Muhammad Khalil aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang,[4] Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2013-2017)[5][6] dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2017-2019).[7] Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8] untuk penggal kedua.

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Undangan Negeri Terengganu[9][10]
Tahun Kawasan Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 N16 Batu Buruk, P036 Kuala Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS) 15,184 54.91% Zamri Awang Hitam (UMNO) 9,896 35.79% 27,989 5,288 85.60%
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (AMANAH) 2,572 9.30%

Anugerah dan pengiktirafanSunting

Darjah kebesaranSunting

RujukanSunting

  1. ^ "RSIS Seminar on by Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Deputy Youth Chief of the Pan Malaysian Islamic Party (PAS)". S. Rajaratnam School of International Studies. 3 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2015. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  2. ^ ARIFFUDDIN ISHAK (19 November 2013). "Kemunculan Anak Hj Hadi Di Pentas Nasional Tarik Perhatian Muktamar". mStar. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  3. ^ "Tahniah! YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Adun Batu Buruk". 1Media. 30 Oktober 2022.
  4. ^ Wartawan BO (2 Jun 2011). "Ia suatu amanah yang berat – Khalil Abdul Hadi". Buletin Online. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  5. ^ "AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2013-2015". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  6. ^ "AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2015-2017". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  7. ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2017/2019". PAS Pusat. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  8. ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  9. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  10. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018.
  11. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.