Muhammad Shahib Mirbath

Muhammad Shahib Mirbath adalah Ulama besar yang berasal dari Hadramaut, Yaman pada abad ke-12 Masihi. Nama lengkapnya ialah al-Imam Waliyullah Muhammad bin Ali Khali' Qasam bin Alwi ats-Tsani bin Muhammad bin Alwi al-Awwal bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Gelaran Shahib Mirbath diberikan kerana beliau bermukim dan bermastautin di suatu tempat yang disebut Mirbath di Dhafar, setelah berpindah dari Tarim. Kata shahib yang bersinonim dengan kata maula, bererti seseorang yang bermukim atau berkuasa di suatu tempat.[1] Muhammad Shahib Mirbath diperkirakan wafat di Mirbath pada tahun 556 Hijriah (1161 M).[1]

KeilmuanSunting

Sebagaimana yang disebut oleh penulis buku al-Masyra' al-Rawy, Sayyid Muhammad bin Ali adalah Syaikh Masyayikhil Islam (guru besar ilmu agama Islam) dan Ilmul-'Ulama al-A'lam (ilmunya kaum Ulama kenamaan). Penulis tersebut juga menyatakan bahawa Syeikh Sahib Mirbath adalah "Seorang Ulama ahli syariat dan tarekat dan guru besar terkemuka bagi kaum penghayat ilmu hakikat, ahli fiqh dan mufti negeri Yaman, seorang penasihat dalam berbagai cabang ilmu dan pengetahuan agama di negeri itu …". [1]

KeturunanSunting

Syeikh Muhammad Shahib Mirbath dilahirkan di kota Tarim, Yaman. Beliau telah dikurniai empat orang anak lelaki, iaitu Abdullah, Ahmad, Alwi dan Ali. Abdullah dan Ahmad tidak menurunkan keturunan, sedangkan Alwi dan Ali menjadi cikal-bakal keturunan para Sayyid dari kaum Alawiyyin (Habaib), termasuk yang berada di kawasan Asia Tenggara.

Dua orang putera Sayyid Muhammad bin Ali yang yang menjadi pangkal keturunan kepada semua golongan Sayyid kaum Alawiyin ialah:

  1. Ali
    1. Muhammad, yang bergelar al-A'dham al-Faqih al-Muqaddam
  2. Alwi Ami al-Faqih, yang terkenal dengan sebutan `Ammul al-Faqih al-Muqaddam.
    1. Abdulmalik[2]
    2. Abdullah[2]
      1. Ali[3]
    3. Abdurrahman[2]
      1. Ahmad[3]

Keturunannya di IndonesiaSunting

Di Indonesia, banyak para kyai pesantren yang dianggap merupakan keturunan kepada Syeikh Shahib Mirbath melalui jalur keturunan para Walisongo. Sedangkan para keturunannya dari kaum Alawiyin yang memakai gelaran Syarif, Sayyid, Syeikh, Sidi, Habib, Wan dan lain-lain banyak pula yang menjadi ketua agama Islam yang terkenal dan Raja-Raja di berbagai kerajaan Islam di Nusantara.

RujukanSunting

SumberSunting

Lihat pulaSunting

Pautan luarSunting