Muhamad Sharip Othman

(Dilencongkan daripada Muhammad Sharif Othman)

Allahyarham Dato' Lela Maharaja Dato ' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman[1] (14 Ogos 1941 - 15 Mei 2024) ialah pembesar tempatan di Negeri Sembilan, Malaysia yang dipilih sebagai Dato' Undang Luak Rembau ke-21 dan berkhidmat selama 25 tahun.[2]

Muhamad Sharip Othman
Yang Teramat Mulia
Dato' Lela Maharaja
Dato' Undang Luak Rembau
Tempoh21 November 1998 - 15 Mei 2024
Kemahkotaan21 November 1998
Didahului olehAdnan bin Ma'ah
Diikuti olehAbd Rahman Yassin
Keputeraan(1941-08-14)14 Ogos 1941
Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, Rembau, Negeri Sembilan, Malaya
Kemangkatan15 Mei 2024(2024-05-15) (umur 82)
Balai Lela Sedia, Kediaman Rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau
PemakamanTanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri, Rembau, Negeri Sembilan
PasanganTok Puan Hajah Siti Ramalah binti Haji Yunus
Anakanda5
KerabatWaris Jakun
AyahandaHaji Othman bin Ibrahim
BondaTerinah binti Ma'arof
AgamaIslam
PekerjaanKakitangan awam
Juruteknik Awam
Pengurus Projek Syarikat

Kepimpinan

sunting

Sebelum dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 November 1998, beliau adalah seorang Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Sedia Lela Utama (Dato' Shahbandar) Waris Godang iaitu gelaran yang terkanan di antara empat orang Orang Besar Undang. Beliau adalah dari keturunan Lela Maharaja Suku Biduanda, Waris Nan Dua Carak (Perut Tebat) yang telah dibulatkan oleh kerapatan adat Buapak Delapan Kampung yang menentukan 'lubuk' nya untuk giliran Penyandang Pusaka Undang Luak Rembau.[3]

Kehidupan peribadi

sunting

Muhamad Sharip Othman dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, Rembau, merupakan keturunan Dato' Lela Maharaja Suku Biduanda, dari waris Nan Dua Carak (Perut Tebat). Beliau berketurunan Waris Jakun yang memegang gelaran Dato 'Lela Maharaja secara keturunannya. Keturunan mulia lain di Rembau adalah Waris Jawa yang memegang gelaran Dato' Sedia di-Raja.

Beliau dipilih dan ditabalkan sebagai Undang Rembau pada 21 November 1998. Walaupun secara rasmi dipilih oleh pembesar negeri, kedudukan Undang Rembau kebiasaan dipilih bersilih ganti antara dua keturunan tersebut.[4]

Pendidikan

sunting

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sepri, Rembau dan meneruskan pelajarannya di Sekolah Rendah Undang Rembau.

Selepas menamatkan pelajarannya di Sekolah Rendah Undang Rembau, beliau menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Undang Rembau.

Kerjaya

sunting

Politik

sunting

Dalam bidang politik, beliau dipilih sebagai

  • Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sepri
  • AJK UMNO Cawangan Sepri
  • Setiausaha UMNO Cawangan Sepri
  • AJK Peti Undi Sepri
  • Setiausaha Undi Peti Sepri
  • Penceramah Pilihan Raya DUN Terentang/Chembong (tiap-tiap kali pilihanraya)
  • Perwakilan ke Persidangan UMNO Bahagian Seremban/Teluk Kemang
  • Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Sepri

Sosial

sunting

Dalam bidang sosial, beliau telah dipilih:

  • Pengerusi Belia 4B Sepri
  • Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sepri
  • Lembaga Pengarah Ko-Op, Pembangunan Daerah Rembau
  • AJK Desa Wawasan Kampung Sepri
  • AJK Homestay Kampung Sepri
  • AJK Permuafakatan Sekolah Bestari, Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja Chembong
  • Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja Chembong
  • Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Unit Sepri
  • Setiausaha Tanah Pinggir, Sg.Beringin Pedas (RISDA)
  • Setiausaha Masjid Ulu Sepri
  • Timbalan Yang Dipertua Khairat Kematian Kampung Sepri

Keluarga

sunting

Hasil perkahwinan dengan pasangannya Tok Puan Hajah Siti Ramalah binti Haji Yunus, beliau berdua dikurniakan 5 orang putera.

Istiadat Mengadap Undang Luak Rembau ke-21

sunting

Istiadat ini berlangsung pada 25 Februari 1999 sehingga 27 Februari 1999 bersamaan 1 Zulkaedah 1419. Berikut merupakan aturcara Istiadat Mengadap:

25 Februari 1999

sunting

10.00 pagi - Raptai

26 Februari 1999

sunting

3.00 petang - Y.M. Dato' Undang Luak Rembau dengan rombongannya tiba di Rumah Telapakan Kampung Bukit Seri Menanti.

