Nurridzuan Abu Hassan

Pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Muhammad Nurridzuan Abu Hassan)

Muhammad Nurridzuan Bin Abu Hassan Saari (lahir 20 April 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk PKNS dalam Liga Super Malaysia.

Nurridzuan
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Nurridzuan Bin Abu Hassan Saari
Tarikh lahir (1992-04-20) 20 April 1992 (umur 31)
Tempat lahir Perak, Malaysia[1]
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
PKNS
Nombor 16
Kerjaya remaja
2010–2012 Pasukan Piala Presiden Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Perak 15 (0)
2012–2014 Harimau Muda A 25 (3)
2015–2016 Perak 23 (4)
2017 Pahang 7 (0)
2018– PKNS 3 (1)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Malaysia B-21 3 (0)
2012–2015 Malaysia B-23 8 (1)
2015 Malaysia 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Julai 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Julai 2014

Karier kelab sunting

Nurridzuan memulakan kariernya bersama pasukan belia Perak FA. Pada tahun 2011, dia diserap ke pasukan senior dan membuat 15 penampilan liga.[2] Pada musim 2012, Nurridzuan tidak disenaraikan dalam skuad Liga Super dan hanya bermain untuk skuad Piala Presiden Perak. Sebagai kapten pasukan itu, dia membantu pasukannya memenangi Piala Presiden 2012, menjaringkan 7 gol dalam pertandingan itu termasuk gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Betaria FC.[3] Dia kemudiannya diserap ke pasukan senior untuk baki kempen bersama-sama 2 pemain lain.[4]

Dia juga beraksi ketika pertandingan Sukan Sukma 2012 di Pahang, dimana pasukannya mendapat pingat perak selepas tewas 3-0 kepada Sabah dalam perlawanan akhir.[5]

Pada bulan November 2012 Nurridzuan telah ditawarkan untuk menyertai pasukan Harimau Muda A, bersama-sama rakan sepasukan Perak, D. Kenny Pallraj bermula musim 2013 dan Perak bersetuju melepaskan kedua-dua pemain kepada Harimau Muda A.[6][7]

Selepas 2 tahun bersama skuad Harimau Muda, Nurridzuan kembali ke Perak FA.

Rujukan sunting

  1. ^ http://bolaperak.blogspot.com/2011/01/berkenalan-dengan-pemain-pasukan-perak_19.html
  2. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-25. Dicapai pada 2015-02-22.
  4. ^ http://www.peraknews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2210:tiga-pemain-piala-presiden-diserapkan-ke-skuad-liga-super&catid=38:sukan&Itemid=69
  5. ^ http://www.nst.com.my/sports/soccer/football-sabah-clinch-gold-1.107674
  6. ^ http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item887355/[pautan mati kekal]
  7. ^ http://www.peraknews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=3858:nurridzuan-kenny-dilepaskan-kepada-harimau-muda-a&catid=38:sukan&Itemid=69

Pautan luar sunting