Muhammad Said Jamaluddin

Syeikh Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin (1875 - 19 September 1926) atau dikenali sebagai Syeikh Mohd Said Linggi ialah seorang tokoh ulama di Negeri Sembilan. Beliau dikenali dengan penguasaan ilmu Islam dalam bidang tasawuf, dan merupakan syeikh tarekat bagi Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah.

Syeikh Haji

Muhammad Said Jamaluddin
Kelahiran1875 (1875)
Meninggal dunia19 September 1926(1926-09-19) (umur 50–51)
Terkenal keranasebagai perintis dan syeikh tarekat bagi Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah yang diamalkan di Negeri Sembilan
Anak-anakMohd Redza Mohd Said, Mohd Mahadi Mohd Said, Ahmad Mohd Said, Abdul Rashid Mohd Said, Mohd Hamid Mohd Said
BapaSyeikh Jamaluddin Idris Al-Linggi

Latar belakang sunting

Syeikh Muhammad Said dilahirkan pada tahun 1875 di Makkah. Ibunya, Hajah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani merupakan seorang yang berasal dari Pattani, Selatan Thai manakala bapanya ialah Syeikh Jamaluddin bin Idris Al-Linggi yang berasal dari Negeri Sembilan.

Beliau pulang semula ke Tanah Melayu ketika berumur 30 tahun dan mengambil keputusan menetap di Kampung Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Mulai itu beliau mengadakan kuliah mengajar agama secara pondok di samping memberi ceramah dan kuliah di sekitar Tanah Melayu. Selain mengajar agama, Sheikh Muhammad Said juga mengarang kitab-kitab agama. Beliau adalah seorang guru, pengasas dan pengembang Tarekat Ahmadiah Idrisiah di Asia Tenggara.

Warisan ilmu sunting

Beberapa orang anak beliau serta cucunya telah mewarisi ilmu yang dimilikinya. Boleh dikatakan semua anak beliau muncul sebagai ulama dan menjadi guru. Antara anak beliau yang turut menjejaki langkahnya ialah Tuan Sheikh Abdullah, Tuan Sheikh Ahmad, Tuan Sheikh Mansor, Tuan Sheikh Muhammad Nur, Tuan Sheikh Mahdi, Tuan Sheikh Ibrahim dan Tuan Sheikh Rashid. Cucu-cucu beliau juga menjadi tokoh ulama yang dikenali di Negeri Sembilan iaitu Syeikh Mohd Murtadza Haji Ahmad yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Pengerusi Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan; dan Syeikh Mohamad Muhsin Haji Ahmad yang pernah menjadi Mudir Maahad Tahfiz Al-Sa'idiyyah. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Kematian sunting

Syeikh Muhammad Said meninggal dunia pada 19 September 1926 ketika berusia 51 tahun dan dikebumikan di Seremban. Kawasan perkuburan itu dinamakan Makam Tuan Haji Said (sebahagian besar tanah kepunyaannya yang diwakafkan untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan).

Rujukan sunting

  • TOKOH-TOKOH ULAMA SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.