Muhammad Radzi Abu Hassan

pakar gastroenterologi dan ketua pengarah kesihatan Malaysia dari 2023 hingga 2025

Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan (lahir 1 Mei 1965) ialah seorang pakar perunding perubatan dan pakar gastroenterologi yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 21 April 2023 sehingga 1 Mei 2025. Beliau menggantikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada 21 April 2023. [1]

Muhammad Radzi Abu Hassan
P.S.D (Persekutuan), D.G.W.K, D.S.D.K, S.D.K, B.C.K (Kedah)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
21 April 2023 – 1 Mei 2025
Raja
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Maklumat peribadi
Lahir
(1965-05-01) 1 Mei 1965 (umur 60) Muhammad Radzi bin Abu Hassan

Butterworth, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanDoktor
Bidang pengkhususanDoktor, Pakar Perunding Perubatan, Pakar Gastroenterologi

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 1 Mei 1965.

Beliau berkelulusan LRCP dari Royal College of Physician (Dublin), 1991. Seterusnya beliau diterima menjadi Member of Royal College of Physician (UK), 1997 dan memperolehi Sarjana Perubatan (USM), 1997. Beliau menjalani latihan sub kepakaran gastroenterologi dan hepatologi bersama MOH, 1998; USM, 1999 dan Royal Melbourne Hospital, Australia, 2000. Kemudian beliau diterima menjadi Fellow Royal Colllege of Physician (Edinburgh) dan menjadi Felo Akademi Perubatan Malaysia . Memulakan kerjaya sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur (1991-1992) sebelum ke Hospital Besar Kota Bharu (1992-1994). Seterusnya Klinik Pakar Perubatan di Hospital Kuala Terengganu (1998) dan sekembali daripada latihan di Australia ditempat di Hospital Sultanah Bahiyah, 2001 hingga sekarang. Beliau telah menjadi pakar perunding kanan perubatan dengan sub kepakaran gastroenterologi dan hepatologi dan telah dilantik menjadi Ketua Jabatan Perubatan (2005-2017) dan Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan kini Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal di Hospital Sultanah Bahiyah. Dalam peringkat kebangsaan Dr Muhammad Radzi bertindak sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini semenjak 2013. Beliau menerbitkan lebih daripada 50 kertas ilmiah dan 60 pembentangan dan abstraks. Beliau juga merupakan doktor peribadi Al Marhum Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong serta menjadi penyelaras perubatan sultan dan kerabat diraja Negeri Kedah. Datuk Dr Muhammad Radzi telah dianugerahi B.C.K., 2004; S.D.K., 2006; D.S.D.K., 2008; D.G.W.K., 2024 oleh KDYMM Sultan Kedah dan Panglima Setia Diraja (P.S.D.), 2015 oleh Yang di-Pertuan Agong.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Dr Radzi Dilantik KP Kesihatan Baru". BH. 25 April 2023. Dicapai pada 25 April 2023.