Muhammad Taufiq Thaib

Pembesar adat di Pagaruyung

Sultan Muhammad Taufiq Thaib, S.H., Tuanku Maharajo Alam (lahir di Pagaruyung, Tanah Datar, 2 Disember 1948 – meninggal di Padang, 1 Februari 2018 pada umur 69 tahun)[1] ialah seorang tokoh adat dan budaya Minangkabau serta pewaris tahta Kesultanan Pagaruyung dengan memakai gelaran Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Minangkabau Pagaruyung Dārul Qarār.[2][3][4]

Sultan

Muhammad Taufiq Thaib
Tuanku Maharajo Alam

D.P.T.J. (Negeri Sembilan), S.H.
Taufiq Thaib dan isterinya
Kelahiran(1948-12-02)2 Disember 1948
Meninggal dunia1 Februari 2018(2018-02-01) (umur 69)
DikebumikanPandam Perkuburan Kaum Istano Silinduang Bulan, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat
Warganegara Indonesia Indonesia
Terkenal keranaPewaris takhta Pagaruyung
PasanganPuti Rahmah Oesman
Anak-anakSutan Emir Hidayat
Sutan Arif Budimansyah
Ibu bapaMuhammad Thaib Datuk Panghulu Basa (ayah)
Puti Reno Dismah (ibu)
HubunganPuti Reno Raudhah Thaib

Riwayat ringkas sunting

 
Yang Dipertuan Alam Rajo Alam Pagaruyung Muhammad Taufiq Thaib menganugerahkan gelaran Tuanku Paduko Maharaja Basa kepada Irwan Prayitno.

Muhammad Taufiq merupakan pemangku jabatan Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung. Beliau merupakan anak lelaki kepada Muhammad Thaib dan Puti Reno Dismah, Yang Dipertuan Gadis XVI (Tuan Gadih XVI) yang meninggal dunia pada 10 Jun 2007. Saudara perempuannya, Puti Reno Raudhah Thaib yang merupakan seorang penulis bernama pena Upita Agustine dinobatkan sebagai Yang Dipertuan Gadis XVII (Tuan Gadih XVII) menggantikan ibunya sekaligus menyandang jawatan Bundo Kanduang.

Taufik Thaib adalah seorang lepasan sarjana undang-undang (Sarjana Hukum atau S.H.) dan pernah menjadi anggota DPR RI.[5]

Meninggal dunia sunting

Muhammad Taufiq meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Pusat Dr. M. Djamil (RSMDJ), Padang, Sumatera Barat, pada hari Khamis 1 Februari 2018 sekitar pukul 8.00 malam setelah berada dalam wad rawatan rapi selama 20 hari. Beliau meninggal dunia pada usia 69 tahun.[2] Jenazahnya kemudian dimakamkan di Pandam Perkuburan Kaum Istano Silinduang Bulan di kawasan warisan budaya Makam Tuan Gadih di Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Beliau meninggalkan seorang isteri, Siti Rahmah Oesman serta dua orang anak, Sutan Emir Hidayat dan Sutan Arif Budimansyah.[6]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran luar sunting

  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2003)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting