Muhammad Usamah Zaid Yasin

Juruanimasi Malaysia

Muhammad Usamah Zaid Yasin (lahir 19 Disember 1983) merupakan seorang juruanimasi Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang individu penting di sebalik kejayaan siri animasi Upin dan Ipin seterusnya kejayaan filem yang mengadaptasi watak itu, Geng: Pengembaraan Bermula.[2] Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.[3]

Usamah Zaid Yasin
Kelahiran
Muhammad Usamah Zaid bin Yasin

(1983-12-19) 19 Disember 1983 (umur 40)
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPelakon suara, Pengarah, Penulis Skrip, Juruanimasi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di WAU Animation
Tahun aktif2006–kini
Karya terkenal
PasanganAzi Shafian

Kerjaya sunting

Selepas tamat belajar di Universiti Multimedia (MMU), Usamah menyertai Les' Copaque Production bersama-sama Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz, seterusnya muncul dengan siri animasi Upin & Ipin yang mana beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah, kemudian diserap sebagai pengarahnya, menggantikan Nizam yang meninggalkan Les' Copaque pada 2009.

Pada tahun 2013, Usamah menamatkan kerjaya 7 tahunnya di Les' Copaque dan menubuhkan syarikat animasinya sendiri, WAU Animation di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Syarikat ini telah menerbitkan siri animasi Ejen Ali yang disiarkan di TV3 sejak 8 April 2016.[4]

Beliau mengarahkan filem pertamanya, Ejen Ali: The Movie yang merupakan kejayaan komersial apablia mendapat kutipan sebanyak RM30.05 juta di Malaysia[5] dan filem tersebut memenangi 2 daripada 10 anugerah yang dipertandingkan di FFM31.

Filem sekuel Ejen Ali: The Movie 2 sedang dalam proses pembikinan. Ia telah disahkan sendiri oleh beliau di laman media sosialnya dengan skrip draf bertajuk "Ejen Ali The Movie 2 (Title TBC)" beserta logo awal filem tersebut.[6][7]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Pencipta Pengarah Penerbit Penullis Peranan suara Catatan
2007 - 2013 Upin & Ipin Tidak Ya Tidak Tidak Musim 1 - 3 sebagai pembantu pengarah, Musim 4 - 5 sebagai pengarah
2009 Geng: Pengembaraan Bermula Tidak Tidak Tidak Tidak Pengarah Animasi
2016 - kini Ejen Ali Ya Ya Penerbit Eksekutif Ya Ejen Karya, Ejen Zain dan Dato' Hisham Musim 1 - 3
2019 Ejen Ali: The Movie Ya Ya Penerbit Eksekutif Ya Ejen Zain dan Rahul
2023 Didi & Friends The Movie Tidak Tidak mewakili WAU Animation Unit Kedua Penyelia skrip
TBA Ejen Ali: The Movie 2 Ya Ya Penerbit Eksekutif Ya Pra-produksi

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Animasi Pendek Terbaik Ejen Ali Menang
2018 Anugerah Asian Academy Creative 2018 Program Animasi 3D Terbaik atau Siri Tercalon
2020 Anugerah Majlis Pengkritik Kuala Lumpur 2019 Pengarah Terbaik Usamah Zaid Yasin Menang
Lakon Layar Terbaik Usamah Zaid Yasin, Hilman Muhammad & Faqihin Muhd Fadzlin Menang
Anugerah Asian Academy Creative 2020 Pengarahan Terbaik (Fiksyen) - Malaysia Usamah Zaid Yasin Menang
Anugerah MeleTOP Era 2020 Filem MeleTOP Ejen Ali: The Movie Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Watak Animasi Popular Ejen Ali Menang
Festival Filem Malaysia ke-31 Pengarah Terbaik Usamah Zaid Yasin Tercalon
Lakon Layar Terbaik Usamah Zaid Yasin, Hilman Muhammad & Faqihin Muhd Fadzlin Tercalon
Cerita Asal Terbaik Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din, Nazmi Yatim & Shafiq Isa Tercalon
Pengarah Harapan Usamah Zaid Yasin Tercalon
2022 Anugerah Asian Television ke-27 Program Animasi 3D Terbaik Ejen Ali (Musim 3) Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Amalina Kamal (9 Oktober 2017). Tech talk: Pushing local animation to greater heights New Straits Times. Dicapai pada 2 November 2017.
  2. ^ Aspirasi anak muda negara Diarkibkan 2017-11-21 di Wayback Machine Kosmo! (15 Mei 2010). Dicapai pada 21 November 2017.
  3. ^ Living their dream – Education The Star (16 April 2017). Dicapai pada 21 November 2017.
  4. ^ Interviu eksklusif bersama Usamah Zaid Yasin Diarkibkan 2019-12-05 di Wayback Machine Gempak KGS (4 November 2019). Dicapai pada 5 Disember 2019.
  5. ^ Najiy Jefri (14 Januari 2020). "Ejen Ali The Movie paling laris 2019". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2023.
  6. ^ @usamahzaid (November 28, 2020). "✌🏽" (Twit) – melalui Twitter.
  7. ^ Fahim Zahar (30 Januari 2023). "Ejen Ali The Movie 2 Kini Dalam Peringkat Awal Pembangunan". Aksiz. Dicapai pada 29 Julai 2023.

Pautan luar sunting