4.30 petang - Dato' Akhirzaman dan Dato' Penghulu Dagang memberitahu YM Dato' Undang Luak Rembau berkenaan dengan masa dengan cara Istiadat Mengadap.

5:00 petang - Istiadat menurunkan alat-alat kebesaran

27 Februari 1999

sunting

9.30 pagi - Dato' Senara Muda (Ulu Muar) bersama-sama dengan Dato' Lela Raja (Jempol) tiba di Rumah Telapakan memberitahu rombongan Y.M. Dato' Undang Luak Rembau bersiap sedia untuk bertolak ke Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti untuk Istiadat Mengadap.

10.00 pagi - Dato' Akhirzaman tiba di Rumah Telapakan mempersilakan Y.M. Dato' Undang Luak Rembau ke Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti untuk Istiadat Mengadap Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

10.30 pagi - Para jemputan khas tiba di Balairong Seri mengambil tempat masing-masing.

10.45 pagi - Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan serta Y.A.Bhg. Puan Seri Datin.

10.50 pagi - YM Dato' Undang Luak Rembau, Dato'-Dato' Lembaganya serta juak-juaknya tiba di Istana Besar Seri Menanti dan terus ke Balairong Seri.

10.55 pagi - Orang Empat Istana mempersilakan Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda berangkat ke Balairong Seri.

11.00 pagi – Keberangkatan tiba Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda ke Balairong Seri, Lagu Kebesaran Negeri dimainkan dan terus bersemayam di singgahsana.

– Dato' Bentara Kanan tampil menyeru Orang Empat Istana untuk Haluan Sembah.

– Upacara menyembahkan adat istiadat Y.M. Dato' Undang Luak Rembau kepada Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

– Dato' Bentara Kanan menyeru Y.M. Dato' Undang Luak Rembau tampil mengadap.

– Majlis mengadap dimulakan.

– Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus melafazkan Titah Kejadian.

– Y.M. Dato' Undang Luak Rembau menyembahkan taat setianya.

– Dato' Bentara Kanan menyeru Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus membaca Doa Selamat.

– Orang Empat Istana mengadap Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyembah Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi Y.M. Dato' Undang Luak Rembau tamat dengan sempurnanya.

12.10 tengah hari – Pengumuman keberangkatan pulang Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda.

– Lagu Kebesaran Negeri

12.15 tengah hari – Pengumuman Y.M. Dato' Undang Luak Rembau, Y.M. Tok Puan, Dato'-Dato' Lembaga Luak Rembau, juak-juak meninggalkan Balairong Seri.

12.20 tengah hari – Pengumuman Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus serta Y.A.Bhg. Puan Sri meninggalkan Balairong Seri.

12.25 tengah hari – Pengumuman ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus serta Y.A.Bhg. Puan Sri di Astaka untuk majlis makan tengah hari.

12.30 tengah hari – Pengumuman Y.M. Dato' Undang Luak Rembau dan Y.M. Tok Puan di Astaka untuk majlis makan tengah hari.

12.35 tengah hari – Keberangkatan tiba Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda ke Astaka kerana Majlis Santapan Diraja.

– Lagu Kebesaran Negeri.

– Majlis Santapan Diraja dimulakan.

– Majlis Makan tengah hari.

– Paduka Seri Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tunku Puan Muda masuk ke Istana.

– Lagu Kebesaran Negeri

– Majlis bersurai.

Meninggal dunia

sunting

Muhamad Sharip meninggal dunia di kediaman rasminya pada usia 83 tahun pada 15 Mei 2024 [5] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri kira-kira 7.20 malam. Solat jenazah telah dipimpin oleh Mufti Negeri Sembilan, Dato' Dr. Faudzinaim Badaruddin selepas solat asar. [2]

Pembesar-pembesar negeri telah hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin; Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Dato' Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato' Muhammad Abdullah; dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman; selain Menteri Besar, Aminuddin Harun dengan beberapa ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan.[2]

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Baca lagi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Y.T.M. UNDANG LUAK REMBAU". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-28. Dicapai pada 2021-06-28.
  2. ^ a b c "Undang Luak Rembau selamat dikebumikan". Kosmo! Online. 15 Mei 2024. Dicapai pada 15 Mei 2024.
  3. ^ "Istiadat Mengadap Paduka Seri Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan" (PDF). Malay Civilization. 27 Februari 1999. Dicapai pada 15 Mei 2024.
  4. ^ Buyers, Christopher. Rembau. The Royal Ark. Accessed 2011-06-03.
  5. ^ "Undang Luak Rembau meninggal dunia". Astro Awani (dalam bahasa melayu). Dicapai pada 2024-05-15.CS1 maint: unrecognized language (link)